Cara Atasi Masalah Susu Badan Drop

Impian setiap ibu untuk berikan yang terbaik untuk baby masing-masing kan. Tapi, biasalah, banyak dugaanya untuk susukan baby sampai 2 tahun ni. Salah satu dugaan nya adalah masalah susu badan makin drop. Makin risaulah si ibu, tambah-tambah kalau stok susu tak banyak kan.

Kalau susu badan dah mula drop, susu boleh jadi banyak balik ke?

Ya, BOLEH! Susu badan boleh banyak balik walaupun susu dah mula drop. Pertama sekali, kita kena ingat, konsep penyusuan, sangat bergantung kepada konsep demand dan supply. Semakin banyak permintaan susu, semakin banyak pengeluaran susu akan dihasilkan.

Jadi, macam mana cara nak tingkatkan demand and supply susu ni?

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU YANG DAH DROP ATAU MERUDUM

1.  Buat teknik power pumping

Power pumping ni bagus buat tengah malam atau sebelum subuh. Cara dia:

Pam 20 minit, Rehat 10 minit

Sambung Pam 10 minit, Rehat 10 minit

Sambung Pam 10 minit, ok dah selesai

Power pumping ni dibuat untuk rangsang balik pengeluaran susu. Power pumping bagus buat tengah malam sebab tengah malam pengeluaran susu tinggi.

2. Buat teknik tandem nursing

Tandem nursing ni boleh dibuat ketika kita di rumah bersama baby. Ketika baby menyusu, kita pam susu yang sebelah lagi. Teknik tandem nursing rangsang penghasilan susu di kedua-dua belah payudara. Lagipun, semasa baby tengah menyusu, payudara di sebelah satu lagi pun akan keluarkan susu jugak.

Bila kita buat teknik tandem nursing, kita dan tingkatkan demand susu dan hantar signal kat otak supaya arahkan kelenjar susu hasilkan lagi banyak susu.

3. Buat teknik marmet

Selepas baby menyusu atau selepas sesi mengepam, urut payudara guna kaedah marmet untuk mengosongkan payudara. Selepas mengepam, kita tengok macam dah tak de susu kan, tapi kalau kita picit dengan tangan, sebenarnya masih ada lagi susu tau.

Urut dengan kaedah marmet untuk pastikan payudara betul-betul kosong. Kalau nak tahu kosong ke tak, bila kita urut, dah tak de susu menitik.

Macam tu jugak, bila lepas menyusu baby, kosongkan susu pada payudara tu. Payudara yang kosong akan hantar signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

4. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam

Ikut jadual pam anda. Walaupun payudara tak penuh lagi atau tak bengkak pun, sila pam payudara anda ye.

5. Banyakkan minum air suam

Minum air suam bantu banyakkan susu ibu. Beza tau kuantiti susu bila kita minum air masak dengan air suam. Banyakkan minum air suam dan pastikan kita memang minum banyak air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

6. Elakkan stress dan jangan fikir negatif

Bila ibu stress, susu lagi susah nak keluar. Fikir yang positif, semoga Allah permudahkan usaha kita untuk bagi yang terbaik dekat anak kita. Ingat balik, setiap titik susu yang kita usahakan tu, insyaAllah Allah akan bagi ganjaran pahala kat kita.

Untung kan jadi orang perempuan, senang nak collect pahala kan? 😀

7. Makan makanan berkhasiat

Pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan susu ibu. Ambik makanan yang tinggi protein dan bervariasi. Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam menu kita.

8. Ambik supplement menyusu

Supplement menyusu bukan sekadar milkbooster, tapi jugak untuk bantu badan kita lebih bertenaga. Supplement bantu badan kita lebih bertenaga dan kurang letih.

Bila badan letih, susu pun susah nak keluar. Jadi, bila ambik supplement, kurang lah sikit letih kita tu kan. Anda boleh cuba Set Penyusuan Lengkap Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vita C, Omega Guard, Ostematrix, Alfalfa dan ESP.

Untuk Set Penyusuan bajet, anda boleh cuba ESP dan Alfalfa. Set Penyusuan ni bertindak sebagai milkbooster dan bantu badan kita lebih bertenaga.

Apa pun, Irni doakan semoga dimudahkan perjalanan kita sebagai seorang ibu. Jangan sesekali putus asa untuk susukan anak kita sepenuhnya dengan susu ibu. Lets strong together!

Jemput baca jugak: Perlukah Ibu Menyusu Ambik Supplement?

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya

Tips Pilih Kolagen Untuk Kulit

key: kolagen untuk kulit

Dalam pasaran, ada berbagai-bagai jenis kolagen yang dijual.  Ada yang mahal dan ada yang murah. Ada yang pilih berdasarkan kualiti dan ada yang pilih berdasarkan harga. Jadi, apa tips terbaik untuk pilih kolagen untuk kulit?

