Merokok merupakan satu tabiat yang dah jadi kebiasaan dan sukar untuk dihentikan. Hanya orang yang betul-betul nekad boleh  berjaya berhenti merokok. Kebanyakan perokok memang dah tahu bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan.

Risiko yang dihadapi oleh perokok adalah seperti meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 90%. Malah, merokok juga boleh meningkatkan kanser pada bahagian lain seperti pada mulut, bibir, tekak, peti suara, esophagus, pundi kencing, buah pinggang, hati, perut dan pankreas.

Merokok juga boleh mengganggu peredaran darah dan merosakkan jantung, seterusnya menyebabkan penyakit jantung. Takkan nak tunggu dah kena penyakit baru nak berhenti? Takkan nak tinggal anak-anak masih kecil akibat kematian penyakit yang boleh dielak?

Jika anda sedang mencari solusi macam mana nak berhenti merokok, tahniah Irni ucapkan. At least, anda sedang berusaha untuk berhenti merokok. Irni faham, nak berhenti merokok bukan lah perkara yang mudah, namun anda pasti boleh. Dah ramai yang berjaya berhenti merokok. Kalau mereka boleh, anda juga pasti boleh!

Percaya Sebelum berjaya

Pertama sekali,  anda harus yakin yang anda mesti boleh. Anda boleh berhenti merokok dan tak terpengaruh dah dengan rakan-rakan yang merokok. Kena letak dalam mindset yang aku boleh.

Bila sudah ada mindset yang aku boleh berhenti merokok,  baru lah anda susun strategi bagaimana nak berhenti merokok.

Di sini Irni sertakan tips bagaimana cara berhenti merokok selama-lamanya.

Cara Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya

Teknik ini dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan prinsip 12 M.

1. Melengah-lengahkan

Kalau anda rasa nak merokok,  cuba alih perhatian,  buat benda lain dulu sampai kita lupa nak merokok.

2. Menarik nafas panjang

Tarik nafas guna deep breath,  iaitu biar kembung di perut,  bukan pada dada atau diafragma untuk menenangkan diri

3. Minum air

Minum air masak bila rasa seperti nak merokok.

4. Menyibukkan diri

Buat sesuatu yang boleh alihkan perhatian kita dari asyik fikir pasal rokok je.

5. Menjauhkan diri

Untuk sementara waktu,  jauhkan diri dari kawan-kawan yang masih merokok. Nanti anda pun teliur tengok orang merokok.

6. Mengelakkan diri

Elakkan diri dari suasana atau situasi yang buat anda rasa nak merokok.

7. Mengunyah sesuatu

Kunyah buah-buahan ke bila anda rasa nak merokok.

8. Membasuh tangan

Basuh tangan lama-lama terutama lepas makan untuk buat anda leka dan lupa rokok.

9. Mandi dengan kerap

Mandi bantu relakskan badan

10. Meregangkan otot

Bila badan rasa lemah,  mengantuk akibat tak merokok, lakukan regangan ringan untuk bantu badan segar.

11. Meditasi

12. Memohon doa

Sebagai seorang islam,  banyakkan doa kepada Allah semoga Allah permudahkan niat baik kita. Sebelum start lagi dah kena start doa dah.

Namun, tak semudah itu nak berhenti merokok apabila terjadi withdrawal symptom atau kesan ketagihan akibat berhenti merokok.

Kesan Ketagihan Apabila Berhenti Merokok

Sebelum berhenti,  anda harus bersedia untuk menghadapi kesan ketagihan yang bakal berlaku. Persediaan fizikal dan mental penting supaya anda tidak tewas dipertengahan jalan.

1. Ketagihan nikotin. Rasa tak senang duduk bila tak dapat nikotin dalam rokok.

2. Rasa geli pada tapak kaki dan tapak tangan

3. Berpeluh-peluh

4. Rasa nak muntah dan tak selesa pada perut

5. Pening kepala dan sakit kepala

6. Batuk dan sakit tekak

7. Tak boleh tidur

8. Sukar untuk fokus

9. Resah gelisah

10. Mudah rasa terganggu

11. Rasa tertekan

12. Berat mudah naik

2-3 hari pertama,  kesan ketagihan memang kuat dan makin berkurang hingga 2 minggu dan semakin kurang selepas beberapa bulan. Jadi,  anda hanya perlu bersabar untuk seketika.

Jika anda berhenti di tengah jalan,  bermakna anda perlu bermula semula. Dan tak kan ada kesudahan kalau kita putus asa untuk berhenti merokok.

Takkan nak tunggu dapat penyakit baru nak berhenti? Takkan nak tunggu terbaring di katil hospital baru nak berhenti? Takkan nak tunggu diusung dalam ambulans baru nak berhenti??

Sebelum benda tu terjadi,  sebelum anak isteri menangis meratapi kita,  lebih baik kita berhenti merokok. Tak perlu lagi saya sebut bahaya merokok,  anda sendiri lebih tahu!

Saya yakin,  anda pasti boleh. Ingat,  percaya sebelum berjaya. U can do it!

Sebelum tu,  jom tengok video hantu rokok ni macam mana dia berhenti merokok. Merokok bermula dari sekolah lagi,  kini sudah berjaya tinggalkan rokok untuk selamanya.

Vitamin yang boleh bantu anda berhenti merokok tanpa kesan ketagihan selepas berhenti merokok adalah Vivix.

Vivix membantu baiki kerosakan DNA dan menyingkirkan nikotin dari tubuh. Rokok dengan sendiri rasa pahit. Malah ada yang sampai terbatuk-batuk bila merokok sampai terpaksa berhenti merokok.

Jom tengok pengalaman yang perokok ambil Vitamin Vivix:

Kurang feel merokok

 

Berhenti merokok dengan Vivix

 

Perokok tegar berhenti merokok

 

Perokok tegar 30 tahun berhenti merokok

Jom sertai mereka, berhenti merokok hari ini juga. Jika ingin dapatkan Vivix, boleh hubungi Irni segera.

Irni 0145157141

 

(Visited 33 times, 1 visits today)