Dalam entry yang lepas Irni dah ceritakan apa akan jadi kalau bayi tidak mendapat susu foremilk dan hindmilk yang tidak seimbang.

Antaranya adalah bayi akan kerap berak dan berak hijau. Perkembangan bayi juga boleh menjadi perlahan.

Jadi,  bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku?

Cara mengelakkan ketidakseimbangan susu foremilk dan hindmilk

Susukan bayi dengan sebelah payudara sehingga payudara betul-betul kosong. Susu awal yang keluar adalah susu foremilk yang cair. Susu belakang yang keluar adalah susu hindmilk yang lebih pekat.

Jika ibu cepat sangat tukar ke payudara sebelah lagi, takut nanti baby tak sempat dapat hindmilk tu. Kalau tukar ke payudara sebelah lagi,  baby akan dapat foremilk jugak.

Kalau ibu susukan bayi guna sebelah payudara je,  ibu boleh pam susu yang sebelah lagi tu untuk elakkan bengkak susu.

Ada juga pendapat yang mengatakan ibu boleh ambik bahan yang kurangkan susu seperti minum teh sage atau letakkan kobis.

Susu yang terlalu banyak boleh menyebabkan aliran laju dan bayi sudah kenyang sebelum mendapat hindmilk.

(Visited 54 times, 1 visits today)