Impian setiap ibu untuk berikan yang terbaik untuk baby masing-masing kan. Tapi, biasalah, banyak dugaanya untuk susukan baby sampai 2 tahun ni. Salah satu dugaan nya adalah masalah susu badan makin drop. Makin risaulah si ibu, tambah-tambah kalau stok susu tak banyak kan.

Kalau susu badan dah mula drop, susu boleh jadi banyak balik ke?

Ya, BOLEH! Susu badan boleh banyak balik walaupun susu dah mula drop. Pertama sekali, kita kena ingat, konsep penyusuan, sangat bergantung kepada konsep demand dan supply. Semakin banyak permintaan susu, semakin banyak pengeluaran susu akan dihasilkan.

Jadi, macam mana cara nak tingkatkan demand and supply susu ni?

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU YANG DAH DROP ATAU MERUDUM

1.  Buat teknik power pumping

Power pumping ni bagus buat tengah malam atau sebelum subuh. Cara dia:

Pam 20 minit, Rehat 10 minit

Sambung Pam 10 minit, Rehat 10 minit

Sambung Pam 10 minit, ok dah selesai

Power pumping ni dibuat untuk rangsang balik pengeluaran susu. Power pumping bagus buat tengah malam sebab tengah malam pengeluaran susu tinggi.

2. Buat teknik tandem nursing

Tandem nursing ni boleh dibuat ketika kita di rumah bersama baby. Ketika baby menyusu, kita pam susu yang sebelah lagi. Teknik tandem nursing rangsang penghasilan susu di kedua-dua belah payudara. Lagipun, semasa baby tengah menyusu, payudara di sebelah satu lagi pun akan keluarkan susu jugak.

Bila kita buat teknik tandem nursing, kita dan tingkatkan demand susu dan hantar signal kat otak supaya arahkan kelenjar susu hasilkan lagi banyak susu.

3. Buat teknik marmet

Selepas baby menyusu atau selepas sesi mengepam, urut payudara guna kaedah marmet untuk mengosongkan payudara. Selepas mengepam, kita tengok macam dah tak de susu kan, tapi kalau kita picit dengan tangan, sebenarnya masih ada lagi susu tau.

Urut dengan kaedah marmet untuk pastikan payudara betul-betul kosong. Kalau nak tahu kosong ke tak, bila kita urut, dah tak de susu menitik.

Macam tu jugak, bila lepas menyusu baby, kosongkan susu pada payudara tu. Payudara yang kosong akan hantar signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

4. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam

Ikut jadual pam anda. Walaupun payudara tak penuh lagi atau tak bengkak pun, sila pam payudara anda ye.

5. Banyakkan minum air suam

Minum air suam bantu banyakkan susu ibu. Beza tau kuantiti susu bila kita minum air masak dengan air suam. Banyakkan minum air suam dan pastikan kita memang minum banyak air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

6. Elakkan stress dan jangan fikir negatif

Bila ibu stress, susu lagi susah nak keluar. Fikir yang positif, semoga Allah permudahkan usaha kita untuk bagi yang terbaik dekat anak kita. Ingat balik, setiap titik susu yang kita usahakan tu, insyaAllah Allah akan bagi ganjaran pahala kat kita.

Untung kan jadi orang perempuan, senang nak collect pahala kan? 😀

7. Makan makanan berkhasiat

Pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam penghasilan susu ibu. Ambik makanan yang tinggi protein dan bervariasi. Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam menu kita.

8. Ambik supplement menyusu

Supplement menyusu bukan sekadar milkbooster, tapi jugak untuk bantu badan kita lebih bertenaga. Supplement bantu badan kita lebih bertenaga dan kurang letih.

Bila badan letih, susu pun susah nak keluar. Jadi, bila ambik supplement, kurang lah sikit letih kita tu kan. Anda boleh cuba Set Penyusuan Lengkap Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vita C, Omega Guard, Ostematrix, Alfalfa dan ESP.

Untuk Set Penyusuan bajet, anda boleh cuba ESP dan Alfalfa. Set Penyusuan ni bertindak sebagai milkbooster dan bantu badan kita lebih bertenaga.

Apa pun, Irni doakan semoga dimudahkan perjalanan kita sebagai seorang ibu. Jangan sesekali putus asa untuk susukan anak kita sepenuhnya dengan susu ibu. Lets strong together!

Jemput baca jugak: Perlukah Ibu Menyusu Ambik Supplement?

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya

(Visited 897 times, 1 visits today)