Irni tengok sekarang ni macam ramai je yang kena kencing manis pada usia muda. Umur baru 30 an dah kena kencing manis. Kalau dulu, selalu kita dengar orang tua2 je?

Kenapa agaknye? Takkan sebab genetik je kot? Kalau Irni g kedai kat area yg Irni duduk, memang susah sangat nak cari kedai yg sediakan hidangan sayur terutama waktu pagi.

Kadang2 Irni scary jugak tengok bungkusan nasik sendiri, sebab nasik banyak, lauk dan tak de sayur. Dengan kuah gulai lagi, banyak nye makanan berminyak 😣

Kalau orang zaman dulu, diorang makan rebus2 je, pastu banyak buat keje keluar peluh. Kita pulak, banyak kalori masuk, peluh yg keluar tak de sebab keje pun dalam econ 😅

Kalau sekarang, kat rumah memang jarang minum air manis, kitorang banyakkan minum air masak je. Kalau masak pun, Irni dah tak letak gula, almaklum la kita ni ore kelate, serba serbi nak buh gula, haha.

Apa pun, semua bermula dari apa yg kita makan. Makan supplement bukan alasan untuk tak makan makanan sihat. Makan seimbang, bersenam, baru la ambik supplement. That is the best way.

 

(Visited 17 times, 1 visits today)