Setelah ibu memerah susu, ibu boleh simpan pada bahagian chiller atau freezer. Jika di simpan pada bahagian chiller, susu hanya dapat bertahan selama sehari atau dua hari saja. Jika ibu simpan pada freezer,susu boleh tahan lebih lama. Bagi peti satu pintu, susu pada freezer boleh tahan selama 2 minggu sahaja. Tapi, bagi susu yang disimpan dalam freezer 2 pintu, susu boleh bertahab selama 3 bulan. Jika disimpan di dalam deep freezer pulak, susu boleh tahan sehingga 6 bulan.

Susu Ibu Tahan Berapa Lama Setelah Dipanaskan?

Bagi susu dari chiller, susu ibu tahan selama 4 jam setelah dipanaskan. Tapi, setelah bayi minum susu, susu hanya bertahan selama sejam kerana susu telah bercampur dengan air liur bayi.

Bagi susu dari freezer pula, susu hanya dapat bertahan selama sejam setelah dipanaskan. Sebaiknya, baby terus minum setelah susu dipanaskan.

 

 

 

(Visited 4,281 times, 2 visits today)