6 Cara Menghilangkan Stress dan Vitamin untuk Hilangkan Stress

Stress atau tekanan dalam hidup adalah satu perkara biasa. Namun, bezanya adalah bagaimana kita handle dan kita menghadapinya. Ada orang dapat menghadapinya dengan baik, namun, apabila ada yang gagal menghadapi tekanan hidup dengan baik, berlaku krisis dalam diri dan orang sekeliling.

Stress yang tidak dikawal dengan baik boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan dengan orang sekeliling. Jadi, bagaimana kita nak handle stress dalam diri?

Cara Menghilangkan Stress

1. Mengadu kepada Tuhan

Sebagai orang Islam, apabila kita mempunyai masalah, ada baiknya kita mengadu segala masalah kita kepada Allah. Allah satu-satunya yang Maha Mendengar. Menangislah di hadapan Allah, ceritakan kepada Allah segala keresahan kita, semoga Allah meringankan beban hidup kita. Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Sebagai orang Islam, kita juga boleh membaca Al-Quran, terutama ketika kita dilanda kesedihan. Membaca Al-Quran memberi kita gelombang alfa atau gelombang yang mampu menenangkan kita.

2. Jangan lari dari masalah

Apabila kita ditimpa dengan ujian, seeloknya, jangan kita lari dari masalah tersebut. Hadapi segala masalah. Mungkin pada mulanya, kita boleh ambik tempoh bertenang. Kemudian, kita perlu kembali untuk selesaikan apa yang terjadi.

Selesaikan apa yang perlu mengikut prosedur yang betul dan beri yang terbaik supaya kita dapat hasil terbaik.

3. Bersenam

Bersenam juga adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress. Apabila kita bersenam, kita menggerakkan segala anggota, mengeluarkan peluh dan mengeluarkan hormon gembira.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Tidur yang cukup membantu badan kita rehat. Badan yang cergas dapat mengurangkan stress dalam diri.

5. Sentiasa berfikiran positif

Dalam apa pun yang terjadi, cuba cari positive side atau sudut positif sesuatu perkara. Cuba cari, apa hikmah berlaku sesuatu perkara itu. Elakkan dok melayan perasaan seorang diri dengan terlalu memikirkan masalah tersebut.

Sebaliknya, keluarlah dan elakkan berada seorang diri. Keluarlah, dan hadapinya dengan fikiran yang positif. Hadapinya dengan senyuman, kerana Allah tak kan menduga seseorang lebih dari kemampuan diri kita.

6. Makan makanan yang berkhasiat

Makan makanan yang berkhasiat dapat membantu badan kita berfungsi dengan baik.

Anda juga boleh mengambil makanan tambahan bagi memastikan badan mendapat zat yang mencukupi. Anda boleh mengambil Basic Set Shaklee untuk membantu fungsi badan yang baik.

Set Basic Shaklee ini adalah untuk memastikan badan kita mendapat zat yang secukupnya. Jika terdapat lompong nutrisi dalam pemakanan kita, supplement ini dapat membantu kita untuk membantu badan kita berfungsi secara optimum.

Energizing Soy Protein (ESP): Dihasilkan daripada soya tanpa modifikasi genetik. ESP membantu penghasilan sel-sel baru yang lebih baik dan berkualiti. Protein yang mencukupi membantu sel-sel kita yang diperbuat daripada protein ni, untuk berfungsi dengan baik.

Vitalea: Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu fungsi badan yang lebih sempurna.

Sustained Release Vita C: Sumber vitamin C dari bahan semulajadi yang dilepaskan setiap jam demi jam. Vita C Shaklee memberikan 500mg vitamin C. Pengambilan vita c secara berterusan, membantu menghilangkan stress.

B complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B. B1, B2, B3, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Badan akan lebih bertenaga dan stress juga akan berkurang.

Omega Guard: Kaya dengan asid lemak omega 3, DHA dan EPA. DHA penting untuk sel-sel otak berhubung, atau untuk penghantaran isyarat otak & meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak. Apabila sel-sel otak dapat berhubung dengan baik, maka kita akan dapat berfikir dengan baik.

Vivix: Vivix mengandungi resveratrol yang berupaya untuk membaiki kerosakan DNA. DNA yang rosak akibat stress dibaiki dan fungsi sel akan kembali normal. Vivix juga membantu kita untuk jadi lebih bertenaga.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin yang membantu meningkatkan kualiti hidup dengan lebih baik, boleh hubungi Irni ye. Jika anda ingin mendapatkan set lengkap ini secara terus, boleh klik icon buy now kat bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

 

 

 

10 Tips Kawal Gula Dalam Badan

Teringat pulak Irni sharing daripada Dr Nadia dalam #ireachclassroom tentang diabetes atau kencing manis ni. Dr Nadia ni doktor perubatan di sebuah klinik kesihatan. Dia cerita, memang ada kes pesakit kencing manis yang doktor boleh stop ubat kat dia.

