Cara Jaga Kesihatan Buah Pinggang

Ya Allah, hati ummi bagai disiat-siat saat masuk Unit Hemodialisis Hospital Tanah Merah. Masuk ke unit hemodialisis (HDU), tempat orang cuci buah pinggang buat hati ummi rasa insaf sangat. Sedih tengok diorang terpaksa jalani prosedur dialisis. Ada yang masih muda dan ada yang tua sampai terpaksa dialisis atas katil sebab tak larat nak duduk.

Lagi sedih bila tengok keadaan bapa mertua yang kena tebuk pada bahagian leher untuk jalani prosedur dialisis. Prosedur tersebut perlu dijalankan untuk mengeluarkan air dari badan sebelum fistula atau tapak untuk dialisis dibuat di lengan.

Semasa ummi duduk dekat dengan kaunter, ummi tengok ada sorang budak, ummi agak umur dia awal 20-an, begitu cekap ambil set untuk dialisis dari dalam laci meja seolah-olah dah biasa buat. Ummi tak dapat tahan dari tanya adik tu, adik sedia set untuk siapa, untuk sendiri ke untuk ayah? Dan, adik tu senyum je.

Ya Allah, rupanya adik tu sedia set untuk diri sendiri dan dia adalah salah seorang pesakit yang perlu menjalani dialisis kat situ. Boleh bayangkan tak, bagaimana pesakit dialisis terpaksa menjalani dialisis selama 3 kali seminggu dan sesi memakan masa maksimum 4 jam. Maksud nya, 12 jam seminggu, pesakit perlu datang untuk dialisis.

Jadi, ummi menyeru dan mengingatkan diri ummi sendiri supaya menjaga kesihatan dengan baik untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang. Berat mata ummi memandang mereka, tapi ummi tahu, bahu yang memikul lebih berat. Ummi cuma mampu berdoa semoga kita semua diberi kesihatan yang baik.

Di sini, ummi letakkan panduan penjagaan buah pinggang untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang supaya menjadi panduan kita semua. Mencegah tu kan lebih baik daripada mengubati.

Panduan Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

1. Minum air masak secukupnya

Fungsi buah pinggang adalah untuk menyingkirkan toksin dan segala kotoran keluar dari badan. Air yang cukup membantu proses menyingkirkan bahan buangan daripada badan.

Minum air masak mengikut jumlah berat badan anda. Secara anggaran,  bagi setiap 25kg badan, anda perlu minum 1 liter air masak. Jika berat anda 50kg, maka anda kena minum 2 liter air masak setiap hari.

2. Kurangkan makan fast food dan air gas

Makanan fast food selalunya tinggi garam dan pengawet. Jadi, elakkan makan fast food. Air gas atau air bikarbonat juga perlu dielakkan kerana mempunyai pewarna yang tinggi.

3. Makan makanan seimbang

Makan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan konsep pinggan suku suku separuh. Suku pinggan nasi, suku pinggan lauk dan setengah pinggan adalah sayur.

4. Amalkan gaya hidup yang aktif

Bersenam sekurang-kurangnya dua jam setengah setiap minggu. Amalan bersenam bantu turunkan tekanan darah dan bantu menyihatkan buah pinggang.

5. Berhenti merokok

Berhenti merokok adalah satu keputusan yang balik baik kerana mampu meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan badan anda. Klik SINI untuk panduan berhenti merokok.

6. Elakkan makan ubat penahan sakit seperti panadol

Jika anda masih boleh bertahan dari sakit, elakkan daripada mengamalkan ubat tahan sakit.

7. Jaga kesihatan dengan baik

Jika anda ada masalah seperti kencing manis atau darah tinggi, pastikan anda mengawal penyakit anda dengan baik. Pastikan anda sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk temujanji dan mengikut segala nasihat doktor.

Makan ubat yang diberikan oleh doktor supaya penyakit anda terkawal. Jika penyakit tidak terkawal, anda mengundang penyakit lain datang seperti kerosakan buah pinggang.

8. Semak risiko anda untuk mendapat penyakit buah pinggang

Berdasarkan tahap kesihatan anda sekarang, anda boleh klik SINI untuk melihat berapa tinggi risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang.

Jom jaga kesihatan dengan baik.

Untuk pesakit buah pinggang yang sudah di diagnos sebagai pesakit buah pinggang, anda boleh cuba supplement untuk membantu anda hidup lebih sihat. Di sini ummi kongsikan pengalaman pengguna lain yang mengambil supplement yang bagus untuk buah pinggang.

Supplement untuk pesakit buah pinggang

Selepas 21 hari ambil Vivix, bacaan creatinine turun

 

Pesakit buah pinggang nampak lebih sihat

 

Bacaan creatinine turun 90%

Jika anda juga berminat untuk cuba Vivix, anda boleh hubungi ummi ye. Atau anda boleh klik buy now kat bawah ni untuk akses yang lebih cepat.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

(Visited 17 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Cara Jaga Kesihatan Buah Pinggang”

    1. betul tu..bila tengok orang yang kena dialisis ni, baru lah kita sedar, betapa besarnya nikmat Allah bagi buah pinggang sihat, dapat kencing, boleh buang kotoran dari badan. Semoga bermanfaat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge