Petua Mengurangkan Alahan Semasa Mengandung

 

1. Makan

Petua mengurangkan alahan semasa mengandung yang pertama adalah makan. Apabila bangun daripada tidur, anda digalakkan untuk makan terlebih dahulu. Anda boleh mengambil biskut yang rasanya neutral seprti biskut Jacobs. Rasanya sedap dan mempunyai nutrisi yang baik. Sebelum anda berasa lapar, anda boleh mula makan biskut. Ideanya adalah, makan sedikit tetapi kerap.

2.  Minum

Dapatkan air yang cukup bagi mengelakkan badan dehidrasi. Semasa alahan, kita banyak mengeluarkan kembali cecair di dalam badan. Jadi, kita perlu menggantikan kembali air yang telah keluar. Minum air masak sedikit demi sedikit. Jangan minum terlalu banyak dalam satu masa kerana anda mungkin akan mengeluarkan kembali semua yang anda telah makan.

Selain dari itu, anda juga boleh minum air isotonik bagi menggantikan cecair badan yang telah keluar. Jika anda tidak menggantikan cecair badan yang telah keluar, badan anda akan terasa letih. Air isotonik semulajadi adalah air kelapa. Jika sukar untuk memperolehi air kelapa setiap hari, anda boleh mendapatkan air isotonik dalam pasaran. Namun, kebanyakan air isotonik di pasaran adalah minuman bergas dan mempunyai kadar gula yang agak tinggi. Anda perlu berhati-hati supaya tidak mendapat penyakit kencing manis pula.

Sebagai alternatif, anda boleh membancuh sendiri  ‘Performance Drink’, iaitu sejenis minuman isotonik dan kurang kandungan gula. Anda boleh menyiapkan air ini lebih awal dan disimpan di dalam peti.

3. Rehat yang cukup

Ingat, anda sekarang bukan seorang diri. Ada seseorang yang sedang menumpang di dalam rahim anda dan ‘menyedut’ nutrisi dari anda. Jadi, tidak hairanlah jika anda cepat berasa letih. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan cuba dapatkan pertolongan dari suami untuk menguruskan hal rumah tangga.

4. Berada di tempat yang selesa

Elakkan berada di tempat panas dan sesak dengan ramai orang. Percayalah, anda akan berasa lebih tenang jika dapat duduk di tempat yang selesa kerana anda lebih relaks. Elakkan keluar pada waktu tengah hari yang panas dan keluar ke tempat ramai orang seperti pasar tani.

5. Makan makanan masam untuk mengurangkan rasa mual

Ramai orang suka makan buah mempelam kerana buahnya masam. Bagi saya, makan buah adalah bagus kerana terdapat banyak zat. Elakkan daripada menggantikan buah dengan makanan rapu seperti jeruk yang diawet dari bahan yang kita tidak tahu sumbernya dan asam masin. Hal ini kerana, makanan rapu seperti ini tidak mempunyai zat dan pemakan kita semasa mengandung boleh mempengaruhi perkembangan anak. Saya mencadangkan anda makan buah-buahan segar atau tablet vitamin c yang boleh kunyah. Sebagai contoh, anda boleh mengambil chewable vitamin c.

6. Makanan alternatif jika tiada selera makan

Apabila anda dalam keadaan loya, selalunya selera makan juga boleh menurun sedangkan anda sepatutnya memerlukan makanan yang cukup bagi mendapatkan nutrisi dan tenaga yang cukup. Jika anda tiada selera makan, anda boleh mencuba makan makanan yang dapat terus memberikan tenaga seperti coklat, biskut chipsmore dan air milo. Makanan seperti ini dapat memberikan anda tenaga segera. Namun, untuk mendapatkan nutrisi yang cukup, anda perlu makan supplement supaya anda mendapat segala khasiat yang diperlukan oleh badan. Ingat, jangan sekali-kali mengabaikan pemakanan anda kerana jika tidak berhati-hati anda boleh jatuh pegsan!

7. Nikmati saat-saat yang berlalu

Adakah anda bahagia menghitung waktu untuk menjadi seorang ibu? Jadi, inilah masanya untuk menikmati setiap proses yang sebenarnya melatih kita untuk menjadi lebih kuat. Apabila anda terasa penat, cuba anda senyum kepada diri anda sendiri. Senyum boleh merangsang pengeluaran hormon gembira. Anda bayangkan yang indah-indah sahaja. Bayangkan apabila tiba masanya si manja anda akan dilahirkan dan anda akan menambah ahli baru dalam keluarga. Fikirkan yang indah-indah sahaja kerana setiap yang kita fikir itu adalah doa.

 

Sekian, salam sayang daripada saya sekeluarga. Tahniah kepada anda yang sedang mengalami alahan dan semoga anda tabah untuk menempuh masa depan.

Klik –> Vitamin Untuk Mengurangkan Alahan Semasa Mengandung

 

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

(Visited 66 times, 1 visits today)