7 Tips Mudah Bersalin

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Irni dah selamat lahirkan baby pada 20.8.2017, sama birthday dengan kawan baik masa kat UKM ūüôā

Kelahiran yang ni pun sangat mudah. Pukul 3.00pm masuk labour room,  pukul 3.05 pm,  baby dah keluar. Sebenarnya,  masa datang hospital tu dah full os kot,  sebab masa sampai tu dah rasa sakit sangat,  dah keluar darah. Naik atas katil,  rasa macam nak push dah..

Kat sini,  Irni nak kongsi Tips Mudah Bersalin. Jom kita tengok.

Tips Mudah Bersalin

Tips mudah bersalin ni Irni kongsikan untuk ibu-ibu hamil yang bakal melahirkan baby nanti.

1. Sentiasa fikir positif

Sepanjang kehamilan,  kita kena sentiasa fikir positif yang kita akan berjaya lahirkan baby secara normal. Elakkan ambil tahu komplikasi semasa bersalin, seperti terpaksa guna forceps,  terpaksa ceaser. Jangan sesekali fikir pasal komplikasi. Fikirkan yang kita akan dapat bersalin dengan mudah dan selamat.

Bayangkan,  proses bersalin mudah,  baby keluar dengan mudah, dan kita boleh senyum tengok baby.

2. Buat senaman kegel

Sepanjang kehamilan,  kita boleh buat senaman kegel. Senaman ni bagus untuk wanita amalkan bagi menguatkan otot vagina. Cara buat senaman kegel seperti tahan kencing. Tapi,  jangan lah tahan kencing pulak ye.

Lepas bersalin pun boleh teruskan buat senaman kegel ni ye.

3. Jaga pemakanan semasa hamil

Elakkan makan junkfood dan fast food semasa mengandung. Junk food dan fast food ni bukan je tak de nutrisi, malah ada garam yang tinggi. Makanan ni boleh lah makan kadang-kadang, tapi jangan lah selalu.

Banyakkan makan makanan berkhasiat. Kalau masa alahan pun,  elakkan makan asam sebab asam tu pun bukan makanan yang sihat.

4. Banyakkan pergerakan

Semasa mengandung,  banyakkan lakukan pergerakan seperti jalan kaki dan naik tangga. Banyakkan pergerakan ni tak sesuai dilakukan masa awal kehamilan. Bila dah masuk trimester ke 3, ha elok lah kita banyakkan berjalan dan naik tangga.

Instead of guna lif,  kita cuba naik tangga. Kalau tak larat,  naik lah tangga sampai tingkat 1 je, lepas tu boleh sambung naik lif. Masa kita banyakkan berjalan dan naik tangga tu,  doa lah dalam hati,  yaAllah,  mudahkan lah aku untuk bersalin nanti.

5. Banyakkan berdoa kepada Allah

Sentiasa lah berdoa kepada Allah supaya mudahkan proses kelahiran,  supaya sempurna kejadian baby dan dapat bersalin normal.

Sebut satu-satu apa yang kita nak. Doa lah terutama selepas solat. Sambil tu,  bagitau la baby supaya keluar elok-elok,  biar mudah semuanya.

6. Bersedekah

Semasa mengandung,  terutama bila dah dekat-dekat dengan tarikh bersalin,  banyakkan bagi sedekah. Kalau tak boleh bagi banyak,  bagi la sikit. Sambil tu,  niat la semoga Allah mudahkan kita bersalin nanti.

7. Jaga kesihatan semasa hamil

Jaga kesihatan kita untuk elakkan komplikasi semasa bersalin. Ikut segala nasihat misi dan doktor di Klinik Ibu & Anak. Jika ada sebarang keraguan,  boleh lah tanya misi sebab mereka sangat berpengetahuan tentang ilmu kehamilan.

Makan segala vitamin yang diberikan supaya hb tidak low. Nilai hb yg cantik bantu elakkan tumpah darah masa bersalin.

Semasa mengandung,  Irni ambik set vitamin ibu hamil yang bantu hb cantik,  jarang sangat krem kaki masa tidur dan yang best nye jarang sangat sakit pinggang. Badan pun rasa cergas je. Memang best!

Apa pun, ¬†Irni doakan semoga Allah permudahkan kita semua. Pengalaman tiga kali bersalin buat Irni rasa insaf. Sakit bersalin memang sakit, nanti kalau sakit mati macam mana? ūüė≠

Semoga Allah permudahkan dan ampun segala dosa kita. Take care ye mommies!

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Shaklee Kelantan

Area COD: Kok Lanas,  Jeli,  Kota Bharu dan kawasan sekitar

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian Shaklee dengan saya.

 

 

 

 

(Visited 3 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge