Cara Menguruskan Duit Gaji

Sempena hari bonus shaklee ni, Irni nak share satu ilmu baru tentang pengurusan kewangan..pernah dengar tak tentang konsep 6 jars dari T. Harv Eker?

Tapi, hari ni Irni bukan nak cite 6 jar, tapi 7 jars..kita modified sikit.

Tabung kita tu nanti terdiri daripada:

1. NEC : Tabung neccessity atau keperluan. dalam tabung ni diguna untuk keperluan belanja harian, bayar bil, bayar belanja anak..semua keperluan lah..

Peruntukkan 50% dari income kita..

2. Edu: tabung education untuk kita improve diri kita. Boleh buat beli buku atau pegi kelas.

Peruntukkan 5% dari income kita

3. LTTS: tabung long term saving for spending. ni kalau kita nak beli sesuatu yg mahal, kita kumpul duit dulu..

Peruntukkan 10% dari income kita

4. FFA: financial freedom account. Yang ni pulak kita kena simpan duit untuk kita guna bila dah bersara atau dah tak keje dah.. duit dalam tabung ni jugak boleh guna untuk investment.

Peruntukkan 5% dari income kita

5. Play: tabung ni untuk aktiviti leasure, kalau nak g travel, nak bagi hadiah ke

Peruntukkan 10% dari income kita

6. Give: untuk sedekah dan zakat

Peruntukkan 10% dari income kita

7. Parents: untuk bagi kt mak ayah

Peruntukkan 10% dari income kita

Bila kita buat tabung ni, kita akn nampak banyak mane duit kita ada n boleh elakkan kita dari over spending on something…

Jom kita belajar urus duit..insyaAllah, nanti kalau datang duit yg banyak pun, kita akan pandai nak manage..

 

Vitamin untuk Bantu Pemikiran Positif

Seronok tengok wall orang-orang bisnes ni kan..selalu berupdate n diorang selaluu wat sharing..ha nak tau ape rahsia dia orang ni sume? Sebenar nye takde rahsia mane pun. Ni semua sebab diorang ade mood nak buat bisnes..

Kalau korang dah cuba cari mood, tapi macam susah je, ha cuba check korang ni cukup nutrisi tak? Bukan check cukup makan ke tak, tapi check, cukup vitamin ke tak? 😀

Ha jangan tak tau kekurangan aktiviti neurotransmitter dalam otak boleh menyebabkan kita kurang motivasi. Jadi, apa nutrisi yang bagus untuk tingkatkan motivasi dalam bisnes?

1. Asid amino

Asid amino ni bantu tingkatkan level serotonin, iaitu neurotransmitter dalam otak yang memainkan peranan dalam meningkatkan mood dan buat kita mudah belajar.

Asid amino ni boleh dapat dari ESP ye..

2. Lecithin

Lecithin bantu meningkatkan bekalan choline dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak termasuklah untuk mengingat dan fokus.

Jadi, kalau nak lebih fokus, ambik Lecithin ye..

3. Omega 3

Dalam omega guard shaklee ade asid lemak omega 3 ni termasuk lah jugak DHA, EPA dan ALA yang bantu sel sel otak kita berhubung antara satu sama lain. Kekurangan asid lemak omega 3 ni buat kita mudah tertekan dan asyik moody je sebab serotonin dan dopamin tu dah terganggu.

So, sape yang mudah tertekan dan moody tu, jangan tinggal omega guard ni ye!

4. Asid folik

Ha asid folik ni bukan untuk orang pompuan yang nak pregnant or yang pregnant je ye. Kalau kurang asid folik pun boleh menyebabkan kita mudah down dan sambungan sel-sel otak terganggu. Dalam B Complex ada asid folik ye.

Kalau ambik B Complex, dalam tu pun ada Vitamin B6 yang berfungsi hasilkan neurotrasmitter seperti serotonin dan dopamine. Nanti kalau serotonin low, kita pun mudah jadi sepress dan tak bersemangat.

So, B Complex jangan tinggal ye!

5. Electrolyte

Electrolyte ni penting untuk kelancaran perjalanan neurotransmitter tu. Jadi, ambik performance drink untuk pastikan neurotransmitter kat otak tu berjalan lancar..

Nak terus kekal momentum bisnes? Nak sentiasa bermotivasi dan pikir positif? Cuba Set Pemikiran Positif ni ye!

