Berpantang adalah satu tempoh penting dalam hidup seorang wanita. Silap gaya, boleh jadi bentan, boleh jadi demam dan yang paling teruk, boleh jadi meroyan. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara sebegini. Waktu berpantang ni lah badan kita masih dalam proses pemulihan dan juga hormon masih tak stabil.

Sebab tu, waktu berpantang, kita kena jaga betul-betul fizikal dan juga emosi. Jika berpantang rumah ibu bapa atau rumah mertua, pastinya kita beruntung kerana ada orang yang akan membantu kita dari segi penjagaan diri, makan dan juga anak.

Irni sendiri sebenarnya belum ada pengalaman berpantang sendiri. Dua kali berpantang anak yang lepas, Irni berpantang di rumah mak sendiri. Selalunya, mak yang akan tolong mandikan baby, kita sendiri pun rasa tak berani nak mandikan baby yang lembut lagi badan dia. hehe.

Kita jugak tak perlu susah-susah masak dan juga basuh baju. Hidup masa berpantang memang cukup relaks. Namun, disebabkan dah ada anak-anak lain dan perlu jaga baby, sebenarnya tak de lah relaks sangat, hehe. Cuma dari satu sudut, kita memang seronok boleh duduk rumah mak, tiap-tiap hari boleh makan masakan mak, walaupun cuma lauk berpantang.

Ok, kalau kita berpantang sendiri pula, mungkin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, atau mungkin kita tak mahu menyusahkan ibu bapa yang dah tua, jom kita tengok tips-tips kat bawah ni:

Persediaan Berpantang Sendiri Di Rumah

1. Sediakan mindset yang kita boleh buat

Sebelum bersalin lagi, kita kena yakin yang kita pasti boleh berpantang sendiri. Ucapkan kata-kata yang baik dan berdoa semoga Allah mudahkan segala urusan kita. Pohon lah dari Allah semoga Allah bantu kita dan melancarkan segala urusan.

2. Sediakan stok makanan untuk pantang

Sebelum bersalin, kita dah boleh mula buat ‘garam kunyit’ untuk dilumurkan pada lauk semasa pantang. Ikan atau ayam yang dilumur garam kunyit tu nanti boleh dibakar je. Potong bawang siap-siap untuk stok seminggu atau dua supaya senang jika kita perlu masak terutama untuk masak sayur makanan kita semasa berpantang.

3. Sediakan kelengkapan semasa berpantang secukupnya

Sebelum bersalin, sediakan secukupkan keperluan kita dan anak. Sediakan stokin, pakaian yang sesuai dan juga bengkung untuk dipakai. Jika kita berpantang sendiri, kemungkinan kita akan lebih banyak bergerak. Jadi, pastikan kita pakai bengkung dengan kemas supaya kita dapat bergerak dengan selesa dan membantu proses pemulihan dengan cepat.

Irni cadangkan supaya memakai bengkung yang jenis kemas. Boleh juga pakai bengkung moden. Irni recommend yang jenis boleh ikat supaya kita boleh laras keketatan bengkung kita tu. Pilih bengkung ikat yang jenis moden sikit seperti yang ada zip kat belakang, supaya setiap kali nak pakai, kita tak perlu ikat dah. Ikat bengkung cuma pada pertama kali.

4. Cari tukang urut lepas bersalin

Sebelum bersalin lagi, sebaknya, kita cari terus tukang urut yang boleh datang ke rumah untuk urutan lepas bersalin. Urutan lepas bersalin penting untuk relakskan balik badan kita, lancarkan peredaran darah dan nifas, juga untuk menggalakan pengeluaran air susu.

Untuk anda yang berada di Kelantan, boleh cuba pakej lepas bersalin dari Spa Aisya Humaira. Kalau nak contact diorang, boleh klik SINI.

Irni dah cuba perkhidmatan mereka masa bersalin yang lepas. Seronok dia datang rumah mengurut dan bertungku sekali. Tukang urut pun lemah lembut je, tak sakit pun. Badan pun rasa ringan, rengat lepas bersalin pun hilang lepas mengurut. Memang terbaiklah.

5. Cari pengasuh anak jika ada anak lain

Kalau dah ada anak lain dan anak masih kecil, sebaiknya, cari lah pengasuh untuk anak. Atau, jika anak dah biasa ke rumah pengasuh, hantar je diorang ke rumah pengasuh macam biasa. Jadi, kita tak de lah letih sangat. Kita cuma perlu jaga baby je dan simpan tenaga untuk buat benda lain.

6. Sedia untuk abaikan jika rumah bersepah

Masa berpantang, elakkan dari buat kerja rumah seperti menyapu, basuh kain atau basuh pinggan. Dapatkan bantuan daripada pasangan untuk membantu anda. Anda juga boleh dapatkan khidmat pembantu rumah yang boleh datang mengemas mungkin seminggu sekali.

7.  Cari set berpantang terbaik

Set berpantang yang dipilih jugak penting untuk membantu proses pemulihan dari dalam. Dari segi fizikal, mungkin kita rasa dah sihat, tapi dari segi dalaman, kita sendiri pun tak tahu dah ok ke tak. Sebab tu, kita tak boleh terlalu aktif walaupun rasa sihat je.

Untuk set berpantang yang bantu cepat sembuhkan luka dan bantu kita kekal bertenaga, Irni cadangkan korang ambik set berpantang Shaklee, boleh klik SINI untuk details. Irni pernah guna set berpantang shaklee masa berpantang hani.

Badan tak letih sangat walaupun nak kena jaga baby dan si kembar. Susu pun memang banyak sangat. Badan kejap je dah kurus macam sebelum bersalin dulu.

Jaga diri ya ibu-ibu semua. Kita semua hebat! You are amazing!

Untuk mendapatkan sebarang produk shaklee, boleh hubungi Irni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

 

(Visited 621 times, 1 visits today)