Rawatan Vertigo Yang Berkesan & Selamat

Vertigo adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami keadaan pening yang amat sangat menyebabkan keadaan sekeliling rasa seperti berputar dan badan pun jadi tak stabil,  rasa macam nak jatuh je.

Apakah Yang Menyebabkan Vertigo?

Vertigo selalunya berlaku disebabkan oleh masalah yang berlaku pada telinga dalam. Antara penyebab utama berlakunya vertigo adalah:

1. BPPV: Nama sebenar dia adalah Benign Paroxysmal Positional Vertigo. BPPV berlaku apabila partikel kalsium termendap dalam bahagian telinga dalam.

Bahagian telinga dalam akan menghantar isyarat kepada otak untuk menjaga keseimbangan kepala dan badan ke arah graviti.

BPPV boleh berlaku tanpa sebab dan mungkin juga dikaitkan dengan umur.

2. Penyakit Meniere’s

Berlaku pengumpulan cecair pada bahagian telinga dalam dan menyebabkan berlaku perubahan tekanan dalam telinga.

Hal ini boleh menyebabkan berlaku vertigo dan dalam telinga terdengar bunyi (tinnitus) seterusnya boleh membawa kepada hilang pendengaran.

3. Vestibulae Neuritis

Berlaku radang pada bahagian telinga dalam akibat daripada

jangkitan kuman(kebiasaannya disebabkan oleh virus.)

Rawatan Vertigo

1. Rehabilitasi

2. Canalith repositioning maneuvers

3. Ubat-ubatan

4. Pembedahan

Selain dari itu,  anda juga boleh mengambil supplement Vivix. Vivix membantu kerosakan bermula dari DNA lagi.

Jika berminat untuk cuba Vivix, boleh hubungi irni ye.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge