Preeclamsia Semasa Mengandung

Semasa Irni mengandung anak sulung,  yang mana masa tu Irni mengandung kembar,  Irni disahkan mempunyai ciri preeclamsia. Namun, Irni bernasib baik,  sebab preeclamsia semasa mengandung tu,  terjadi pada trimester ke 3 dan masa tu pulak dah masuk minggu ke 37.

Maksud nya,  bayi dah matang dan sudah sedia untuk keluar. Dan,  Alhamdulillah sebab doktor bagi Irni bersalin normal walaupun masa tu Irni akan bersalin anak sulung,  kembar pulak tu,  dan berisiko sebab ada pre eclamsia.

Apakah Pre Eclamsia Semasa Mengandung?

Menurut laman web babycenter,  pre eclamsia semasa mengandung berlaku kerana plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia selalunya berlaku pada trimester ke 2 dan ke 3.

Doktor akan menjalankan ujian bagi mengesahkan keadaan. Ujian yang akan dijalankan adalah:

✅ ujian tekanan darah

✅ ujian air kencing bagi mengesan protein

Simptom Preeclamsia Semasa Mengandung

1. Bengkak atau sembap secara tiba-tiba pada muka, tangan dan kaki

2. Sakit kepala yang teruk

3. Mata jadi kabur, boleh jadi juga nampak cahaya bersinar di hadapan mata

4. Rasa sakit di bawah bahagian rusuk

5. Badan rasa tak sihat secara keseluruhannya

Bagaimana Cara Mencegah Pre Eclamsia Semasa Mengandung?

Disebabkan tiada sebab khusus yang menyebabkan pre eklamsia semasa mengandung,  maka tiada kaedah khas untuk mencegah.

Apa yang kita boleh hanyalah ikut segala tarikh temujanji yang telah ditetapkan supaya dapat memantau keadaan kita.

Jika keadaan tidak terkawal,  berkemungkinan besar,  doktor akan menyarankan untuk bersalin bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Selalunya,  selepas bersalin, pre eclamsia semasa mengandung itu akan hilang. Sebelum keluar dari hospital,  doktor akan pastikan kita bebas dari pre eclamsia.

Jangan risau ye,  InsyaAllah kandungan kita baik2 saja.

Love,

Irni Suhana

SID Shaklee 1085099

 

 

 

(Visited 5 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge