Susu ibu adalah makanan utama bayi selepas lahir. Bayi bawah umur 6 bulan hanya boleh minum susu ibu. Setelah cukup 6 bulan,  bayi sudah mula boleh makan dan penyusuan susu ibu diteruskan sehingga sekurang-kurangnya umur 2 tahun.

Penghasilan Susu Ibu

Semasa hamil,  susu kolustrum sudah mula dihasilkan dalam badan ibu.  Masa kita mengandung, paras hormon progesteron tinggi dan menghalang susu kolustrum daripada keluar.

Selepas melahirkan anak dan plasenta dikeluarkan,  hormon progesteron/estrogen/HPL akan turun dengan mendadak. Masa hormon progesterone ni mula turun mendadak,  masa ni hormon prolaktin adalah tinggi dan proses Lactogenesis II, iaitu penghasilan susu akan mula berlaku.

Adalah normal jika pada 30-40 jam selepas kelahiran bayi susu belum banyak dihasilkan,  cuma ada kolustrum sahaja. 2-3 hari selepas bersalin,  susu akan mula keluar. Rangsangan penyusuan pada payudara membantu pengeluaran susu.

Apabila ada hormon prolaktin,  penghasilan susu akan berlaku.

Nanti Irni akan kongsikan lagi tentang proses penghasilan susu sepanjang tempoh ibu menyusu bayi.

Keyword dia,  hormon dan penghasilan susu bayi.

K,  jumpa lagi.

Love,

Irni Suhana

Sid shaklee 1085099

0145157141

 

 

 

(Visited 35 times, 1 visits today)