Pesakit ni dia tahu awal ada kencing manis. Lepas je dia kena makan ubat kencing manis tu, dia terus ubah cara hidup, ubah cara makan dan bersenam tiap-tiap hari. Alhamdulillah, bila dia follow up dengan doktor, doktor suruh dia stop makan ubat, boleh control dengan healthy lifestyle je.

Untuk orang yang umur 18tahun ke atas, seeloknya, kita dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui sama ada kita ada kencing manis atau tak. Penyakit kencing manis sekarang ni bukan penyakit orang tua dah. Orang muda-muda pun dah mula dapat kencng manis.

Jika kita kesan awal penyakit kencing manis ni, at least kita boleh berjaga-jaga dan mengawal gaya hidup kita. Apa pun, mencegah tu pasti lebih baik kan.

Pesakit kencing manis selalu dikaitkan dengan keadaan ini, iaitu:

  • Pengambilan makanan yang tingg lemak dan kolesterol
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Perokok
  • Mempunyai gaya hidup yang tidak aktif dari segi fizikal
  • Mempunyai berat badan berlebihan

Jadi, bagaimana untuk mengawal kadar gula dalam badan ni?

Tips Kawal Gula Dalam Badan

1. Bersenam

  • Bersenam secara tetap bantu kurangkan berat badan dan meningkatkan sensitiviti badan kepada insulin.
  • Bila kita bersenam juga, kita akan menggunakan gula yang ada dalam darah tu untuk mendapatkan tenaga semasa bersenam.
  • Jadi, dengan bersenam, gula dalam darah akan berkurang.

2. Kawal pengambilan karbohidrat’

  • Karbohidrat akan ditukarkan kepada gula atau glukosa. Sebab tu kita kena kawal pengambilan karbohidrat seharian kita.
  • Pilih makanan yang jenis rendah karbohidrat.

3. Tingkatkan pengambilan fiber

  • Pengambilan fiber boleh bantu lambatkan pencernaan karbohidrat dan bantu lambatkan penyerapan karbohidrat ke dalam salur darah.
  • Kita boleh ambik fiber seperti sayur, legumes dan bijirin penuh.

4. Minum air masak yang cukup

  • Minum air masak yang cukup bantu kawal kadar gula dalam badan.
  • Gula berlebihan boleh disingkir melalui air kencing.
  • Air masak juga bagus untuk diminum sebab takde kalori.

5. Jaga portion makanan

  • Makan makanan mengikut portion yang betul
  • Amalkan gaya makan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu, suku pinggan letak nasi, suku pinggan letak lauk dan setengah pinggan letak sayur.
  • Tips lain untuk kawal portion makan, adalah dengan mengambil makanan dalam pinggan yang lebih kecil dan makan secara perlahan-lahan.

6. Pilih makanan yang mempunyai glikosemik indeks yang rendah

  • Glisemik indeks ni diukur untuk mengetahui tindak balas kadar gula dalam darah kita apabila mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • makan makanan yang mengandungi ndeks glisemik rendah membantu mengurangkan kadar gula dalam darah untuk jangka masa panjang.
  • makanan yang mempunyai indeks glisemik indeks rendah adalah seperti, makanan laut, daging, telur oat, barli, kacang, jagung dan sayur-sayur yang tak berkanji.

7. Kawal aras stress

  • Apabila kita stress, badan kita akan merembeskan sejenis hormon, iaitu glucagon dan cortisol. Hormon-hormon ini tidak bagus untuk kesihatan sebab boleh menaikkan paras gula dalam darah.

8. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti

  • Tidur yang tak cukup boleh menyebabkan kita jadi lapar dan makan banyak. Berat badan boleh jadi meningkat.
  • Kalau tidur tak cukup jugak, boleh meningkatkan rembesan hormon kortisol yang meningkatkan gula dalam darah.
  • Jadi, tidurlah dengan cukup dan berkualiti ye!

9. Makan makanan yang kaya dengan kromium dan magnesium

  • Kromium terlibat dalam metabolisma karbohidrat dan lemak.
  • Makanan yang tinggi kromium adalah seperti kuning telur, brokoli dan daging.
  • Magnesium pula diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah. Orang yang kurang magnesium didapati mempunyai kadar gula dalam darah lebih tinggi.
  • Makanan yang tinggi magnesium adalah sayuran hijau.

Vitamin untuk kawal gula dalam darah & pesakit kencing manis

Vivix sejenis vitamin yang bantu kawal gula dalam darah dan bantu kita hidup lebih sihat. Jom tengok, pengalaman pengguna vivix lain!

Bacaan gula dalam darah makin turun lepas ambik Vivix
mak dah tak jadi kena warded akibat kencing manis
Biasa bacaan gula 11, tapi, lepas ambik Vivix, dah jadi 8.

