KAWAN SAYA DAH RAMAI JUAL PRODUK TU. SO, SAYA TAK NAK LA JUAL!

Pernah tak korang rasa macam tu? Korang boleh nampak, produk tu menarik, produk tu best dan confirm memang boleh jual punya. Tapi… Hmm dah ramai sangat orang jual, ada ke orang nak beli dengan kita?

Ok, meh sini Irni bagi pencerahan tentang konsep rezeki. Konsep rezeki scarcity vs abundace?

Scarcity -tak cukup
Abundance- lebih dari cukup.

Begitulah jugak dalam konsep rezeki dalam hidup kita ni. Konsep rezeki adalah abundance, iaitu Allah bagi lebih dari cukup. Contohnya, oksigen kat udara kita ni, pernah tak kita kena berebut dengan orang sebelah? Tak de pun kan..

Macam tu lah jugak rezeki kita, tak perlu nak berebut dengan orang lain. Jangan sekali2 rasa rezeki tu scarcity. Contoh nye, ramai nya pesaing, habislah bisnes aku. Jangan sekali-kali rasa macam tu sebab rezeki Allah ni kan maha luas.

Yakinlah dengan rezeki Allah. Ape yg kita perlu buat cume berdoa dan berusaha. Selebih nya biar Allah yg tentukan sejauh mana rezeki kita. Jika sesuatu benda tu belum jadi milik kita, muhasabah dirilah. Mungkin ade something wrong yg kite buat. Baiki kelemahan diri, jangan tuding jari pada orang lain.

Antara perkara yg boleh untuk deraskan rezeki masuk:

✅ Bayar hutang

Jangan tangguh2 bayar hutang. Kalau ada hutang dengan orang, cepat2 lunaskan. Kalau kita tak tepati janji, mungkin orang tu tak happy.

Mungkin jugak diorang ni masuk dalam golongan orang yg dianiaya. Doa orang dianiaya ni insyaAllah makbul.

So jangan kita aniaya orang, kalau ada hutang dengan orang, cepat2 la bayar.

✅ Berbakti kepada ibu bapa

Jaga percakapan dan tingkah laku dengan mak ayah. Doa mereka juga makbul. Lagi bagus kalau dapat berbakti ringankan beban mereka. Tak dapat banyak, sikit pn jadi lah. Yg penting, jangan lupa jasa mereka.

✅ Sedekah

Jangan berkira untuk sedekah, semoga kita dapat bantu ringankan beban orang lain.

✅ Solat dhuha

Solat dhuha adalah satu amalan menjemput rezeki. Lakukan secara konsisten supaya nampak hasil.

Selamat menjemput rezeki.

(Visited 53 times, 1 visits today)