Alhamdulillah hari ni Irni dan suami akan bertolak pulang ke Malaysia setelah selesai ibadah umrah di Mekah.  Kami berada 4 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah.  Kami memilih Syaza Travel untuk menjalani ibadah umrah pada kali ini.

Sebelum kita pergi lebih lanjut,  jom tengok, apa supplement yang diperlukan untuk mengerjakan umrah dan haji.

Review Syaza Travel dari kami:

1. Perkhidmatan terbaik dengan harga berpatutan

Kami berada dalam kumpulan.  Kumpulan pertama ada 12 orang dan kumpulan ke dua ada 35 orang. Kumpulan pertama datang awal sehari dari kumpulan ke 2.

Terdapat seorang mutawif ditugaskan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Kami dibawa melawat ke beberapa tempat di Madinah dan Mekah.  Di samping iyu,  mutawif akan bercerita mengenai sirah kawasan tersebut.

Perjalanan menjadi lebih menarik apabila kita mengetahui cerita di sebalik tempat yang kita lawati itu.

Bukan itu saja,  mutawif kami turut memberi ‘recommendation’ kat mana tempat shopping yang best dan murah. Ha,  yang ni pun penting kan, sebab mesti kita nak bawak balik buah tangan kat saudara kat Malaysia kan.

2. Jarak hotel tidak terlalu jauh

Di Madinah,  tiada masalah dari segi jarak hotel ke Masjid Nabawi.  Namun,  cabaran sikit untuk ke masjidil haram di Mekah.  Kami dikhabarkan,  jarak hotel ke Masjidil Haram adalah adalah sejauh 500m. Bunyi macam jauh,  tapi bila jalan,  tak de lah jauh sangat sebab di sepanjang bahu jalan ada kedai.

Jarak hotel sesuailah dengan harga pakej.  Tapi,  kalau murah rezeki dan ade bajet lebih,  boleh lah duduk kat Hotel Safwah ke,  memang dekat sangat dengan Masjidil Haram tu.  Memang dekat dengan pintu dah.

3. Beg sudah disediakan

Kita akan diberi sebuah beg troli,  sebuah beg pikul yang mempunyai roda (boleh ditarik),  beg sandang untuk di bawa sepanjang umrah,  beg kasut dan jugak beg kain semayang.  Jadi,  kita tak payah pening nak pikir cari beg dah. Boleh guna beg yang diberi.

Ha ni dia beg tarik n beg pikul yang ade roda jugak

4. Makanan Malaysia disediakan

Soal makanan jugak tak payah pikir sebab makanan sudah disediakan di hotel.  Makanan di masak seperti menu makanan Malaysia dan kita boleh makan makanan Malaysia macam biasa. Tapi,  kalau nak cuba masakan Arab,  boleh la beli di kedai berdekatan. Banyak pilihan makanan untuk di cuba.

5. Tavel agent yang boleh berdaftar dan boleh dipercayai

Syaza Travel adalah sebuah syarikat travel agent yang berdaftar.  Yang penting,  boleh dipercayai.  Syarikat ini dah lama beroperasi dan boleh dipercayai.

Ya,  saya recommend anda untuk pilih Syaza Travel!

Gambar jemaah dekat klia sebelum bertolak

Boleh rujuk laman web Syaza Travel kat SINI

Selamat mengerjakan umrah!

 

(Visited 671 times, 1 visits today)