Antara perkara yang perlu diambil berat oleh ibu hamil, adalah paras hemoglobin atau paras hb. Hemoglobin membawa oksigen kepada sel. Kekurangan hemoglobin untuk membawa oksigen ini pastinya boleh mendatangkan masalah yang serius.

Teringat semasa kehamilan lepas, memang berdebar rasanya setiap kali pemeriksaan hb sebab memang risau kalau ada masalah hb rendah ni, Kalau nilai hb tidak normal, pastinya temujanji akan menjadi leih kerap kerana jururawat akan memantau masalah kita ni.

Apa bahaya hb rendah pada ibu hamil?

 

1. bayi dalam kandungan tidak dapat membesar dengan baik. Akibat daripada tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup, bayi dalam kandungan tidak dapat berkembang dengan baik dan boleh menyebabkan keguguran.

2. Meningkatkan risiko keguguran, bayi tidak mendapat oksigen yang cukup menyebabkan bayi tidak dapat bernafas dengan baik.

3. Meningkatkan risiko kelahiran pramatang

4. Ibu mungkin mengalami tumpah darah sewaktu bersalin dan perlu menjalani ‘blood transfusion’  atau tambah darah.

Jadi, sebelum perkara ini berterusan, pastikan anda berusaha untuk menaikkan nilai hb semasa hamil ini.

Dapatkan Ebook PERCUMA, Solusi Hb Rendah Ketika Hamil. Klik SINI

Love,

Irni Suhana

(Visited 72 times, 1 visits today)