Jika anda berminat untuk melabur dalam kesihatan dan ingin hidup lebih sihat, anda boleh hubungi Irni ye untuk order vivix. Atau, untuk lebih mudah, anda juga boleh klik buy now kat bawah ni.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Cara Merawat Kayap Ular

Bilas sebut pasal kayap ni, aishhh kita pulak yang takut. Kayap ni sebenarnya apa? Ada banyak jenis ke macam mana? Kalau ikutkan, kayap ni ade 2 jenis, type 1 dan type 2.

Macam mana kayap ni terjadi?

Kayap ni sebenarnya disebabkan oleh virus nama Varicella Zoster Virus. Virus kayap ni sama dengan virus chickenpox. Bila kita sembuh dari chickenpox, virus tu still ada dalam badan kita, cuma dia tak aktif je.

Bila imun badan kita lemah, kerap stress, usia makin tua dan apa-apa yang buat kita lemah, boleh aktifkan balik virus yang dah tak aktif ni. Bila virus ni aktif balik, dia akan serang balik badan kita.

Orang yang ada kayap ni, kita boleh nampak dekat kulit tu, nampak macam jalur gitu atau tompok-tompok merah pada muka dan badan.

Apa simptom pesakit kayap ni?

Masa mula-mula kena, kita start rasa pening kepala dan sensitif kepada cahaya. Kita jugak, mungkin rasa macam nak selesema, tapi tak demam pun. Dengan kata mudahnya, mula rasa tak sedap badan.

Pastu, kita dah mula rasa sakit, gatal dan tak selesa pada bahagian tertentu. Tempat yang rasa tak selesa tu, 2, 3 hari lepas tu akan timbul jalur kayap tu. Nanti jadi merah-merah pada jalur tu. Lepas tu, mula ada air bisa kat tempat merah-merah tu. Air bisa tu kita panggil blister.

Selalunya blister ni ambik masa dalam 2-4 minggu untuk sembuh dan kadang-kadang boleh tinggal parut.

Kayap ni berjangkit ke?

Ya! Kayap ni boleh berjangkit kepada orang yang tak pernah kena chickenpox dan orang yang tak dapat vaksin khas untk kayap. Selagi kayap tu tak kering, virus tu boleh berjangkit. Jadi, jauhkan diri daripada wanita mengandung, kanak-kanak dan orang tua untuk mengelakkan kita daripada menyebarkan virus kepada mereka.

Vitamin Untuk Pesakit Kayap

Set Kayap Shaklee terdiri daripada:

  1. Vivix
  • Vivix sejenis minuman botani, campuran daripada ekstrak anggur muscadine, purple carrot, polygonum cupsidatum dan european elderberry.
  • Vivix mempunyai kesan antiradang yang membantu menghilangkan kesakitan pesakit kayap.
  • Vivix membantu proses penyembuhan dengan cepat dan menghilangkan parut.
  • Kulit akan menjadi cantik kembali dengan pengambilan Vivix.
  • Vivix juga baik untuk kesihatan saraf.

2. Nutriferon

  • Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada ekstrak biji labu, benih plantago, kuntuman bungan Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.
  • Nutriferon bantu meningkatkan imun badan dengan meningkatkan interferon semulajadi badan.
  • Imuniti badan yang kuat membantu melawan virus.
  • Nutriferon dikaji dan dicipta oleh seorang pakar imun yang bernama Dr. Yasuhiko Kojima yang mengambil masa selama 40 tahun.
  • Dr Kojima telah mencipta nutriferon setelah menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

3. Garlic Complex

  • Garlic Complex adalah formulasi shaklee unik yang mengekalkan komponen semulajadi iaitu alisin.
  • Bawang putih ni adalah antibiotik semulajadi badan

Jom, kita tengok testimoni pengguna lain.

Mama kata sakit pada saraf akibat kayap makin kurang

 

Makan nutriferon untuk boost immune

Buat anda yang berminat untuk dapatkan vitamin kayap ni, boleh hubungi Irni ye. Atau, boleh juga buat pembelian terus dengan klik buy now kat bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Tips Awet Muda Supaya Sentiasa Nampak Muda Dari Usia

Garis-garis halus pada tepi mata, dahi dan kulit menyebabkan kita nampak tua. Penuaan ni adalah proses normal, tapi kita mesti tak nak nampak tua dari usia kan? Kat sini, Irni nak kongsi 11 Tips Awet Muda dengan hanya mengubah gaya hidup kita!

1. Elakkan guna haba pada rambut

Selalunya ada orang yang guna haba, contohnya untuk meluruskan rambut, buat hair style, tapi sebenarnya guna kesan haba pada rambut boleh menyebabkan rambut kita mudah rosak.

Apabila rambut rosak, kita akan nampak tua dari usia sebenarnya. Jadi, seeloknya elakkan guna kaedah haba pada rambut.

2. Guna krim pelindung matahari pada muka

Kulit yang selalu terdedah pada matahari boleh cepat rosak. Kulit lagi mudah berkedut bila selalu terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, jika kita pakai krim pelindung matahari, kulit kita akan terpelihara. Kulit akan menjadi lebih sihat.

