Jantung adalah antara organ terpenting dalam badan kita. Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Dalam darah tersebut pula mengandungi oksigen untuk dibawa ke seluruh badan.

Jantung yang sihat sangat penting untuk pastikan darah dapat dipam dengan baik dan darah dapat sampai ke semua tempat dan bekalkan oksigen dengan cukup.

Tapi,  bagaimana pula jika berlaku masalah pada jantung? Apa berlaku pada badan kita? Kenapa berlaku masalah pada jantung?

Mengikut statistik yang dijalankna oleh Jabatan Perangkaan,  statistik kematian di Malaysia bermula 2005 higgan 2014, 13.5% kematian adalah disebabkan penyakit jantung. Lelaki lebih ramai dari wanita yang terkena penyakit jantung ini.

Bagaimana Penyakit Jantung Berlaku?

Masalah pada jantung berlaku akibat daripada otot pada jantung gagal mengepam darah dengan baik. Keadaan seperti arteri menjadi sempit atau tekanan darah tinggi boleh menyebabkan jantung menjadi lemah dan tak dapat mengepam dengan baik.

Kenapa salur darah boleh menjadi sempit?

Salur darah yang sihat membenarkan darah berjalan lancar. Namun,  jika berlaku pemendapan seperti kolesterol pada salur darah,  boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan darah tidak dapat mengalir dengan baik.

Cuba bandingkan,  longkang yang bersih dengan longkang yang tersumbat, yang mana dapat mengalirkan air dengan baik? Pastinya longkang yang bersih kan.  Longkang yang sempit akan menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan tekanan akan menjadi lebih tinggi.

Begitu jugalah dengan salur darah kita. Salur darah yang tersumbat akan membawa kepada kegagalan jantung kerana gagal membawa oksigen dengan baik dan membuatkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat supaya darah dapat melalui jalan yang sempit itu.

Tekanan tinggi yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan penyakit jantung kerana jantung terpaksa bekerja lebih kuat.

Ubat Sakit Jantung Terbaik

Jika anda sedang mencari ubat sakit jantung terbaik,  sebenarnya,  ubat hospital adalah yang terbaik. Jangan gadaikan nyawa untuk cuba-cuba macam-macam alternatif yang belum tentu berkesan. Pastikan anda mendapatkan rawatan doktor dan makan segala ubat yang doktor bagi.

Jika dibiarkan penyakit jantung itu,  boleh membawa maut jika ia berhenti berfungsi.

Di samping mendapatkan rawatan doktor,  anda juga perlu menjaga pemakanan yang sihat dan amalkan senaman yang sesuai untuk pesakit jantung.

Makanan yang bagus untuk pesakit jantung:

1. Salmon

Ikan salmon kaya dengan asid lemak omega 3. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 membantu mengurangkan risiko aryhtmia (degupan jantung yang tidak sekata) dan arterosclerosis (berlaku penyumbatan plak pada dinding arteri). American Heart Association pun mencadangkan supaya maengambil hidangan asid lemak omega 3 ini untuk kesihatan jantung.

2. Oat

Oat tinggi dengan fiber yang boleh merendahkan kolesterol. Tapi,  elakkan oat jenis segera kerana mengandungi banyak gula.

3. Bluberi

Sebenarnya bukan bluberi je,  tapi strawberi dan buah lain yang ‘beri’  tu bagus untyk kesihatan jantung. Anthocyanins, flavonoids bagus untuk turunkan tekanan darah dan bantu kembangkan salur darah.

4. Buah-buahan sitrus

Orang yang makan buah-buahan sitrus lebih rendah risiko untuk mendapat ischemic stroke yang disebabkan oleh darah beku.

5. Soya

Soya tidak mengandungi lemak dan koleaterol jahat. Soya mengandungi lemak poli tak tepu yang bagus untuk kesihatan, fiber, vitamin dan juga mineral. Soya boleh mengurangkan LDL atau kolesterol jahat.

6. Kekacang

Kekacang seperti walnut,  pistachio,  mengandungi vitamin E yang boleh menurunkan parasa kolesterol. Kekacang seperti walnut kaya dengan asid lemak omega 3.

7. Minyak zaitun asli

Minyak zaitun boleh mengurangkan kolesterol dalam badan.

8. Wain merah

Wain merah boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ia mengandungi resveratrol dan polifenol yang bagus untuk kesihatan. Tapi, kita orang Islam tak boleh minum wain sebab ia kategori alkohol. Klik SINI untuk minuman yang kaya dengan polifenol dan resveratrol tanpa alkohol.

9. Teh hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

10. Brikoli,  bayam dan kale

Sayuran hijau bagus untuk jantung. Ia kaya dengan carotenoid,  iaitu antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas.

11. Avokado

Avokado mengandungi lemak baik,  kaya dengan lemak mono tidak tepu yang boleh merendahkan risiko penyakit jantung. Avokado juga kaya dengan antioksidan.

Suplemen Yang Kaya Dengan Antioksidan & Baik Untuk Jantung

VIVIX SHAKLEE bagus untuk kesihatan jantung. Minuman botani yang kaya polifenol,  resveratrol dan antioksidan.

✅ Kurangkan inflamasi pada salur darah.

✅ Salur darah yang sihat.

✅ Membantu tekanan darah yang normal

✅ Mengekalkan paras platelet yang normal

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen yang bagus untuk kesihatan jantung ini, anda boleh terus klik buy now kat bawah atau hubungi Irni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141 –> klik SINI untuk whatsapp

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

(Visited 440 times, 1 visits today)