Rengat ni berlaku lepas bersalin, iaitu rasa sakit seperti contraction sebelum bersalin. Rengat ni selalunya terasa semasa kita menyusukan bayi. Apabila bayi menghisap susu, sebenarnya uterus kita akan turut bertindakbalas dengan mengecut. Sebab itulah penyusuan susu ibu kepada bayi membantu penyembuhan dengan lebih cepat.
Semasa menyusukan bayi, kita akan terasa contraction dan terasa sakit. Tidak semua orang akan mengalami rengat. Selalunya rengat akan terjadi selepas mengandung anak kedua dan seterusnya. Sama macam Irni, dulu masa berpantang si kembar, Irni tak terkena rengat tu. Cuma kali ni, memang sakit sangat rasa rengat tu sampai kadang-kadang nak bagi susu kat baby pun rasa takut, sebab takut rasa rengat.
Di sini, Irni nak share tips untuk menghilangkan rengat selepas bersalin.
Bertungku
Bertungku boleh dilakukan dengan batu sungai, atau tungku moden yang banyak terdapat di pasaran. Irni ambil pakej berpantang dari Aisya Humaira Beauty & Spa. Mereka memang sediakan perkhidmatan bertungku. Tungku yang digunakan adalah dari batu sungai. Alhamdulillah lepas sekali bertungku, terus hilang rasa rengat. Masa tu dia tungku seluruh badan bagi darah mengalir lancar dan alhamdulillah memang segar sangat rasa badan.
2. Berurut
Bagi Irni, urutan lepas bersalin sangat penting untuk legakan kembali urat-urat yang menegang semasa bersalin. Orang tua-tua kata, berurut juga boleh menghilangkan rasa rengat.
Teringat dulu, mak bidan membebel sebab lepas pantang 40 hari baru Irni pergi berurut. Semasa dalam pantang, Irni cuma berurut sekali je. Atas sebab kesibukan jaga kembar, Irni dah tak peduli dah nak pergi berurut lagi. Mak bidan tu pesan, masa dalam pantang, kita kena jaga betul-betul. Kena berurut, kena pakai bengkung dan kena makan jamu untuk kecutkan peranakan.
Sebab tu la untuk bersalin kali ni, Irni awal-awal dah tempah pakej berpantang supaya kita tak ter”miss” untuk berpantang dengan baik.
3. Sapu minyak panas pada perut dan kaki
Yang ni kita boleh sapu minyak panas pada perut dan pakai bengkung. Sapukan juga pada kaki dan pakai stokin.
4. Banyakkan baring
Kalau kita rasa rengat semasa menyusu, Irni nasihatkan supaya menyusu sambil berbaring supaya kurang sikit rasa sakit tu. Nanti bila dah hilang rengat, bolehlah cuba menyusu sambil duduk pula. Kalau Irni sendiri, Irni lebih suka menyusu sambil duduk untuk bayi yang baru lahir sebab takut baby lemas kalau bagi susu sambil tidur. Kalau bagi susu sambil baring, kita kena beringatlah ye!
5. Makan ubat penahan sakit
Yang ni Irni tak berapa nak syorkan sebab ubat penahan sakit ni tak berapa elok untuk kita. Lagipun, takkanlah setiap kali sakit setiap kali tu kita nak telan ubat kan. Cuma kalau dah tak tahan sangat kita bolehlah ambil supaya kita tidak rasa tertekan.
Klik SINI untuk dapatkan set bersalin moden tanpa jamu. Untuk pertanyaan, hubungi Irni 0145157141.
(Visited 477 times, 1 visits today)