Ibu menyusu boleh minum kopi tak?

Irni ada dapat pertanyaan dari ibu yg suka minum kopi. Yg dia risau, sebab apa yg ibu makan atau minum, baby pun akan dapat sama kan.

Jadi, boleh ke tak boleh sebenarnya ibu menyusu nak minum kopi?

Ye, boleh, cuma jangan banyak sangat. Secawan dua sehari tu boleh lah. Waktu terbaik nak minum kopi adalah lepas baby menyusu.

Bila baby dah menyusu, kita minum kopi. Jadi, effect kopi tu dah tak kuat by time baby nak menyusu semula.

Kopi ni ada caffein, nanti dengan baby sekali tak lena nak tidur, lagi la naya. Kalau ambik banyak sangat kopi setiap hari, dibimbangi boleh kurangkan penyerapan zat besi dalam badan baby.

Zat besi ni penting untuk pembentukan sel darah merah. Pengambilan kopi tidak memberi effect kepada kuantiti susu, tidak menyebabkan susu drop pun.

Jadi, ibu-ibu menyusu masih boleh ambik kopi, cuma dalam kuantiti yg sederhana saja.

Untuk pertanyaan mengenai penyusuan,  hubungi Irni 0145157141

(Visited 10 times, 1 visits today)