Bayi yang membesar memerlukan sumber vitamin yang cukup bagi membantu proses tumbesaran yang sempurna. Bagi bayi yang belum makan, nutrisi perlu didapati daripada susu.

Bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu,  bayi akan dapat apa yang ibu dia makan. Jadi,  sangat lah penting untuk ibu-ibu jaga pemakanan supaya bayi mendapat zat terbaik.

Susu ibu adalah susu terbaik berbanding susu formula. Jadi,  jom ibu-ibu,  kita tengok apa keperluan vitamin utama yang penting untuk bayi kita supaya kita dapat makan makanan terbaik dan hasilkan susu ibu terbaik.

Maklumat ni Irni dapat dari kellymom.com tentang ibu perlu ambik beberapa jenis nutrisi yang cukup kerana boleh mempengaruhi paras nutrisi dalam susu ibu.

Nutrien B6, B12 dan iodin perlu diambil secukupnya dari makanan supaya bayi juga dapat vitamin tersebut dengan cukup.

Namun,  nutrisi seperti asid folik,  zat besi,  kalsium,  copper,  magnesium dan zink tidak dipengaruhi oleh pemakanan ibu. Jika ibu tidak mendapat zat tersebut dengan cukup,  bayi tetap boleh dapat zat tersebut dalam susu ibu.

Namun,  ibu perlu mendapatkan zat tersebut dengan cukup supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu. Supaya dapat cover balik apa yang diambil oleh bayi dalam badan ibu, ibu perlu mendapatkan zat yang secukupnya.

Solusinya,  ibu perlu makan makanan seimbang demi kepentingan bayi dan diri sendiri. Mendapatkan makanan seimbang bukan saja demi bayi,  malah untuk diri kita sendiri jugak.

Jom ibu-ibu,  kita dapatkan yang terbaik untuk kita dan jugak bayi kita.

 

 

 

(Visited 32 times, 1 visits today)