Tips Pilih Kolagen Untuk Kulit

1. Pilih dari sumber yang berkualiti

Shaklee Collagen Powder dihasilkan dari sumebr ikan laut, iaitu daripada sisik ikan merah. Shaklee Collagen Powder mengandungi 4000mg Proprietary RSS Collagen.

Kenapa ikan merah ni sumber kolagen yang berkualiti?

Ikan merah ni dia adalah ikan dari laut dalam yang tahan tekanan sehingga 20lbs dan hidup dengan bebas di laut dalam. Jadi, ikan ini menghasilkan kolagen yang:

  • Sangat tahan dan elastik
  • Mempunyai tahap kesepaduan sel yan tinggi
  • Sangat tinggi kelembapan
  • Rendah berat molekular

Disebabkan ciri-ciri ini, ikan merah ini boleh hidup 5000m di laut dalam, yang mana sukar bagi ikan biasa untuk hidup.

2. Pilih yang jenis berat molekular rendah untuk memudahkan penyerapan

Shaklee Collagen Powder dihasilkan dari 3 nos asid amino, atau dikenali juga sebagai tripeptide. Shaklee Collagen Powder adalah yang paling kecil, paling bagus dan paling efektif dalam kalangan kolagen peptide dalam pasaran.

Shaklee Collagen Powder mempunyai saiz yang sangat kecil, iaitu hanya 1000 dalton sahaja. Kalau kita letak pada kulit, ia hanya ambil masa 10 minit sahaja untuk diserap ke dalam kulit.

Dan, apabila kita minum kolagen tu, ia hanya ambik masa 20 minit untuk diserap ke dalam sistem pencernaan dan diserap ke dalam salur darah.

Special kan, sebab kolagen yang mempunyai saiz kecik ni tak perlu menjalani sistem pencernaan dan akan terus diserap pergi ke kulit dan baiki kulit kita untuk dapatkan kulit yang cantik.

Jadi, sesiapa yang sistem percernaan dia tak berapa bagus pun boleh ambik Shaklee Collagen Powder ni, sebab kolagen ni tak perlu lalui proses complicated kat perut, pankreas dan enzim.

3. Mempunyai kombinasi lengkap Kolagen + Asid Hyaluronik + Elastin

Shaklee Collagen Powder mempunyai 7 bahan aktif yang membantu keberkesanan kolagen untuk kulit. 7 bahan aktif tersebut adalah:

  • Kolagen ikan: elastin membuatkan kulit lebih anjal
  • Ekstrak kerang-kerangan: cecair synovial bantu lubrikasi pada sendi
  • Vitamin C, B2 dan B6: menggalakkan penghasilan kolagen dan menstabilkan radikal bebas dalam badan
  • Lactobasillus acidophilus: menghasilkan usus yang sihat dan menggalakkan penyerapan kolagen ke dalam usus
  • Camelia Japonica Seed Extract: mengandungi asid oleik bantu lembapkan kulit
  • Ektrak Pfaffia (Ginseng Brazil): menggalakkan penghasilan kolagen dan asid hyaluronik yang menjadikan kulit makin halus, lembap dan makin licin.

4. Ada ujian klinikal

Shaklee Collagen Powder mempunyai kajian klinikal yang membuktikan bahawa terdapat perubahan pada kulit sebanyak 71% setelah menggunakan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu berturut-turut.

5. Kesan dan kebaikan kolagen untuk kulit

Shaklee Collagen Powder diuji secara klinikal dan terbukti memang berkesan.

  • Kulit lebih lembap, mengurangkan masalah kulit kering dan kulit kusam
  • Memudarkan pigmentasi dan membantu masalah tona kulit tak sekata
  • Membantu badan dan aset lebih tegang
  • Anti penuaan dengan mengurangkan kedutan, menutup liang roma dan mengurangkan garis-garis pada kulit
  • Membaiki dan mengembalikan keanjalan kulit
  • Bantu dapatkan rambut dan kuku yang cantik

6. Kolagen dalam bentuk serbuk

Kolagen dalam bentuk serbuk lebih stabil jika dibandingkan dengan kolagen jenis air sebab kalau kolagen jenis air, ia memerlukan penstabil dan pengawet, juga kena sentiasa letak dalam peti apabila dibuka. Jadi, shaklee collagen powder boleh letak atas meja makan je.

Jadi, kalau nak pilih kolagen terbaik, boleh pilih ShakleeCollagen Powder untuk kulit yang lebih cantik.