Kenali Nephrotic Syndrome, Simptom, Sebab, Komplikasi dan Rawatan

Kencing berbuih adalah salah satu tanda anda menghidap penyakit buah pinggang bocor atau Nephrotic syndrome. Protein yang sepatutnya diserap kembali ke dalam badan tidak dapat ditapis dengan baik menyebabkan protein bocor keluar melalui air kencing. Air kencing orang yang sihat tidak mempunyai kandungan protein.

Untuk lebih faham, jom kita tengok gambar kat atas ni. Di dalam buah pinggang kita terdapat glomeruli iaitu terdiri daripada salur darah yang akan menapis komponen dalam darah yang perlu dibuang atau diserap kembali ke dalam badan. Namun, akibat terdapat kebocoran pada glomeruli ini ,menyebabkan ia tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

Apakah tanda-tanda menghidap Nephrotic Syndrome atau buah pinggang bocor?

  1. Muka dan kaki kelihatan sembap atau edema
  2. Kencing berbuih kerana kehadiran protein dalam air kencing
  3. Berat badan bertambah kerana pengumpulan air dalam badan

Apa yang menyebabkan Nephrotic Syndrome atau Buah Pinggang Bocor ni?

Seperti yang kita tahu, Nephrotic Syndrome berlaku apabila salur darah kecil pada glomeruli rosak dan tak dapat menapis dengan baik. Antara penyebab yang boleh merosakkan glomeruli adalah:

1. Perubahan pada fungsi buah pinggang. Kes ini selalu dikaitkan pada pesakit nephrotic syndrome kanak-kanak. Namun, bila diuji di bawah mikroskop, tidak terdapat perubahan ketara pada bahagian glomerulbuah pinggang kanak-kanak terbabit. Jadi, penyebab kepada perubahan fungsi buah pinggang terseut tak dapat dikenal pasti.

2. Focal segmentatal glomerulosclerosis. Terdapat seperti parut pada glomeruli yang mungkin disebabkan oleh penyakit lain atau penyakit genetik, atau juga mungkin tiada sebab.

3. Membranous nephropathy. Perubahan pada fungsi buah pinggang disebabkan oleh penebalan membran dalam glomeruli. Sebenarnya sebab penebalan tu tak diketahui, namun ia selalu dikaitkan dengan masalah lain seperti hepatitis B, malaria, lupus dan kanser.

4. Penyakit buah pinggang akibat diabetes. Penyakit kencing manis juga boleh menyebabkan kerosakan pada glomeruli buah pinggang.

5. SLE (systemic lupus erythematosus). Radang yang berterusan dalam badan boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

6. Amyloidosis. Kerosakan pada buah pinggang berlaku apabila berlaku pemendapan amyloid protein pada buah pinggang.

7. Darah beku dalam vein pada buah pinggang.

8. Kegagalan fungsi jantung.

Komplikasi jika Nephrotic Syndrome Tidak Dirawat

1. Berlaku darah beku. Apabila salur darah tidak dapat menapis darah dengan baik, darah mungkin kehilangan protein yang menghalang pembekuan darah. Keadaan ni boleh meninggikan risiko berlaku trombosis dalam vein.

2. Kolesterol badan tinggi dan peningkatan trigliserida. Bila albumin dalam darah kita menurun, hati akan menhasilkan lebih banyak albumin. Pada masa yang sama, hati akan membebaskan lebih banyak kolesterol dan trigliserida.

3. Kekurangan nutrisi. Kehilangan banyak protein melalui air kencing boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi. Hal ini boleh membawa kepada penurunan berat badan, tapi mungkin kita tak perasan sangat sebab pengumpulan air dalam badan. Badan kita juga boleh jadi anemia atau kekurangan sel darah merah.

4. Tekanan darah tinggi. Kerosakan pada glomeruli menyebabkan bahan buangan tidak dapat keluar dan berkumpul dalam darah menyebabkan tekanan darah boleh meningkat.

5. Kerosakan buah pinggang acute. Jika glomeruli rosak dan banyak bahan buangan terkumpul dalam badan, pesakit mungkin perlukan dialisis.

6. Kerosakan buah pinggang kronik. Jika keadaan ni berterusan, lama kelamaan buah pinggang akan makin kehilangan fungsinya.

7. Mudah terkena jangkitan penyakit.

Apa yang perlu dibuat setelah disahkan terkena nephrotic syndrome?

Setelah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor dan mendapati bahawa kita mempunyai masalah nephrotic syndrome, perkara pertama yang kita perlu buat adalah ubah gaya hidup jadi lebih baik.

Dari segi pemakanan, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak untuk ganti protein yang hilang. Kurangkan juga pengambilan makanan tinggi kolesterol untuk mengelakkan peningkatan kolesterol. Dan, kurangkan pengambilan makanan masin, kurangkan garam dalam masakan. Mengurangkan pengambilan garam boleh bantu mengurangkan edema.

Anda juga boleh mengambil supplement dari bahan semulajadi yang terbukti telah membantu ramai pesakit Nephrotic Syndrome.

Nampaknya Vivix dan bantu ramai pesakit yang ada masalh buah pinggang ni. Anda pun nak cuba? Boleh hubungi Irni ye. Atau pun klik buy now kat bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

(Visited 43 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge