Kita selalu dengar orang cakap, kalau nak susu banyak, kena tahu konsep demand dan supply kan. Sebenarnya demand dan supply tu apa?

Demand: permintaan

Supply: bekalan

Semakin tinggi permintaan susu, semakin banyak bekalan akan diberikan. Makin banyak rangsangan penyusuan pada puting payudara, otak akan suruh kilang susu hasilkan lebih banyak susu untuk memenuhi permintaan.

 

Cuba tengok gambar kat atas. Baby akan hisap susu, kalau susu dalam kantung susu dah sikit, otak akan arahkan supaya hasilkan lagi susu untuk penuhkan kantung susu tu. Jadi, penghasilan susu akan menjadi aktif apabila baby hisap susu kita.

Untuk kes yang baby tak dapat hisap susu lepas kelahiran, jadi ibu perlu rangsang pengeluran susu sendiri memandangkan baby tak boleh nak hisap kan. Rangsang pengeluaran susu dengan perahan tangan menggunakan teknik marmet atau guna pam susu untuk kumpul susu.

Bagi ibu yang pertama kali pam susu, pasti akan rasa sedikit sakit, namun jangan risau, bila kita dah biasa, sakit tu akan berkurang. Pilih pam  susu yang elok supaya tak rasa sakit masa pam susu. Nanti bila baby dah boleh hisap direct dengan kita, pengeluran susu yang sudah dirangsang tu akan mudahkan proses penyusuan dengan bayi.

Ok, back to our topic tentang konsep demand dan supply tadi:

Golden rules:

Payudara penuh dengan susu –> penghasilan susu akan diperlahankan

Payudara kosong dengan susu –> penghasilan susu akan diperbanyakkan untuk penuhkan payudara

 

Jadi, kalau nak susu banyak, kena rajinkan diri kosongkan payudara sama ada dengan berikan susu secara kerap kepada baby dan boleh juga pam susu.

Jadi, ingat ye, konsep demand dan supply tadi. Kalau nak banyak , kena bagi banyak. Kalau ibu-ibu makan supplement pun, kalau tak de konsep demand dan supply pun, tetap tak berjaya jugak. Makan milkbooster, mula-mula memang susu akan banyak sekejap, tapi kalau demand dan supply tetap tak banyak, susu pun boleh jadi drop tau.

Kalau ada ibu-ibu yang still tak faham dengan konsep demand dan supply ni, boleh hubungi Irni tau. Irni pun ibu yang menyusukan baby juga. Jom kita kuat sama-sama untuk anak kita.

Love,

Irni Suhana

0145157141

SID Shaklee: 1085099

 

(Visited 166 times, 1 visits today)