3. Pakai losyen pada tangan

Kulit pada belakang tangan kita ni lebih nipis kalau nak dibandingkan dengan kulit pada bahagian badan lain. Jadi seeloknya, kita pakai losyen yang ada SPF supaya kulit kita terlindung daripada panas matahari.

4. Jaga kesihatan gigi

Gigi yang cantik dapat membuatkan kita nampak lebih muda. Tambah-tambah kalau gigi dah patah, lagi lah nampak tua kan?

5. Amalkan bersenam

Bila bersenam, darah akan mengalir dengan lancar. Kulit kita akan nampak lebih muda. Tambahan pula, kalau kita sentiasa bersenam, badan kita juga akan nampak cantik. Bila badan cantik, kita akan nampak lebih muda.

6. Kurangkan pengambilan garam

Makan makanan yang masin menyebabkan badan kita menyimpan lebih banyak air. Jadi, mata mudah nampak sembap. Mata yang sihat membuatkan kita lebih nampak muda.

7. Kurangkan penggunaan gajet

Perasan tak, bila kita asyik menunduk je, terdapat garis terbentuk pada leher kita. Bila terlalu kerap terjadi, garis pada leher tu jadi tak hilang. Garis pada leher membuatkan kita nampak lebih tua dari usia.

8. Makan makanan yang tinggi protein

Protein adalah komponen utama untuk membentuk sel. Pengambilan protein yang cukup membuatkan rambut dan kulit kita nampak lebih cantik.

9. Makan sayur dan buah-buahan

Sayur dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin yang boleh membantu menyihatkan badan dan mencantikkan kulit. Saur dan buah-buahan juga kaya dengan serat yang membantu proses pencernaan.

Apabila proses pencernaan dapat berjalan lancar, toksin dapat disingkir keluar daripada badan. Apabila badan sihat, wajah dan badan kita akan nampak lebih muda.

10. Elakkan stress

Apabila kita stress, hormon tertentu akan dirembeskan dan boleh menyebabkan keradangan pada sel kita. Orang yang selalu stress, lebih mudah nampak tua. Jadi, kita hendaklah sentiasa berfikir positif dan elakkan diri daripada stress supaya sentiasa awet muda.

11. Dapatkan tidur yang cukup

Semasa kita tidur, badan kita menghasilkan lebih hormon estrogen dan progesteron. Hormon ni bantu cantikkan lagi kulit kita. Hormon ni jugak bantu elakkan jerawat pada muka.

Tidur yang cukup membantu sel badan kita unruk bertukar sel baru yang lebih baik dan cantik. JAdi, dapatkan tidur yang cukup ye supaya kita sentiasa cantik.

Jom kita tengok perkongsian 5 Tips Penjagaan Wajah bagaimana nak dapatkan kulit yang cantik.

Anda juga boleh mengambil supplement untuk mendapatkan wajah yang awet muda.

1.  Vivix

Vivix terbukti membuatkan anda muda 25tahun. Perasan tak, ada setengah orang, muka dia nampak tua sangat, tambah-tambah kalau orang tu sakit. Walaupun dia masih muda, tapi hakikatnya, sel dia dah tua. Jadi, makan Vivix bantu sel kita 25 tahun lebih muda.

Vivix mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kerosakan DNA dan dia akan membetulkan kembali apa-apa kesalahan pada DNA. Jika DNA dapat berfungsi dengan baik, sel juga akan ikut sama dapat berkerja dengan baik.

Makan Vivix semestinya buat anda 25 tahun lebih muda.

Muka nampak kemerah-merahan.

2. Shaklee Collagen Powder

Kajian menunjukkan, makan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu  boleh meningkatkan 90% kelembapan kulit dan 55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisi. Jadi, kalau ada part yang dah kendur tu, boleh kasi tegang balik dengan memakan Shaklee Colllagen Powder.

Kulit lebih cerah sekata setelah pengambilan Shaklee Collagen Powder

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kulit Cantik & Awet Muda ini, anda boleh hubungi Irni ye. Boleh juga klik buy now kat bawah ni.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Produk yang Baik Untuk Jantung

Sejak kebelakangan ini, banyak kes mengejut yang kita dengar. Asalnya sihat, tak pernah masuk hospital, tak pernah ada penyakit apa-apa, tiba-tiba kita dengar dia meninggal pulak..nauzubillah..

Siapa yang berisiko mendapat penyakit jantung mati mengejut ni?

1. Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi ni selalunya tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Jadi, dapatkan pemeriksaan berkala di klinik, atau pun beli mesin tekanan darah sendiri di rumah supaya kita sentiasa dapat memeriksa tekanan darah kita.

2. Orang yang mempunyai kolesterol dalam darah yang tinggi

Kolesterol tinggi boleh menjadi punca serangan jantung kerana kolesterol tu termendap pada salur darah. Makin banyak kolesterol termendap, makin sempit salur darah kita. Apabila salur darah makin sempit, darah susah nak mengalir membawa bekalan oksigen.

