Jika nilai hb ibu mengandung adalah di bawah paras 11 g/dl, itu dikira, ibu mengalami masalah hb rendah semasa mengandung. Teringat Irni, semasa mengandung, Irni juga mengalami masalah yang sama. bila misi dah tulis kat buku guna dakwat pen merah, maksud nya tak normal lah nilai tu.

Rupanya patutlah Irni mengalami masalah hb rendah semasa mengandung, rupanya sebab Irni ni termasuk dalam golongan yang berisiko untuk mendapat masalah hb rendah semasa mengandung ini.

Jom kita tengok, siapakan golongan yang berisiko untuk mendapat masalah ini.

1. Memang mempunyai masalah hb low sejak sebelum mengandung lagi.

2. Tabiat pemakanan yang tidak cukup zat besi. Statistik dari KKM menunjukkan punca masalah hb low pada pesakit adalah berpunca daripada tidak cukup zat besi. Jadi, banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi untuk galakkan penghasilan sel darah merah.

3. Jarak kehamilan yang dekat.

4. Mengalami alahan mengandung yang teruk.

5. Mengandung kembar.

Jadi, jika anda temasuk dalam golongan yang berisiko untuk mendapat hb rendah ketika mengandung, pastikan anda mendapat nasihat daripada jururawat dan doktor. Pastikan juga anda makan vitamin yang diberikan tu.

Namun, jika masalah hb anda masih tidak selesai, apa kata anda cuba vitamin yang saya makan semasa mengandung. Alhamdulillah, hb saya memang naik. Dan, yang paling best, alahan semasa mengandung berkurang. badan pun rasa cergas je. Syukur sangat.

Apa pun, jaga diri ye.

xoxo,

Irni Suhana

 

(Visited 84 times, 1 visits today)