Hai Assalamualaikum. Irni nak share tentang tips penyusuan baby kembar. Irni ada anak kembar, iaitu anak sulung Irni. Irni cuma berjaya full bf sampai ke hari 21 je.

Akibat tak cukup ilmu, last sekali, terpaksa campur susu baby walaupun susu memang banyak sangat masa tu. Hope ibu-ibu lain tak ulangi kesilapan Irni.

Irni share tips penyusuan bayi kembar untuk ibu2.

Tips Penyusuan Bayi Kembar

1. Mencari ilmu penyusuan semasa mengandung

Semasa mengandung lagi,kita sudah perlu mencari ilmu penyusuan sebanyak mungkin, terutama jika kita sedang mengandungkan anak pertama. Jika ada kelas tentang penyusuan, saya sarankan agar menghadiri kelas penyusuan untuk mengetahui teknik penyusuan yang betul dan mempunyai maklumat yang cukup tentang penyusuan.

2. Menyusu kedua-dua bayi serentak

Menyusu ke dua-dua bayi serentak amat menjimatkan masa dan mereka tidak perlu menunggu giliran untuk menyusu.

Penggunaan bantal menyusu sangat membantu jika kita ingin menyusu kedua-dua bayi serentak. Penggunaan bantal menyusu boleh menyokong bayi dan membuatkan kita dan bayi berasa lebih selesa. Bantal ini boleh dibeli sebelum bersalin supaya kita dapat terus menggunakannya selepas bersalin.

3. Khaskan sebelah payudara untuk kembar pertama dan satu lagi untuk kembar kedua

Kenapa Irni cadangkan macam ni? Yang pertama adalah supaya kedua-dua bayi mendapat foremilk dan hildmilk yang mencukupi. Contohnya kembar pertama menyusu sebelah kanan, biarkan dia kosongkan payudara sebelah kanan dan kembar kedua mengosongkan payudara sebelah kiri.

Susu pada bahagian hadapan payudara lebih cair dan susu di belakang payudara lebih pekat. Jadi apabila mereka menggunakan payudara yang sama, mereka akan mendapat susu cair dan susu yang pekat itu.

Selain itu, jika kita telah khaskan kembar pertama sebelah kanan dan kembar kedua sebelah kiri, kita akan dapat mengetahui yang mana belum menyusu dan akan mengejutkan kembar yang belum menyusu agar bangun menyusu.

Pengalaman Irni, semasa bayi, Auni kuat menyusu dan Amni pula kurang menyusu. Akibat daripada Irni tidak mengejutkan Amni bangun menyusu, Amni telah terkena demam kuning atau jaundice. Sebab itu, sangat penting untuk kita memastikan kedua-dua mereka bangun untuk menyusu.

Sekali sekala, kita boleh menukar payudara, contohnya kembar pertama tukar ke payudara kiri dan kembar kedua tukar ke payudara kanan. Pastikan ketika itu, susu telah penuh kembali setelah dikosongkan. Dan yang paling penting, kita kena ingatlah yang mana dah menyusu, yang mana belum. Jangan susukan bayi yang sama pulak..Hehe

4. Pam susu apabila ada masa terluang

Menyusu dua orang bayi pastinya tidak sama dengan menyusukan seorang bayi. Jika ada masa terluang, curi masa untuk pam susu. Kenapa? Bagi Irni, stok susu adalah sangat penting apabila kita ingin berehat.

Kadang-kadang, badan terlampau penat dan kita ingin berehat. Jika kita ada stok susu, seseorang boleh membantu kita memberi susu kepada bayi menggunakan sudu @ botol. Tapi jangan guna botol susu terlalu awal tau, nanti ditakuti bayi tak nak menyusu dengan kita. Stok susu juga penting semasa kita sedang berurut dengan tukang urut dan lain-lain.

Semasa ingin mengepam susu, kita boleh pam dengan pam elektrik @ manual atau dengan tangan menggunakan kaedah marmet. Bagi Irni, agak sukar menggunakan pam kerana akan berasa sakit kerana kedua-dua bayi kerap menyusu. Jika tidak boleh menggunakan pam, cuba guna kaedah marmet.

5. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang cukup

Makan makanan yang seimbang bantu susu kita lebih pekat dan banyak. Kalau makan nasi, tak de sayur, tak de buah, setakat ada sejenis lauk je, boleh nampak tau, susu kita nampak macam cair je kalau pam.

Jadi, penting sangat ibu-ibu makan makanan yang berkhasiat supaya dapat cukup nutrien dan baby kita pun boleh dapat yang terbaik.

Air yang cukup pun sangat penting untuk elakkan badan ibu dehydrated. Kalau badan ibu dehydrated, nanti ibu boleh jadi cepat penat.

Untuk pertanyaan mengenai penyusuan,  boleh hubungi Irni 0145157141

(Visited 79 times, 1 visits today)