3. Orang yang merokok

Orang yang merokok mempunyai lebih risiko untuk mendapat serangan jantung mati mengejut.

Saksikan video di bawah, bagaimana En. Uzir berhenti merokok dengan mudah untuk selama-lamanya.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

4. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis

Gula berlebihan dalam darah juga meningkatkan anda untuk mendapat serangan penyakit jantung.

5. Orang yang tak jaga makan

Orang yang banyak makan kat luar, banyak makan masin, banyak makan fast food, lebih terdedah kepada penyakit jantung. Kalau kita masak sendiri kat rumah, kita boleh kawal jumlah garam masakan.

Kita juga perlu makan banyak sayur dan buah.

6. Orang yang tidak aktif dari segi fizikal

Bersenam 2 jam 30 minit seminggu untuk bantu lancarkan peredaran darah.

7. Orang yang terlampau gemuk atau obesiti

Hati-hati ye untuk orang yang jenis kategori badan comel ni. Banyak lemak dalam badan juga meningkatkan risiko kita terkena serangan jantung.

Jadi, apa produk vitamin yang bagus untuk jantung?

Vitamin untuk kesihatan jantung

1. Vivix

Vivix membantu membaik pulih kerosakan yang berlaku pada DNA. Salur darah yang rosak akibat pemendapan kolesterol dibaiki semula. Vivix juga membantu meningkatkan tenaga pada sel jantung kerana Vivix membantu meningkatkan bilangan mitokondria, iaitu pusat jana tenaga bagi sel.

2. Omega Guard

Omega guard membantu meningkatkan kolesterol baik HDL. Omega guard juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan membantu pembakaran lemak berlebihan dalam badan.

3. Phytocol st

Phytocol menghalang penyerapan kolesterol yang dimakan ke dalam salur darah. Kolesterol akan terus disingkirkan. Phyocol juga membantu mengurangkan kolesterol jahat LDL.

Jika anda sedang tercari-cari produk yang bagus untuk kesihatan jantung, anda boleh cuba Set Jantung Sihat Shaklee ni ye. Untuk mendapatkan vitamin ini, anda boleh hubungi Irni, atau klik je Buy Now kat bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Cara Jaga Kesihatan Buah Pinggang

Ya Allah, hati ummi bagai disiat-siat saat masuk Unit Hemodialisis Hospital Tanah Merah. Masuk ke unit hemodialisis (HDU), tempat orang cuci buah pinggang buat hati ummi rasa insaf sangat. Sedih tengok diorang terpaksa jalani prosedur dialisis. Ada yang masih muda dan ada yang tua sampai terpaksa dialisis atas katil sebab tak larat nak duduk.

Lagi sedih bila tengok keadaan bapa mertua yang kena tebuk pada bahagian leher untuk jalani prosedur dialisis. Prosedur tersebut perlu dijalankan untuk mengeluarkan air dari badan sebelum fistula atau tapak untuk dialisis dibuat di lengan.

Semasa ummi duduk dekat dengan kaunter, ummi tengok ada sorang budak, ummi agak umur dia awal 20-an, begitu cekap ambil set untuk dialisis dari dalam laci meja seolah-olah dah biasa buat. Ummi tak dapat tahan dari tanya adik tu, adik sedia set untuk siapa, untuk sendiri ke untuk ayah? Dan, adik tu senyum je.

Ya Allah, rupanya adik tu sedia set untuk diri sendiri dan dia adalah salah seorang pesakit yang perlu menjalani dialisis kat situ. Boleh bayangkan tak, bagaimana pesakit dialisis terpaksa menjalani dialisis selama 3 kali seminggu dan sesi memakan masa maksimum 4 jam. Maksud nya, 12 jam seminggu, pesakit perlu datang untuk dialisis.

Jadi, ummi menyeru dan mengingatkan diri ummi sendiri supaya menjaga kesihatan dengan baik untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang. Berat mata ummi memandang mereka, tapi ummi tahu, bahu yang memikul lebih berat. Ummi cuma mampu berdoa semoga kita semua diberi kesihatan yang baik.

Di sini, ummi letakkan panduan penjagaan buah pinggang untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang supaya menjadi panduan kita semua. Mencegah tu kan lebih baik daripada mengubati.

Panduan Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

1. Minum air masak secukupnya

Fungsi buah pinggang adalah untuk menyingkirkan toksin dan segala kotoran keluar dari badan. Air yang cukup membantu proses menyingkirkan bahan buangan daripada badan.

Minum air masak mengikut jumlah berat badan anda. Secara anggaran,  bagi setiap 25kg badan, anda perlu minum 1 liter air masak. Jika berat anda 50kg, maka anda kena minum 2 liter air masak setiap hari.