Untuk mendapatkan vitamin ini, bleh hubungi Irni, atau klik je buy now kat bawah.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

Pengalaman Mengandung Sulung Kembar & PJJ Dengan Suami

Sebenarnya kisah ni dah lama, pada tahun 2012. Kami kahwin pada bulan Oktober 2012 dan lepas kahwin, Irni terus bunting pelamin. Masa tu, Irni kerja kat Sarawak dan suami pulak kerja kat Kelantan. Lepas kahwin tu, tengok-tengok dah tak period. Sebelum tahu mengandung, Irni dah start rasa tak lalu makan, asyik letih.

Dekat Sarawak kan waktu maghrib awal, selalunya tak sempat tunggu isyak, dah tertidur dah sebab rasa macam penat sangat-sangat. Sampaikan Irni sendiri pun rasa pelik, kenapa lah aku ni penat sangat, padahal kerja tak de lah penat sangat pun.

Masa balik Semenanjung tu, Irni try buat pregnancy test sebab period dah lewat seminggu. YaAllah, 2 line! Memang happy rasa, tapi rasa macam tak percaya pun ada! Irni pun tak tahu Irni ready ke tak nak mengandung memandangkan masa tu kitorang dok jauh kan.

Lepas tu, bermula lah episod alahan mengandung dan tak lalu makan. Bila makan muntah, dan memang tiap-tiap hari muntah. Dan, tiap-tiap hari jugak lah menangis..hehe.. Bila badan dah penat muntah-muntah, mula lah kita rasa nak nangis kan. Ye lah, suami dok jauh pulak, lagi lah sedih, sob sob sob.

Masa mula-mula buat buku mengandung, Irni ajak kawan teman. Ye lah, first time kan, kita pun takut rasa. Masa bukak buku, memang ambik masa lama, sampai tertidur kawan Irni tunggu kat luar. Terima kasih sahabatku yang baik!

Syukur jugak, sebab masa tu Irni duduk dengan tuan rumah, mak cik Iban Muslim. Dia selalu masakkan bekal untuk Irni pergi kerja, sebab masa tu Irni tak boleh makan makanan kat luar. Mungkin dia pun kesian kot kat kita. Sampai kita pun naik segan sebab dia selalu bekalkan makanan kat kita..hehe.

Makan makanan dari rumah, at least boleh masuk sikit, tapi selalunya lepas makan, muntah balik. Masa Irni mengandung 4 bulan, baru lah Irni tahu, rupanya Irni mengandung kembar. Patut lah alahan mengandung nya lain macam!

Masa mengandung 6 bulan lebih pulak, ha, dia buat perangai lagi, tak boleh makan Iberet (vitamin ibu mengandung) pulak. Dah lah Irni ni jenis hb low. Masa tu, kalau makan Iberet, Irni akan muntah-muntah sampai lah keluar ‘sarung’ iberet tu. Iberet tu nampak macam tak de sarung kan, mungkin kulit dia lah kot?

Setiap kali makan Iberet, memang akan muntah sampai keluar sarung baru lega. So, terpaksa stop Iberet sebab dah tak tahan nak muntah. Rasanya kalau kumpul semua air mata, cukup kot sebaldi..haha 😛

Lepas tu, ada sorang kawan yang kerja sama-sama suggest ambik vitamin ibu mengandung shaklee. Dia cakap, cuba Puan ambik vitamin shaklee, mana tahu ok. So, Irni pun cuba lah makan. Masa tu, Irni ambik Vitalea, Vita C, B complex dan Ostematrix. Nampak macam banyak nak telan, tapi tak pe lah, kita try je lah kan.

Alhamdulillah, ok je nak telan banyak-banyak. Dan, magic sangat rasa tau, bila makan vitamin shaklee, terus kurang alahan tu. Bila kurang muntah-muntah, kuranglah menangis. Macam berkadar langsung gitu..hehe..Sebab tu, Irni jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Memang Irni rasa berterima kasih sangat dengan kawan yang kenalkan vitamin shaklee tu kat Irni.

Rasa macam, kenapa akak tak suggest awal-awal lagi vitamin ni kat saya, tak de lah saya tersiksa muntah-muntah macam ni..huk3. Hb pun dah mula naik bila makan vitamin shaklee. Masa mengandung 32 minggu, Irni ambik unpaid leave, sebab untuk multiple pregnancy, boleh naik flight sampai 32 minggu je. Nak tak nak, memang kena cuti awal.

