Persediaan Ibu Bekerja Untuk Full Breastfeeding Baby

Hai ibu2 semua!

Irni nak share tips penyusuan untuk ibu bekerja. Salah satu cabaran ibu bekerja adalah perlu tinggalkan baby kepada pengasuh apabila keluar bekerja.

Maksud nya ibu-ibu perlu sediakan bekal susu untuk anak yg akan ditinggalkan. So, bila waktu terbaik untuk ibu mula kumpul stok?

Untuk ibu yang kerja office hour, boleh la mula buat stok 2 minggu sebelum mulakan kerja. Letak dalam plastik khas atau dalam botol susu ikut untuk sekali minum.

Letak 2-3 oz susu setiap botol/plastik. Bila kita asingkan ikut kuantiti sekali minum, ia mudahkan kita untuk bawak pegi rumah pengasuh nanti.

Letakkan susu di bahagian freezer atau tempat beku supaya susu tahan lama.

Tapi..baby asyik menyusu, so bila ibu nak kumpul stok susu? ?

Ok, Irni sarankan ibu2 pam susu ketika susukan baby. Sebelah bagi baby, sebelah lagi pam. Atau, kalau rasa susah nak buat serentak, boleh pam susu yg sebelah lagi tu lepas susukan baby.

Mula2 buat memang rasa susah. Nanti kalau dah biasa, ok la. Lagipun, ingat, kita tengah buat pahala ?

Semoga baby kita dapat susu terbaik, iaitu susu dari badan ibu dia sendiri ?

  1. Untuk pertanyaan dan suplemen menyusu, boleh hubungi Irni 0145157141. Terima kasih.
(Visited 38 times, 1 visits today)