Apakah Kanser Kolon?

Kolon ni adalah bahagian usus besar yang mana bahagian akhir pada bahagian pencernaan. Menurut laman web mayo clinic,  kebanyakan kes kanser kolon dimulai dengan adenomatous polyps yang bukan jenis kanser.

Orang yg mempunyai polyps ini akan disarankan untuk membuang polyps bagi mengelakkan jadi kanser.

Simptom Kanser Kolon
  • Perubahan pada tabiat membuang air besar sepanjang 4 minggu
  • Pendarahan pada rektal dan darah pada tahi
  • Kerap rasa tidak selesa pada bahagian abdomen seperti rasa kejang,  rasa berangin dan sakit.
  • Rasa macam tak puas membuang air besar
  • Rasa terlampau penat
  • Berat badan turun mendadak tanpa sebab

Selalunya pada peringkat awal, pesakit tak perasan mempunyai masalah kanser kolon.

Dapatkan pemeriksaan kanser untuk mengetahui sama ada anda mempunyai kanser atau tidak. Percaya tak,  dengan mengubah gaya hidup boleh mengurangkan risiko kanser kolon ni.

Perubahan Gaya Hidup

1. Makan pelbagai jenis buah dan sayur. Buah dan sayur mengandungi vitamin,  mineral, fiber dan antioksidan.

2. Berhenti merokok.

3. Bersenam 30 minit sehari.

4. Dapatkan berat badan ideal

 

Jom hidup sihat!

(Visited 50 times, 1 visits today)