Tapi, seronok lah jugak kan, sebulan lebih boleh lepak-lepak kat kampung. Tiap-tiap hari boleh makan makanan yang kita suka. Masa tu, Irni suka makan buah jambu dan minum air kelapa. Masa kat Sarawak tu, susah lah sikit nak dapat, sebab kita takde transport kan. Tak kan lah tiap-tiap hari nak mintak kawan tolong beli..hehe..Tapi, kawan-kawan pun memang baik sangat, kalau diorang pegi pasaraya, kalau ada buah jambu, Irni akan kirim lah kat diorang.

Bila balik kampung tu, tiap-tiap hari, memang tak miss minum air kelapa. Buah jambu tu pun selalu jugak beli. Lagipun, kat tepi jalan pun banyak jual buah jambu potong tu kan. Memang seronok sangat. Bila dah balik semenanjung, terus lupa dah kat vitamin shaklee..lagipun, masa tu pun dah 8 bulan, tak de alahan sangat. Akibatnya, ha hb pun low.

Bahaya tau, ibu mengandung kalau hb low. Masa Irni bersalin kembar, Irni sampai tumpah darah (PPH) sebab hb tak berapa cantik. Lepas tu, makan Shaklee on off, dan start konsisten balik masa mengandung baby Hani.

Alhamdulillah, tak de lah rasa penat sangat badan walaupun asyik muntah. Air mata pun tak de lah sebaldi keluar. haha. Untuk ibu-ibu yang PJJ dengan suami, anda semua kuat! InsyaAllah pasti ada hikmah nya. Boleh tengok 5 Tips Kekal Tenang Semasa Hamil Walau Suami Jauh kat SINI.

si kembar masa baru lepas lahir
umur berapa bulan masa ni ye..bam bam sangat dua2 ni
beza muka Irni masa mengandung kali pertama dan ke dua hehe

Happy pregnancy!

Set Vitamin Untuk Orang Yang Sibuk

Ada orang yang sibuk kerja sampai tak sempat nak makan kan..Boleh bayangkan tak, macam mana sibuk kerja, sampai nak makan, nak penuhi keperluan tubuh sendiri pun tak sempat. Kesian kan. Memang orang yang betul-betul terpilih je boleh kerja macam ni kan.

Irni teringat masa Irni bersalinkan si kembar di HRPZ dulu. Sebelum bersalin tu, Irni ada pre eclamsia. Jadi, kena induce bersalin dalam bilik khas di bawah pantauan doktor. Masa tu ada beberapa orang doktor dan misi yang monitor. Maklumlah, dah lah nak bersalin anak kembar, mak nye ni pulak ada pre eclamsia kan.

Alhamdulillah, lepas dah siap bersalin tu, semua dah selamat dalam pukul 4.40 petang. Irni kena bermalam dulu dalam labour room tu, maybe sebab tunggu keadaan betul-betul stabil baru boleh keluar. Baby pulak, misi letak kat luar, bila sampai time menyusu baru misi bawak masuk baby. Jadi, kita kat dalam bilik tu sorang-sorang la. Dah puas tidur, so kerja kita perhati orang je lah..hehe

Teringat Irni masa tu ada sorang misi dan doktor masuk. Ummi terdengar perbualan mereka, misi tu tanya doktor tu, doktor dah bukak puasa ke belum? Doktor tu cakap, belum lagi, tak sempat lagi nak bukak puasa. Irni tengok jam, Ya Allah, dah pukul 9 malam, doktor ni tak sempat nak bukak puasa lagi? Kesian sangat rase. Patient terlalu ramai sampai doktor nak bukak puasa pun tak sempat.

Kemudian, dalam pukul 11 malam, masuk lah pulak sorang doktor houseman datang nak ambik darah. Muka dia memang nampak penat sangat. Tapi, lepas tu, nampak muka dia lega sangat sebab dari jauh, urat tangan Irni dah boleh nampak, haha. Masa tu, sebelum bersalin, tangan jadi sembap, urat pun timbul lagi, memang obvious sangat, memang dari jauh dah boleh nampak.

Irni pun rasa lega lah jugak, at least dengan urat yang besar ni, tak de lah kita susahkan dia nak ambik darah kita kan..hehe..Dengan misi yang tak berhenti lalu lalang depan bilik. Bila keadaan nampak dah reda sikit, Irni tengok, misi tu sibuk menulis pulak dekat meja. Mungkin tulis report.

