Kenapa ada ibu susu dia banyak, ada yg susu sikit? Bila lepas menyusu, dah macam kosong je rasa kan. Bila pam pulak, eh macam tak banyak kalau nak banding ngan kawan sebelah.

Susu ibu disimpan dalam alveoli. Apabila susu dihasilkan masuk ke dalam alveoli, alveoli akan mengembang dan reseptor yang benarkan prolaktin masuk iaitu hormon untuk penghasilan susu akan ditutup.

Bila susu dalam alveoli dah penuh, susu tak dihasilkan. Bila baby minum susu, alveoli kosong, hormo prolaktin dapat masuk dan akan hantar signal supaya hasilkan susu ibu yang baru.

Saiz alveoli iaitu tempat simpan susu ni berbeza-beza setiap ibu dan setiap payudara. Ada alveoli yang besar macam cawan yang besar dan ada alveoli yang kecil macam cawan kecil.

Kalau cawan besar, boleh minum banyak kali. Kalau cawan kecik, maksud nye kena refill banyak kali. Jadi, kalau ibu yang susu sikit, perlu lebih kerap susukan bayi supaya susu ibu yang baru sentiasa dapat dihasilkan.

Saiz alveoli bukan ditentukan oleh saiz payudara, cuma ia boleh jadi berbeza setiap wanita.

Bila ibu kerap susukan bayi dan kosongkan payudara, penghasilan susu akan jadi banyak. Bila alveoli kosong, signal akan dihantar untuk hasilkan susu. Bila alveoli penuh, signal dihantar supaya perlahankan penghasilan susu.

Kesimpulannya, kuantiti susu setiap ibu boleh berbeza kerana saiz alveoli, iaitu saiz tempat simpan susu yang berbeza.

Selain dari tu, kuantiti susu ibu boleh berbeza akibat daripada konsep demand dan supply.

Next, Irni terangkan tentang konsep demand dan supply ye.

Love,

Irni Suhana

Sid Shaklee 1085099

0145157141

(Visited 39 times, 1 visits today)