Mengandung adalah satu perjalanan yang menyeronokkan. Namun, perubahan hormon yang berlaku dalam badan seseorang wanita itu menyebabkan mereka mudah sensitif, mudah penat dan yang lebih teruk lagi, ramai yang mengalami alahan semasa mengandung.

Waktu-waktu begini, alangkah baiknya, jika si suami berada di sisi untuk memberikan sokongan dan berkongsi setiap detik bersama. Namun, kita mempunyai tanggung jawab masing-masing. Nak tak nak, terpaksa juga berjauhan dengan suami walaupun dalam hati nak sangat suami berada di sisi sepanjang tempoh kehamilan, terutama masa tengah alahan.

Sebenarnya, Irni sendiri pernah berjauhan dengan suami semasa mengandung anak sulung. Masa tu, Irni bekerja di Sarawak dan suami pula bekerja di Kelantan. Suami cuti Jumaat Sabtu, kita pulak cuti Sabtu Ahad. Tak ke lagi haru tu?

Sepanjang tempoh kehamilan, Irni mengalami alahan yang agak teruk. Tambahan pula, Irni baru mengandung anak sulung dan anak kembar pulak tu. Orang cakap, kalau kita mengandung kembar, alahan dia lagi teruk dari mengandung sorang je.

Walau ape pun, Irni syukur sangat sebab akhirnya berjaya jugak harungi segala dugaan tu. Jadi, kalau anda dalam situasi tu sekarang, I’m really understand how do u feel…*hugs*

Ok lah, berdasarkan pengalaman yang sedikit dulu, Irni nak kongsikan 5 Tips Bagaimana Untuk Hadapi Situasi Berjauhan Dengan Suami Semasa Mengandung.

1. Saling mempercayai antara satu sama lain

  • Perasaan saling mempercayai sangat penting. Bila kita tiada rasa curiga pada suami, hati kita lebih tenang dan kita akan jadi lebih kuat untuk hadapi dugaan ni.

2. Sentiasa berhubung

  • Bila kita sentiasa berhubung, sekurang-kurangnya terubat lah sikit rindu. Sekurang-kurangnya, kita rasa ada orang yang mengambil berat tentang diri kita dan rasa disayangi.

3. Elakkan berada keseorangan, sibukkan diri

  • Sebolehnya, elakkan berada seorang diri atau asyik melayan perasaan je. Bila kita duduk sorang-sorang, kita lebih cenderung untuk berasa sedih dan akan jadi teringat je kat suami.
  • Jadi, sebaiknya, luangkanlah masa bersama kawan-kawan supaya kita tak sunyi dan asyik termenung je kan..

4. Jangan skip makan vitamin

  • Yang ni pun kita selalu terlepas pandang. Bila hati sedih, kita pun tak berapa nak ada mood makan vitamin. Jangan begitu ibu-ibu. Makan vitamin semasa mengandung sangat penting.
  • Kepentingan makan vitamin semasa mengandung adalah membantu kita lebih bertenaga dan membantu kekalkan paras hemoglobin atau hb.

5. Redha dengan ketentuan Allah

  • Yang ni antara part paling penting. Yakin lah dengan percaturan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
  • Yakinlah, Allah tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuan kita.
  • Sentiasa berdoa kepada Allah supaya menguatkan hati kita.

Irni doakan anda semua sentiasa tabah hadapi dugaan ni ye.

Love,

Irni Suhana

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Shaklee Malaysia

Area COD:  Jeli, Kok Lanas, Machang dan kawasan sekitar Kelantan

 

 

(Visited 1,307 times, 1 visits today)