Tu baru semalaman Irni tidur kat labor room dan jadi pemerhati. Sampai dalam hati kita, ish tak sanggup aku nak kerja macam ni. Memang orang yang betul-betul terpilih, hati kental je yang boleh kerja macam ni. Tu baru kat labour room, kalau orang yang keje kat Jabatan Kecemasan, macam mana lah agaknya kan. Apa pun, Irni berterima kasih sangat kepada semua petugas kesihatan yang pernah Irni jumpa.

Ok, berbalik kepada Set Vitamin Untuk Orang Yang Sibuk ni, Irni rasa set vitamin ni boleh membantu mereka lebih cergas dan segar. Mungkin masa kerja, semua cergas, tapi bila dah habis, semua kepenatan dan badan pun terseksa sebab tak sempat nak makan dan minum dengan baik kan.

Dalam Set Vitamin Untuk Orang Yang Sibuk terdiri daripada:

1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah sejenis minuman yang dieprbuat daripada soya non GMO. ESP mempunyai glisemik indeks yang rendah. Jadi, kita akan kenyang lebih lama dan tidak mendatangkan risiko kencing manis.

2. Performance Drink

Performance drink ni adalah air isotonik tanpa gas dan tanpa gula yang membahayakan. Minum performance drink untuk mengelakkan anda daripada dehydrated.

3. Cinch tea

Cinch tea ni pulak untuk mengelakkan mengantuk pada waktu bekerja. Kalau tak cukup tidur pun, badan tak terlampau letih sangat.

Berminat untuk mendapatkan Set Vitamin Untuk Orang Yang Sibuk ni? Boleh hubungi Irni atau klik je buy now kat bawah.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

Vitamin Pra Umrah dan Haji

Ha,  sebelum pergi umrah dan haji pun kena makan vitamin??

Ya,  sebelum mengerjakan umrah dan haji,  kita dah kena start makan vitamin tau. Kalau tak percaya,  cuba tengok,  berapa langkah sehari kita kena berjalan?

Ni baru umrah tau,  kalau haji macam mana? Agak-agak, penting tak kekuatan fizikal tu?

Bayangkan bagaimana orang tua yang sakit lutut,  badan lemah terpaksa hadapi semua ni? Kesian kan..

Pengalaman Irni,  duduk di sebelah mak cik-mak cik semasa solat,  buat kita rasa kesian sangat. Nampak sukar untuk bangun duduk dan duduk antara dua solat. Namun,  dek semangat mereka yang membara,  solat tetap dibuat.  Bahkan,  semasa solat taraweh di sini,  mereka boleh buat sampai 20 rakaat.

Nampak tak,  betapa kuatnya semangat mereka.  Walaupun sakit lutut,  tapi ibadah tetap dibuat.  Jika tengok,  mereka berjalan pun,  ada yang sampai terhincut-hincut.  Jadi,  persediaan awal perlu dibuat supaya dapat fokus untuk beribadah.  Lagipun,  bukan selalu dapat datang ke tanah suci ni kan?

Cadangan Irni, sebelum ke tanah suci,  mulakan lah dengan mengambil supplement atau vitamin yang betul supaya badan lebih sihat.

Cadangan supplement atau vitamin sebelum mengerjakan ibadah umrah & haji adalah:

1. Vivix

Vivix membantu meningkatkan kesihatan badan.  Sejenis minuman botani,  campuran daripada anggur muscadine,  lobak ungu,  elderberry eropah dan polygonum cuspidatum menghasilkan tonik resveratrol yang boleh baiki sel hingga ke peringkat DNA.

Kelebihan Vivix adalah:

✅ Baiki sel yang rosak dari peringkat DNA –> Badan lebih sihat

✅ Meningkatkan pusat jana tenaga atau mitokondria sel –> badan lebih bertenaga dan lambat letih untuk beribadat

✅ Mempunyai sifat anti radang –> Bantu hilangkan masalah sakit sendi dan sakit lutut

✅ Menyokong kesihatan jantung –> Jantung sihat membantu melakukan aktiviti fizikal dengan baik

2. Nutriferon

Nutriferon adalah serbuk emas hasil campuran biji labu, biji plantago,  bunga japanese honey suckle dan bunga safflower.

