Makular ni adalah pusat penglihatan. Jika berlaku sebarang kerosakan pada bahagian makular,  pandangan akan terganggu.

Masalah pada makular boleh berlaku akibat dari proses penuaan. Walaupun proses ini adalah normal mengikut usia,  namun apabila seseorang mempunyai masalah pada makula,  kualiti hidup boleh terjejas.

Pandangan Mata Akibat Degenarasi Makular Akibat Penuaan

 

Terdapat tompok hitam pada penglihatan

 

Anda juga boleh guna carta Amsler untuk memeriksa degenerasi makular ini.

Carta Amsler ini perlu dilihat menggunakan sebelah mata. Tutup mata kiri,  tengok dengan mata kanan. Perhatikan pada titik tengah dan perhatikan perubahan pada penglihatan bahagian lain. Kemudian, ulang pada mata sebelah lagi.

 

Kenapa Berlakunya Degenerasi Makular Akibat Penuaan

 

1. Umur

Penuaan boleh menyebabkan masalah degenerasi pada makular

2. Obesiti dan kurang aktiviti

Menurut kajian dalam Archives of Ophthalmology (June 2003), pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko 2x ganda untuk mendapat degenerasi makular.

Dalam kajian yang sama,  menunjukkan bahawa orang yang membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3x seminggu mempunyai kurang risiko berbanding yang jenis tidak aktif.

3. Keturunan

Ada kajian yang menunjukkan penyakit ini boleh diwarisi secara genetik.

4. Tekanan darah tinggi

Kajian dalam Investigative Ophthalmology and Vision Science (September 2003) mengatakan bahawa tekanan darah tinggi boleh menyebabkan degenerasi makukar.

5. Merokok

Merokok merupakan antara sebab major. Menurut The British Journal Of Ophthalmology pada awal tahun 2006 mengatakan perokok mempunyai 2x lebih risiko mendapat penyakit degenerasi makular.

Jadi, boleh la kita mengelak sumber risiko lain melainkan penuaan tu memang tak boleh elak la kan.

 

Bagaimana Degenerasi Makular Dirawat

 

Sebenarnya tiada rawatan khusus untuk penyakit degenerasi makular ini. Cuma untuk degerasi makular jenis basah (wet AMD), rawatan dijalankan untuk menghentikan pertumbuhan salur darah yang tidak normal.

 

Nutrisi Untuk Pesakit Degenerasi Makular

 

1. Lutein 10mg

2. Zeaxantin 2mg

3. Vitamin C 500mg

4. Vitamin E 400 IU

5. Zink 25mg

6. Copper 2mg

Peranan Vitamin

Lutein & Zeaxantin: dua karotenoids ini akan berkumpul dalam dalam retina dan ia akan menyerap cahaya bahaya yang masuk kedalam mata. Lutein & Zeaxantin ni ibarat cermin mata hitam dalam mata kita yang tapis cahaya yang memudaratkan.

Banyak terdapat dalam sayur dan buah-buahan. Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan sayur dan buah sehari. Boleh juga didapati daripada bayam,  kale,  buah mangga,  buah peach,  tembikai susu,  jagung,  brokoli,  oren,  anggur.

Vitamin C & E: antioksidan yang tinggi yang boleh memelihara mata daripada tekanan oksidatif

Zink: zink banyak terkumpul pada retinal pigment epithelium. Zink penting untuk sesetengah enzim dapat bekerja dengan baik.

 

Kesimpulan

 

Jadi, cuba elakkan diri anda dari punca degenerasi makular dengan mendapatkan berat  badan ideal, menjalani gaya hidup aktif dan dapatkan nutrisi yang cukup.

Jika anda ingin dapatkan suplemen vitamin yang bagus untuk mata,  boleh hubungi Irni ye.

Irni 0145157141 <– klik untuk whatsapp

(Visited 191 times, 1 visits today)