Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sehingga Umur 2 Tahun

Irni suka sangat share tentang penyusuan susu ibu kepada ibu2 semua. Irni rasa Irni dah jumpa passion Irni. Irni nak support ibu-ibu semua untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga umur 2 tahun.

Irni sendiri pernah gagal nak susukan bayi sepenuhnya walaupun memang dah berazam nak susukan bayi sepenuhnya sehingga umur 2 tahun. Namun, akibat daripada kurangnya ilmu, masa tu rasa macam, apa salahnya bagi susu formula kat anak?

Susu formula dah direka untuk baby, mestilah bagus untuk baby kan? Kenapa susah2 nak pening kepala kumpul stok susu? Kenapa nak stresskan diri kumpul stok susu? Kat rumah pun anak still boleh menyusu dengan kita kan? Please, make it simple!

Macam tu la fikiran Irni dulu ?

Punya la berazam nak susukan baby, tup2 bila rasa susah nak full breastfeed, terus Irni ambik jalan mudah dengan bagi susu formula. Susu formula bukanlah tak bagus, tapi kenapa tak nak pilih yang terbaik?

Susu ibu penuh dengan antibodi, hormon kasih sayang, antibakteria dan sangat special sebab ia memang di custom made untuk anak kita. Berbeza dengan susu formula, yang semua nya sama je untuk semua.

Penyusuan susu ibu bukan satu pilihan, tapi satu kemestian. So, Irni pilih untuk support ibu2 semua untuk sama2 dengan Irni bagi baby kita susu terbaik. Susu ibu is the best, nothing come second!

Ok, back to our topic, Tips Menjayakan Susu Ibu Sehingga Umur 2 Tahun:

1. Sejak mengandung, tanamkan niat untuk susukan baby sehingga umur 2 tahun

Segala perbuatan dimulakan dengan niat kan. Jadi, sejak mengandung, ibu-ibu dah kena pasang niat dan cita-cita untuk susukan baby sepenuhnya. Bagitau suami tentang niat kita, biar dia tahu dan support kita.

2. Cari ilmu

Semasa mengandung, cuba banyakkan pembacaan tentang penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu nampak mudah, tapi bila kita laluinya, rupa nya ianya tak semudah yang disangka. Bila kita ada ilmu, kita akan faham apa yang terjadi dan boleh cope dengan keadaan tersebut.

Boleh follow dan set SEE FIRST FB Irni untuk dapatkan tips penyusuan secara konsisten.

3. Persediaan fizikal ibu

Semasa mengandung, ibu-ibu perlu jaga pemakanan, elakkan makan makanan rapu dan makan makanan seimbang. Badan yang sihat semasa mengandung memudahkan ibu untuk kekal bertenaga selepas bersalin.

Pemakanan seimbang diteruskan sehingga lah ibu lepas bersalin dan dalam tempoh susukan baby.

4. Hadapi cabaran dalam penyusuan dengan berkawan dengan ibu menyusu lain

Biasalah, masa dalam tempoh menyusu, ada datang dugaan. Contohnya nipple crack, susu drop, badan penat, stress dan macam-macam lah. Ibu-ibu boleh berkawan dengan ibu menyusu lain supaya tak de lah kita rasa macam kita sorang je yang hadapi situasi tersebut.

Normal ibu menyusu ada cabaran tersebut, yang penting, jagan give up k.

5. Persediaan material

Ibu-ibu boleh beli pam susu untuk pam susu. Ibu bekerja di luar atau bekerja di rumah Irni suggest supaya ada pam susu. Bagi ibu bekerja di rumah, walaupun sentiasa bersama baby, ibu boleh pam susu untuk elakkan susu drop.

6. Amalan rohani

Ibu-ibu boleh amalkan zikir Ya Matin dan berdoa kepada Allah supaya cukupkan keperluan susu untuk anak. Semasa menyusu, sentiasa doakan kebaikan untuk anak. Bila kita menyusu baby, memang kita rasa ekslusif dan kita rasa nak sentiasa doakan anak kita masa kita susukan baby tu.

Masa kita menyusu baby, masa tu lah, kita rasa dekat sangat dengan anak kita dan rasa sayang sangat baby kita. Dan, sebagai seorang ibu, kita akan rasa nak doakan anak kita sebab masa tu rasa sayang sangat.

Macam mana ek nak huraikan perasaan tu, hehe. Tapi, macam tu lah, bila kita susukan baby kita, memang tak kan dapat perasaan tu kalau susukan baby dengan botol. Memang rasa tu ekslusif untuk kita dan baby kita 🙂

Irni doakan ibu-ibu dipermudahkan untuk susukan baby. Bila menyusu, memang ada letih, stress tu. Tapi, ingatlah, setiap titik susu yang kita bagi kat anak kita akan diberi ganjaran pahala. InsyaAllah.

Pengambilan supplemen boleh bantu ibu-ibu untuk mengelakkan letih, stress dan smoothkan perjalanan penyusuan. Tapi, pilih yang selamat tau, sebab apa yg ibu makan, anak pun dapat sekali.

Share jika bermanfaat!

Hubungi Irni untuk pertanyaan

Irni 0145157141

(Visited 6 times, 1 visits today)