Hasil kajian Dr Yushiko,  seorang pakar imunologi dari Jepun yang mengambil masa lebih 40 tahun untuk menjalankan kajian campuran bahan terbaik.

Hasilnya,  Nutriferon terhasil dan membantu meningkatkan interferon semulajadi badan. Interferon membantu sistem pertahanan badan lebih kuat dalam menentang segala serangan virus dan bakteria. Badan akan menjadi lebih kuat dan susah jatuh sakit.

3. Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder dibuat daripada kolagen bermutu tinggi daripada sisik ikan merah.  Kolagen Shaklee sangat mudah diserap ke dalam badan. Pengambilan kolagen dalam pembentukan sendi dan tulang yang sihat kerana 50% sendi dan tulang rawan terdiri daripada kolagen.

Kolagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Selepas umur 20-an, kolagen ini mula terhakis dalam tulang rawan. Jadi, pengambilan kolagen membantu tulang rawan yang sihat.

Pemgambilan kolagen boleh membantu menghilangkan sakit lutut dan sendi, insyaAllah akan memberi kesihatan yang baik semasa di tanah haram nanti.

Anda imgin membuat persediaan kesihatan sebelum mengerjakan umrah & haji? Anda boleh dapatkan vitamin ini. Boleh hubungi saya, atau buat buat pembelian terus dengan klik buy now di bawah.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi ekslusif secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

“Unsung Hero” (Pengalaman Bersalin Dalam Kereta)

Assalamualaikum.. Alhamdulillah Irni dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 11 September 2015 pukul 10 malam seberat 2.71 kg dan disambut oleh Abi..hehe..This “Unsung Hero” adalah hero kami berdua bila tiba-tiba terpaksa jd pak bidan..

Ya Allah, memang bahaya kalau kita tak tahu tanda bersalin. Walaupun Irni selalu membaca kat google tanda bersalin, tapi bila sampai waktunya, Irni pun tak perasan yang Irni dah nak dekat bersalin.. Tup2 bila dah keluar darah, baru kalut nak pergi hospital..huuu

Ceritanya macam ni, pagi Jumaat tu Irni dan suami balik ke Jeli sebab nak pindah rumah. Jadi kami nak pergi basuh rumah dan pindahkan barang. Si kembar, kami tinggal dekat umah Cik Ha berdekatan dengan rumah emak. Kami pergi berdua je ke Jeli. Cerita start sakit perut ni sebenarnya start kat Jeli lagi..

Pukul 5 petang:

Kami balik rumah lama untuk solat asar. Masa tu dah start rasa sakit perut sikit. Tapi Irni buat tak tau je sebab ingatkan Braxton Hicks Contraction. Sebelum ni pun Irni pernah rasa sakit macam ni, tapi bila tidur, sakit tu hilang. Irni ingat nak tidur dulu bagi hilang sakit, tapi bila ingat si kembar tengah tunggu, jadi Irni pun ajak suami cepat-cepat angkat barang dan siap sedia nak balik.

 

Pukul 6 petang:

Kami singgah hospital kejap sebab Irni ada tertinggal barang kat klinik. Masa ni dah start sakit pinggang, tapi buat rilek je sebab ingatkan penat sebab jalan banyak.

 

Sebelum balik, Irni dan suami sempat la singgah dating kejap..hehe..Berhenti makan dulu sebelum balik rumah.

 

Pukul 7.30 malam:

Kami singgah solat maghrib dekat Caltex Machang. Irni siap awal dari suami jadi Irni tunggu dalam kereta. Masa ni rasa sakit pinggang sangat, jadi Irni pun keluar pergi beli Coklat Cadbury kat dalam Caltex. Sempatlah makan coklat favourite tu..hehe..

Sepanjang dalam kereta nak balik rumah memang Irni dah rasa contraction, cuma Irni lupa nak tengok timing sama ada constant atau tak. Cuma sakit tu datang makin kerap. Sepanjang perjalanan tu Irni istighfar dan selawat banyak-banyak je nak bagi hilang sakit. Dalam fikiran Irni masa tu, cuma nak balik rumah dan tidur supaya hilang sakit ni.

Tapi masa tu terfikir, nanti kalau nak bersalin sakit macam ni ke? Rasa takut pulak nak bersalin..huhu.. So, Irni minta maaf kat suami kalau ada salah, Irni bagitau dia takutnya nanti kalau nak bersalin. Tapi memang tak terlintas dalam fikiran yang Irni akan bersalin hari tu!

