Sudah menjadi impian setiap ibu untuk menyusukan anak sepenuhnya sekurang-kurangnya hingga umur 2 tahun. Namun, ada ketikanya, supply susu makin berkurang membuatkan ada ibu yang mula putus asa. Ada yang merasakan perkara itu normal dan mula memberikan susu formula. Malangnya, apabila susu formula mula diberi kepada anak, supply susu menjadi semakin kurang.

Jadi bagaimana banyakkan susu badan semula?

Pertama sekali, Irni ingin memberikan pujian kepada anda kerana anda sedang mencari solusi tentang masalah yang ada. Masalah ini biasa dihadapi oleh wanita menyusu terutama jika anak sudah mula makan. Atau ada ibu yang susu mula drop setelah mula bekerja.

Konsep penyusuan adalah mudah. DEMAND AND SUPPLY.  bila ada permintaan susu, kilang susu akan bekalkan susu itu. Gunalah milkbooster canggih macam mana pun, kalau demand sikit, hanya sedikit lah susu yang dihasilkan oleh kilang susu.

Tips banyakkan susu badan semula

1. Kerapkan bagi baby menyusu dan pam susu

Apabila baby nak susu, cubalah bagi susu badan. Namun, ada baby yang mengamuk kan, kalau susu tu sikit. Kalau macam tu, boleh bagi susu dalam botol dulu. bila dia dah tak terlalu lapar, boleh la bagi direct feeding untuk rangsangan pada kilang susu supaya hasilkan susu.

Apabila ada rangsangan hisapan dari baby, kilang susu akan penuhi permintaan itu dengan menghasilkan susu.

Tingkatkan signal keperluan susu juga dengan pam susu. Seeloknya, susun jadual pam susu dengan teratur. Pam susu 2-3 jam sekali. Jika anda wanita bekerja boleh pam pada pukul 5 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari , dan waktu malam. (Ini hanya cadangan, boleh sesuaikan dengan jadual anda) Jika berada di rumah bersama anak, Irni sarankan supaya anda hanya pam sebelah payudara supaya anak dapat menyusu pada sebelah payudara lagi.

 

2. Buat power pumping

Power pumping seeloknya dilakukan lada waktu malam.

Power pumping:

Pam susu selama 20 minit

Rehat 10 minit

Sambung pam susu 10 minit

Rehat 10 minit

Sambung pam susu 10 minit

Jumlah masa: 1 jam

 

3. Pam susu walaupun payudara belum penuh

Pam susu ikut jadual walaupun susu pada payudara belum penuh.

 

4. Kosongkan payudara setelah pam

Setelah pam susu, guna tangan untuk betul-betul kosongkan payudara. Selalunya,  jika guna tangan, masih ada susu yang akan keluar walaupun ketika pam kelihatan seperti sudah habis susu keluar.

 

5.  Minum banyak air suam

Air suam merangsang penghasilan susu yang lebih banyak.

 

6. Makan makanan seimbang

Dapatkan sumber karbohidrat, protein dan vitamin daripada makanan. Makan makanan yang bervariasi mampu banyakkan susu.

 

7. Dapatkan supplement

Supplement membantu banyakkan susu dan juga elakkan badan letih. Saya sarankan anda ambil Set Menyusu Shaklee.

Sebelum tu,  baca ni –> Perlukah Ibu Menyusu Ambil Supplement

Dapatkan set lengkap,  atau basic dengan harga serendah RM 57.50. Hubungi saya untuk pertanyaan dan order,  atau boleh terus klik kat bawah untuk order set lengkap.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya

 

(Visited 1,811 times, 1 visits today)