Alhamdulillah Allah bagi rezeki kat Irni n suami utk ke tanah suci bulan 6 yg lepas. Masa tu bulan puasa, cuaca pun panas, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan diberi kesihatan yang baik.

Masa ni Irni dah 7 bulan pregnant. Kalau tengok jumlah steps yang berjalan, memang banyak sangat. Masa hari masuk raudhah, rase sakit pinggang sangat sebab Irni dah tersilap jalan. Pusing satu pusingan masjid nabawi yang besar tu.

Namun, pengalaman masuk ke raudhah memang manis. Ramai sangat orang, badan pun dah mula penat sebab hari pun dah lewat. Doa banyak2 moga dapat masuk n Alhamdulillah Allah izin masuk dalam tu.

Masa kat mekah pulak, Irni teringin nak masuk hijr Ismail, tempat makbul doa. Tapi, setiap masa memang ramai sangat orang, tambah2 masa tu bulan puasa. So memang agak ramai orang sepanjang masa. Nak masuk, tapi tengok ramai orang, so tak jadi.

Pastu Irni pikir, aku ni nak masuk hijr Ismail, tapi tak pernah usaha pun. Kalau aku tak usaha, macam mana nak dapat masuk?

Kalau kita nak sesuatu, tapi tak usaha, ibarat angan2 je la kan. So, masa dah nak last dah, Irni ajak husband masuk. Mula2 dia tak bagi, sebab memang ramai orang. Kang tak pasal2 terpenyek perut 😂

Tapi, sebab kita nak masuk jugak, tawakkal je la masuk. Alhamdulillah Allah bagi masuk, tapi seriously memang ramai sampai tak boleh nak semayang dalam tu. Abi dah warning jangan semayang dalam tu, kang tak pasal2 kena pijak masa sujud.

So, masuk doa je la dalam tu. Apa pun, pengajaran yg Irni dapat, kalau kita nak sesuatu, kita kena usaha, bukan sekadar berharap. Kalau berharap je, tinggal harapan je la maknanya.

Baca Juga: Suplemen Semas Mengerjakan Umrah dan Haji

(Visited 11 times, 1 visits today)