2. Kurangkan makan fast food dan air gas

Makanan fast food selalunya tinggi garam dan pengawet. Jadi, elakkan makan fast food. Air gas atau air bikarbonat juga perlu dielakkan kerana mempunyai pewarna yang tinggi.

3. Makan makanan seimbang

Makan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan konsep pinggan suku suku separuh. Suku pinggan nasi, suku pinggan lauk dan setengah pinggan adalah sayur.

4. Amalkan gaya hidup yang aktif

Bersenam sekurang-kurangnya dua jam setengah setiap minggu. Amalan bersenam bantu turunkan tekanan darah dan bantu menyihatkan buah pinggang.

5. Berhenti merokok

Berhenti merokok adalah satu keputusan yang balik baik kerana mampu meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan badan anda. Klik SINI untuk panduan berhenti merokok.

6. Elakkan makan ubat penahan sakit seperti panadol

Jika anda masih boleh bertahan dari sakit, elakkan daripada mengamalkan ubat tahan sakit.

7. Jaga kesihatan dengan baik

Jika anda ada masalah seperti kencing manis atau darah tinggi, pastikan anda mengawal penyakit anda dengan baik. Pastikan anda sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk temujanji dan mengikut segala nasihat doktor.

Makan ubat yang diberikan oleh doktor supaya penyakit anda terkawal. Jika penyakit tidak terkawal, anda mengundang penyakit lain datang seperti kerosakan buah pinggang.

8. Semak risiko anda untuk mendapat penyakit buah pinggang

Berdasarkan tahap kesihatan anda sekarang, anda boleh klik SINI untuk melihat berapa tinggi risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang.

Jom jaga kesihatan dengan baik.

Untuk pesakit buah pinggang yang sudah di diagnos sebagai pesakit buah pinggang, anda boleh cuba supplement untuk membantu anda hidup lebih sihat. Di sini ummi kongsikan pengalaman pengguna lain yang mengambil supplement yang bagus untuk buah pinggang.

Supplement untuk pesakit buah pinggang

Selepas 21 hari ambil Vivix, bacaan creatinine turun

 

Pesakit buah pinggang nampak lebih sihat

 

Bacaan creatinine turun 90%

Jika anda juga berminat untuk cuba Vivix, anda boleh hubungi ummi ye. Atau anda boleh klik buy now kat bawah ni untuk akses yang lebih cepat.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

5 Cara Berhenti Merokok

Kalau tengok pada kotak rokok, ada gambar yang menyeramkan menunjukkan betapa merokok membahayakan kesihatan. Dengan harga rokok yang makin mahal, ramai yang mula ambil keputusan untuk berhenti merokok.

Namun, bukan semudah itu untuk berhenti merokok. Ditambah pula dengan kawan-kawan yang juga merokok menyebabkan perokok lebih sukar untuk berhenti merokok.

Di sini Irni kongsikan tips untuk membantu anda berhenti merokok.

1. Cari big why atau sebab terbesar kenapa anda perlu berhenti merokok

  • Cuba anda duduk dan fikir, kenapa aku ni nak berhenti merokok?
  • Tulis pada kertas supaya anda dapat melihat dengan lebih jelas tujuan anda
  • Fikirkan orang-orang tersayang disekitar anda yang masih perlukan anda
  • Anda juga boleh hidup lebih sihat jika anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok
  • Duit pun lebih banyak boleh jimat dan anda boleh simpan buat benda lain yang lebih baik

2. Bersedia dengan apa yang bakal berlaku

  • Ada setengah orang berlaku penambahan berat badan apabila berhenti merokok, rasa tak puas bila tak merokok dan ada jugak yang mengalami withdrawal symptoms. Contohnya, adalah seperti rasa tertekan, susah tidur, rasa tak keruan, susah nak fokus sesuatu dan rasa macam selalu nak makan je.
  • Ada yang berputus asa sebab tak tahan dengan withdrawal symptoms ni. Jadi, bila kita dah tahu, kita kena mentally prepared, bersedia dengan apa yang bakal kita hadapi.
  • Selalunya withdrawal symptoms ni akan berlaku bermula pada hari pertama anda berhenti merokok, kemudian akan jadi makin teruk semasa seminggu pertama. Namun, selepas sebulan selalunya withdrawal symptoms tu akan hilang dan anda akan rasa lebih sihat.

3. Berbincang dengan doktor

  • Klinik kesihatan kini menawarkan khidmat Klinik Berhenti Merokok. JAdi, anda cuma perlu mendaftar di klinik untuk program ini.

4. Elakkan berjumpa atau lepak dengan kawan perokok buat sementara

  • Untuk permulaan, semasa anda masih dalam fasa withdrawal symptoms, seeloknya anda mengelakkan diri untuk berjumpa dan lepak dengan kawan-kawan perokok.
  • Anda masih dalam fasa menyesuaikan diri untuk tidak merokok, tapi jika kawan anda tidak menyokong, kemungkinan besar untuk anda terjebak semula dengan rokok tu tinggi.