 

Pukul 9.00 malam

Kami sampai rumah emak. Tapi si kembar pulak balik rumah mek (tok nyang si kembar). Petang tu kebetulan tok mek nya datang ambil. Masa tu suami punggah barang bawa naik atas rumah, sempat la Irni baring kejap. Rasa macam nak tidur, tapi dah rindu kat si kembar. So Irni cepat-cepat bangun ajak suami balik rumah tok mek nak jumpa si kembar.

 

Pukul 9.20 malam

Kami balik rumah tok mek. Rumah mek tak jauh mana, dalam 5 minit dah sampai. Sampai rumah mek, Irni peluk Auni & Amni kejap, lepas tu terus masuk bilik sebab nak tidur. Badan dah berpeluh dan tak boleh tidur dah. Tiba-tiba rasa macam nak pergi tandas.

Bila bangun pergi tandas, perut rasa sakit sangat dan rasa macam nk meneran. Tiba-tiba Irni tengok ada darah keluar. Hah, cepat-cepat panggil suami. “Abang, ada darah!” . Suami terus ajak pergi hospital.

Masa tu rasa macam nak pitam pulak, and Irni cepat-cepat keluar rumah dan masuk dalam kereta. Masa tu memang dah sakit sangat. Nasib baik teringat buku merah ada dalam handbag. Jadi mintak suami ambil handbag sebab ada buku merah dalam tu.

Irni bagitau suami jangan pergi HRPZ sebab macam jauh sangat. Irni mintak suami bawa ke Hospital Machang sebab dekat sikit dengan rumah. Perjalanan Kok Lanas-Machang terasa tersangatlah jauh. Sempat lagi mintak suami tolong pasang radio ikim.fm sebab nak dengar benda-benda yang menenangkan..hehe..

Masa tu memang rasa sakit sangat. Contraction memang kuat sangat. Irni cuma duduk mengiring dalam kereta sambil pegang pemegang pintu tahan sakit. Bila contraction datang, kita dah rasa nak meneran. Tapi teringat pesan kawan yang kerja kat labour room, katanya kalau cervix belum full dilate, kita tak boleh teran, nanti habis koyak. So setiap kali rasa nak teran, tahan dulu sambil tarik nafas guna teknik pernafasan. Masa pregnant sempatlah sekali dua praktis teknik pernafasan ni. Masa contraction hilang sekejap, Irni cuba buat teknik senyum pulak. Senyum sikit untuk hilang rasa sakit. Tapi masa contraction datang, memang tak boleh nak senyum dah. Sakit sangat sampai dah berpeluh-peluh. (Bolek tengok tips mudah bersalin kat SINI)

Sampai satu tahap, memang dah tak tahan sangat nak teran. Masa tu nasib baik dah masuk cabang Machang. Memang masa tu Irni dah tak boleh nak control dari teran dan kita memang terpaksa teran. Memang rasa macam nak bersalin dah.

Alhamdulillah selamat sampai di Hospital Machang dan Irni minta suami berhenti di Kecemasan hospital. Suami berhenti dan keluar ke kaunter untuk bagitau Irni nak bersalin. Kemudian…tiba-tiba, Irni rasa ada benda nak keluar.. and guess what? tiba-tiba..splushhh…baby keluar..

Baby keluar dan menangis. Baby dah tergantung kat depan dengan tali pusat. Irni memang rasa panik sangat tengok baby dah keluar. Irni terus panggil suami..Suami pun terkejut bila dengar suara baby nangis. Dia cepat-cepat datang ke kereta dan sambut baby yang dah tergantung kat bawah. And amazingly, Subhanallah, lepas suami pegang baby, baby terus berhenti nangis. Suami pegang baby dan bagi kat Irni. Memang kalut sekejap depan Kecemasan tu. Bila ingat balik, memang rasa nak tergelak. Apapun, Alhamdulillah syukur sangat sebab semuanya selamat. Terima kasih Allah kerana permudahkan kami.

Terima kasih juga kepada staf labour room Hospital Machang yang sangat-sangat membantu. Dan terima kasih jugak kepada our hero, suamiku sayang..u are always being our hero and we love u so much..

