Nak cari produk kesihatan kena lah cari yang betul-betul boleh bantu kita sihat. Jangan pulak yang elok-elok sihat,  menjemput penyakit pulak. Nauzubillah.

Dekat pasaran ada macam-macam produk kesihatan. Macam mana nak cari yang terbaik. Irni kongsikan tips bagaimana nak cari produk kesihatan terbaik.

Tips Pilih Produk Kesihatan Terbaik

1. Produk kesihatan dibuat dari bahan semulajadi

Periksa dulu kandungan produk kesihatan tu. Produk kesihatan berasaskan tumbuhan adalah yang paling baik. Terdapat produk kesihatan yang dibuat daripada bahan sintetik. Bahan sintetik ni adalah selamat,  namun kesan jangka panjangnya tidak diketahui.

Sebaiknya,  pilihlah produk kesihatan yang diektrak dari tumbuhan.

2. Tiada bahan terlarang,  tiada gula tambahan,  tiada pengawet

Bahan-bahan penambah dalam produk kesihatan boleh memudaratkan kesihatan. Bahan penambah yang bantu produk kesihatan rasa sedap dan tahan lama mungkin boleh bagi kesan kepada kita jika diamalkan dalam tempoh jangka masa lama. Jangan sampai menjemput penyakit lain pulak macam kencing manis ke.

3. Ada saintis yang mengkaji

Ni khas untuk orang-orang yang nak produk kesihatan terbaik. Pastikan cari produk kesihatan yang ada saintis sendiri. Bukan pilih produk kesihatan yang mungkin dari kilang OEM atau mungkin juga produk bancuh sendiri.

Saya bukan lah nak memandang rendah pada produk sebegini,  tapi sejauh mana ketepatan bahan untuk produk bancuh sendiri? Untuk produk OEM,  adakah bahan tu masih selamat setelah diubah sedikit sebanyak mengikut kehendak founder produk tu?

Sebaiknya,  cari lah produk kesihatan yang ada saintis sendiri yang buat kajian keatas produk kesihatan tersebut.

4. Ada kajian jangka masa panjang tentang keselamatan amalkan produk

Yang ni pun antara yang penting,  sebab kita tak tahu apa kesan jangka masa panjang amalkan produk tersebut. Mungkin kita makan,  kita rasa serasi, lepas tu kita amal makan. Tapi, sejauh mana selamat kita nak amal tu?

Jadi,  cari produk kesihatan yang memang ada kajian yang mengatakan produk tu selamat dimakan walaupun dah makan 20 tahun.

5. Produk kesihatan yang syarikatnya dah lama bertapak

Jangan tanggung risiko pilih produk kesihatan yang baru muncul. Kita tak tahu kesan jangka panjang dan kita tak tahu sejauh mana keberkesanan dia. Pilih produk kesihatan yang dah lama,  kemungkinan besar produk tu selamat sebab tak de masalah.

Apa pun,  pilih produk kesihatan terbaik. Jangan sekadar pilih hanya dengan testimoni. Jadilah pengguna yang bijak!

(Visited 13 times, 1 visits today)