Setiap wanita terdedah kepada risiko mendapat kanser payudara. Kanser payudara terjadi akibat daripada sel payudara yang membahagi secara tidak normal. Tumor malignan pada payudara ini boleh merebak ke tempat lain jika tidak dikawal.
APAKAH SIMPTOM KANSER PAYUDARA
Kalau dapat kesan lebih awal simptom kanser payudara tu, rawatan dapat diberikan lebih cepat dan peluang untuk sembuh itu lebih tinggi. Jom, kita tengok, apakah simptom kanser payudara.
1. Terdapat benjolan pada payudara
2. Perubahan tekstur warna pada payudara
3. Terdapat cecair jernih atau darah keluar melalui puting payudara
4. Kulit masuk ke dalam
5. Perubahan pada bentuk puting payudara, seolah-olah masuk ke dalam
Jika anda dapat mengesan tanda-tanda ini berlaku kepada anda, anda kena cepat-cepat dapatkan permeriksaan kesihatan di klinik.
APAKAH SEBAB BERLAKU KANSER PAYUDARA?
Sebenarnya, tiada sebab khusus berlaku kanser payudara, cuma terdapat golongan yang dikesan berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
1. Usia semakin tua
Apabila usia meningkat, lagi tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara. 80% pesakit kanser payudara adalah berumur 50 tahun ke atas, iaitu selepas menopause.
2. Genetik
Wanita yang mempunyai ahli keluarga mempunyai kanser payudara atau kanser overi, lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.
3. Mempunyai sejarah kanser payudara
Bagi wanita yang mempunyai sejarah terkena kanser payudara walaupun bukan jenis invasif, namun wanita ini lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara kembali berbanding dengan wanita yang tidak pernah mendapat kanser payudara.
4. Ada ketulan pada payudara
Walaupun ketulan itu jenis benigna atau tidak membahaya, tetapi golongan ini lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.
5. Tisu payudara yang padat
Wanita yang mempunyai tisu payudara yang padat lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.
6. Terdedah kepada hormon estrogen
Wanita yang datang haid lebih awal atau menopause lebih lewat daripada usia biasa lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara. Hormon estrogen mula dihasilkan bila wanita datang haid dan turun dengan mendadak setelah menopause.
7. Obesiti
Orang yang mempunyai berat badan obes, cenderung untuk mempunyai paras hormon estrogen lebih tinggi dan lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.
8. Minum alkohol
Minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
APAKAH RAWATAN PESAKIT KANSER PAYUDARA?
Rawatan kanser payudara bergantung kepada jenis, tahap berapa dan keadaan pesakit itu sendiri. Antara rawatan untuk pesakit kanser payudara adalah:
- Radioterapi
- Pembedahan
- Terapi biologikal
- Terapi hormon
- Kemoterapi
APAKAH SUPPLEMENT YANG BOLEH MEMBANTU PESAKIT KANSER PAYUDARA?
Anda boleh mengambil supplement untuk membantu badan lebih kuat. Jom kita tengok, pengalaman pesakit kanser yang mengambil Vivix sebagai supplement mereka.
Vivix adalah sejenis minuman botani yang kaya dengan resveratrol. Vivix diuji secara klinikal membantu membaniki DNA yang rosak. Vivix juga bantu meningkatkan prestasi sel dengan meningkatkan bilangan mitokondria dalam sel.
Berminat untuk dapat dapatkan Vivix juga? Boleh hubungi saya atau klik je kat bawah ni ye.
Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?
Hubungi saya,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhana@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee
Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan
Pos ke seluruh Malaysia
KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?
Dapatkan konsultasi ekslusif secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.
Recent Comments