5. Bersenam dan jalankan aktiviti luar

  • Apabila anda bersenam dan mengeluarkan peluh, badan akan terasa lebih sihat dan segar.

Irni doakan semoga anda semua berjaya untuk berhenti merokok. Sebelum tu, jom tengok video kat bawah tentang kisah En Uzir si hantu rokok ni berjaya berhenti merokok!

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Jom kita tengok pengalaman orang lain pulak yang berjaya berhenti merokok.

Bagaimana Vivix boleh membantu anda berhenti merokok?

Vivix dapat bantu baiki DNA yang rosak. DNA yang sebati dengan kehadiran nikotin akan dipulihkan. Apabila anda amal makan Vivix, anda akan mula rasa rokok tak sedap malah ada yang batuk-batuk bila merokok.

Perasaan merokok tu rasa tak feeling macam biasa dan anda terpaksa berhenti merokok dah.

Vivix jugak bantu anda untuk hidup lebih sihat.

Nak cuba Vivix macam Encik Uzir jugak? Boleh hubungi Irni untuk dapatkan Vivix ni ye. atau, anda boleh klik buy now kat bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Cara Buat Pasport Buat Pertama Kali di Kelantan

Korang nak pegi oversea? Yes, kena buat pasport dulu k.. Irni sarankan korang buat dekat UTC. Irni pegi kat UTC Kota Bharu. Lokasi, belakang KB Mall. Boleh parking belakang KB Mall tu.

Irni bagi rate 5 stars untuk service kat sini. Tempat luas dan selesa. Staf semua baik dan mesra.

Apa yang perlu korang bawak untuk buat pasport?

Just bawak i/c dan duit RM200 untuk bayaran pasport. Tak perlu bawak salinan ic dan tak perlu bawak gambar pasport.

Kalau perempuan bertudung, pastikan pakai tudung warna gelap dan lelaki pakai baju warna gelap. Jangan pakai contact lens warna dan sape pakai spek kena bukak spek masa ambik gambar kat situ.

Ok, lepas dah settle ambik gambar, tunggu giliran untuk buat bayaran kat kaunter bayaran. Lepas 1 jam baru pasport siap. So, boleh g jalan-jalan kat KB Mall kat sebelah tu dulu. KB Mall dengan UTC ni bersambung tau, so boleh jalan je masuk.

Waktu operasi dia pulak:

Buka 8.30 pagi, tutup pada 9.00 malam. Waktu rehat pukul 7.00 petang hingga 8.00 malam. Kalau nak pergi lepas balik keje pun sempat lah. K, semoga bermanfaat ye.

Kalau nak check nama kita blacklist ke tak untuk ke luar negara, boleh install kat google store apps Senarai Semak Imigresen.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Kenali Nephrotic Syndrome, Simptom, Sebab, Komplikasi dan Rawatan

Kencing berbuih adalah salah satu tanda anda menghidap penyakit buah pinggang bocor atau Nephrotic syndrome. Protein yang sepatutnya diserap kembali ke dalam badan tidak dapat ditapis dengan baik menyebabkan protein bocor keluar melalui air kencing. Air kencing orang yang sihat tidak mempunyai kandungan protein.

Untuk lebih faham, jom kita tengok gambar kat atas ni. Di dalam buah pinggang kita terdapat glomeruli iaitu terdiri daripada salur darah yang akan menapis komponen dalam darah yang perlu dibuang atau diserap kembali ke dalam badan. Namun, akibat terdapat kebocoran pada glomeruli ini ,menyebabkan ia tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

Apakah tanda-tanda menghidap Nephrotic Syndrome atau buah pinggang bocor?

  1. Muka dan kaki kelihatan sembap atau edema
  2. Kencing berbuih kerana kehadiran protein dalam air kencing
  3. Berat badan bertambah kerana pengumpulan air dalam badan

Apa yang menyebabkan Nephrotic Syndrome atau Buah Pinggang Bocor ni?

Seperti yang kita tahu, Nephrotic Syndrome berlaku apabila salur darah kecil pada glomeruli rosak dan tak dapat menapis dengan baik. Antara penyebab yang boleh merosakkan glomeruli adalah:

1. Perubahan pada fungsi buah pinggang. Kes ini selalu dikaitkan pada pesakit nephrotic syndrome kanak-kanak. Namun, bila diuji di bawah mikroskop, tidak terdapat perubahan ketara pada bahagian glomerulbuah pinggang kanak-kanak terbabit. Jadi, penyebab kepada perubahan fungsi buah pinggang terseut tak dapat dikenal pasti.

2. Focal segmentatal glomerulosclerosis. Terdapat seperti parut pada glomeruli yang mungkin disebabkan oleh penyakit lain atau penyakit genetik, atau juga mungkin tiada sebab.

3. Membranous nephropathy. Perubahan pada fungsi buah pinggang disebabkan oleh penebalan membran dalam glomeruli. Sebenarnya sebab penebalan tu tak diketahui, namun ia selalu dikaitkan dengan masalah lain seperti hepatitis B, malaria, lupus dan kanser.

4. Penyakit buah pinggang akibat diabetes. Penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kerosakan pada glomeruli buah pinggang.

5. SLE (systemic lupus erythematosus). Radang yang berterusan dalam badan boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

6. Amyloidosis. Kerosakan pada buah pinggang berlaku apabila berlaku pemendapan amyloid protein pada buah pinggang.

7. Darah beku dalam vein pada buah pinggang.

8. Kegagalan fungsi jantung.

Komplikasi jika Nephrotic Syndrome Tidak Dirawat

1. Berlaku darah beku. Apabila salur darah tidak dapat menapis darah dengan baik, darah mungkin kehilangan protein yang menghalang pembekuan darah. Keadaan ni boleh meninggikan risiko berlaku trombosis dalam vein.

2. Kolesterol badan tinggi dan peningkatan trigliserida. Bila albumin dalam darah kita menurun, hati akan menhasilkan lebih banyak albumin. Pada masa yang sama, hati akan membebaskan lebih banyak kolesterol dan trigliserida.

3. Kekurangan nutrisi. Kehilangan banyak protein melalui air kencing boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi. Hal ini boleh membawa kepada penurunan berat badan, tapi mungkin kita tak perasan sangat sebab pengumpulan air dalam badan. Badan kita juga boleh jadi anemia atau kekurangan sel darah merah.

4. Tekanan darah tinggi. Kerosakan pada glomeruli menyebabkan bahan buangan tidak dapat keluar dan berkumpul dalam darah menyebabkan tekanan darah boleh meningkat.

5. Kerosakan buah pinggang acute. Jika glomeruli rosak dan banyak bahan buangan terkumpul dalam badan, pesakit mungkin perlukan dialisis.

6. Kerosakan buah pinggang kronik. Jika keadaan ni berterusan, lama kelamaan buah pinggang akan makin kehilangan fungsinya.

7. Mudah terkena jangkitan penyakit.

Apa yang perlu dibuat setelah disahkan terkena nephrotic syndrome?

Setelah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor dan mendapati bahawa kita mempunyai masalah nephrotic syndrome, perkara pertama yang kita perlu buat adalah ubah gaya hidup jadi lebih baik.

Dari segi pemakanan, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak untuk ganti protein yang hilang. Kurangkan juga pengambilan makanan tinggi kolesterol untuk mengelakkan peningkatan kolesterol. Dan, kurangkan pengambilan makanan masin, kurangkan garam dalam masakan. Mengurangkan pengambilan garam boleh bantu mengurangkan edema.

Anda juga boleh mengambil supplement dari bahan semulajadi yang terbukti telah membantu ramai pesakit Nephrotic Syndrome.

Nampaknya Vivix dan bantu ramai pesakit yang ada masalh buah pinggang ni. Anda pun nak cuba? Boleh hubungi Irni ye. Atau pun klik buy now kat bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dah nak give up dalam bisnes?

Assalamualaikum..

Korang pernah tak rasa ‘stuck’ dalam bisnes korang? Rasa macam takde progress? Tak capai target sales?

Korang rasa macam dah buat macam-macam, tapi kenapa tak dapat macam apa yang kita nak?

Ingat, kejayaan adalah satu proses. Langkah pertama untuk berjaya adalah BERMULA!

Bayangkan, proses kita nak berjaya adalah seperti kita menyemai benih pokok. Permulaan nya adalah kita cari benih yang baik dan kita mula menanam..

Kalau hari ni tanam, adakah kita dah harap esok dah boleh tuai? Mungkin, kalau yang kita semai tu pokok taugeh, memang boleh cepat dapat hasil. Tapi, pokok taugeh tak kuat, tak tahan lama, akar dia kecik, badan dia lemah.

Atau, pokok yang kita tanam tu adalah pokok yang berakar tunjang, yang akan menghasilkan buah yang banyak?

Kalau kita pilih untuk menanam pokok yang hasilkan buah yang banyak dan berterusan, maka kita perlu banyak sabar. Kita perlu konsisten menyiram air dan memberi baja supaya pokok kita dapat membesar.

Pokok perlukan oksigen, air dan cahaya matahari yang cukup. Bila kita bagi baja, dia lagi cepat besar. Jadi, kita kena pastikan kita bagi sumber yang cukup kepada pokok kita tu. Teruskan usaha dan pokok kita pasti akan berbuah lebat dan akar tunjang itu akan pegang pokok dari tumbang.

So, apa pun bisnes yang kita buat, walau belum dapat hasil yang kita idamkan, teruskan usaha. Jangan berhenti usaha, jangan berhenti sekerat jalan. Ingat, kita sedang menyemai pokok berakar tunjang yang akan berbuah lebat.

Sampai masa, kita akan menuai hasilnya. Don’t ever give up! Teruskan usaha. You can do it!

Love,

Ummi