Ok hari ni Irni nak share kenapa ada ibu yang tak keluar susu lepas bersalin. Bila kita faham kenapa, baru la kita tak stress kan.

Penghasilan susu lepas bersalin ni dia berkait dengan hormon. Masa mengandung, kolustrum dah dihasilkan. Namun, sebab masa mengandung, level hormon progesteron tinggi, kolustrum tu tak keluar.

Lepas je kita bersalin, lepas uri dikeluarkan, hormon progesteron akan menurun dengan mendadak. Masa ni hormon prolaktin akan mula meningkat.

Namun, ada ibu yg hormon prolaktin dia lambat sikit keluar. Hormon prolaktin ni la yang akan kawal penghasilan susu ibu. Disebabkan hormon prolaktin belum keluar, susu ibu belum dapat dihasilkan.

Selepas 30-40 jam selepas kelahiran, hormon prolaktin akan mulai keluar dan hasilkan susu badan. Jadi, ibu jangan stress, jangan rasa looser sebab bukan ibu ada masalah, tapi hormon prolaktin belum keluar.

Boleh bagi baby menyusu untuk rangsang pengeluaran hormon. Susu yang keluar adalah kolustrum, iaitu susu awal yang pekat. Mungkin tak menitik pun kolustrum ni.

Apa ibu perlu buat? Bagi baby menyusu dan pastikan lekapan baby tu betul. Boleh mintak tolong misi tengok betul ke tak. Misi selalunya akan ajar kita teknik yg betul dan mereka memang expert bab ni.

Kalau ibu pam susu pun, kemungkinan besar cuma angin yang keluar. Teruskan rangsang sampai hormon prolaktin mula meningkat. Dan, jangan stress, just enjoy the process.

K, nanti next irni share kenapa ada ibu susu banyak dan kenapa ada ibu susu sikit ye ?

Love,

Irni Suhana

Sid shaklee 1085099

0145157141

(Visited 52 times, 1 visits today)