Assalamualaikum..

Korang pernah tak rasa ‘stuck’ dalam bisnes korang? Rasa macam takde progress? Tak capai target sales?

Korang rasa macam dah buat macam-macam, tapi kenapa tak dapat macam apa yang kita nak?

Ingat, kejayaan adalah satu proses. Langkah pertama untuk berjaya adalah BERMULA!

Bayangkan, proses kita nak berjaya adalah seperti kita menyemai benih pokok. Permulaan nya adalah kita cari benih yang baik dan kita mula menanam..

Kalau hari ni tanam, adakah kita dah harap esok dah boleh tuai? Mungkin, kalau yang kita semai tu pokok taugeh, memang boleh cepat dapat hasil. Tapi, pokok taugeh tak kuat, tak tahan lama, akar dia kecik, badan dia lemah.

Atau, pokok yang kita tanam tu adalah pokok yang berakar tunjang, yang akan menghasilkan buah yang banyak?

Kalau kita pilih untuk menanam pokok yang hasilkan buah yang banyak dan berterusan, maka kita perlu banyak sabar. Kita perlu konsisten menyiram air dan memberi baja supaya pokok kita dapat membesar.

Pokok perlukan oksigen, air dan cahaya matahari yang cukup. Bila kita bagi baja, dia lagi cepat besar. Jadi, kita kena pastikan kita bagi sumber yang cukup kepada pokok kita tu. Teruskan usaha dan pokok kita pasti akan berbuah lebat dan akar tunjang itu akan pegang pokok dari tumbang.

So, apa pun bisnes yang kita buat, walau belum dapat hasil yang kita idamkan, teruskan usaha. Jangan berhenti usaha, jangan berhenti sekerat jalan. Ingat, kita sedang menyemai pokok berakar tunjang yang akan berbuah lebat.

Sampai masa, kita akan menuai hasilnya. Don’t ever give up! Teruskan usaha. You can do it!

Love,

Ummi

(Visited 33 times, 1 visits today)