 

KANSER PAYUDARA: SIMPTOM, SEBAB DAN PILIHAN RAWATAN

Setiap wanita terdedah kepada risiko mendapat kanser payudara. Kanser payudara terjadi akibat daripada sel payudara yang membahagi secara tidak normal. Tumor malignan pada payudara ini boleh merebak ke tempat lain jika tidak dikawal.

APAKAH SIMPTOM KANSER PAYUDARA

Kalau dapat kesan lebih awal simptom kanser payudara tu, rawatan dapat diberikan lebih cepat dan peluang untuk sembuh itu lebih tinggi. Jom, kita tengok, apakah simptom kanser payudara.

1. Terdapat benjolan pada payudara

2. Perubahan tekstur warna pada payudara

3. Terdapat cecair jernih atau darah keluar melalui puting payudara

4. Kulit masuk ke dalam

5. Perubahan pada bentuk puting payudara, seolah-olah masuk ke dalam

Jika anda dapat mengesan tanda-tanda ini berlaku kepada anda, anda kena cepat-cepat dapatkan permeriksaan kesihatan di klinik.

APAKAH SEBAB BERLAKU KANSER PAYUDARA?

Sebenarnya, tiada sebab khusus berlaku kanser payudara, cuma terdapat golongan yang dikesan berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

1. Usia semakin tua

Apabila usia meningkat, lagi tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara. 80% pesakit kanser payudara adalah berumur 50 tahun ke atas, iaitu selepas menopause.

2. Genetik

Wanita yang mempunyai ahli keluarga mempunyai kanser payudara atau kanser overi, lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.

3. Mempunyai sejarah kanser payudara

Bagi wanita yang mempunyai sejarah terkena kanser payudara walaupun bukan jenis invasif, namun wanita ini lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara kembali berbanding dengan wanita yang tidak pernah mendapat kanser payudara.

4. Ada ketulan pada payudara

Walaupun ketulan itu jenis benigna atau tidak membahaya, tetapi golongan ini lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.

5. Tisu payudara yang padat

Wanita yang mempunyai tisu payudara yang padat lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.

6. Terdedah kepada hormon estrogen

Wanita yang datang haid lebih awal atau menopause lebih lewat daripada usia biasa lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara. Hormon estrogen mula dihasilkan bila wanita datang haid dan turun dengan mendadak setelah menopause.

7. Obesiti

Orang yang mempunyai berat badan obes, cenderung untuk mempunyai paras hormon estrogen lebih tinggi dan lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.

8. Minum alkohol

Minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

APAKAH RAWATAN PESAKIT KANSER PAYUDARA?

Rawatan kanser payudara bergantung kepada jenis, tahap berapa dan keadaan pesakit itu sendiri. Antara rawatan untuk pesakit kanser payudara adalah:

  • Radioterapi
  • Pembedahan
  • Terapi biologikal
  • Terapi hormon
  • Kemoterapi

APAKAH SUPPLEMENT YANG BOLEH MEMBANTU PESAKIT KANSER PAYUDARA?

Anda boleh mengambil supplement untuk membantu badan lebih kuat. Jom kita tengok, pengalaman pesakit kanser yang mengambil Vivix sebagai supplement mereka.

Vivix adalah sejenis minuman botani yang kaya dengan resveratrol. Vivix diuji secara klinikal membantu membaniki DNA yang rosak. Vivix juga bantu meningkatkan prestasi sel dengan meningkatkan bilangan mitokondria dalam sel.

Berminat untuk dapat dapatkan Vivix juga? Boleh hubungi saya atau klik je kat bawah ni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi ekslusif secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

Demam Denggi: Simptom Denggi & Rawatan Supaya Demam Denggi Cepat Sembuh

Demam denggi ni boleh membawa maut ke? Orang boleh mati ke kalau demam denggi?

Seriau rasa dengar kan. Akibat gigitan nyamuk yang kecik tu pun, boleh menyebabkan kematian. Walaupun kecik, tapi berbisa!

Virus denggi terdapat banyak jenis, iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk aedes berupaya jadi vektor virus denggi sebelum memindahkan kepada manusia.

Sebaik sahaja seseorang itu digigit oleh nyamuk aedes yang menjadi vektor denggi, virus denggi akan masuk dan beredar di dalam salur darah. Virus ini akan mula menyerang sistem badan.

Apakah Simptom Demam Denggi?

Selalunya, pada awal demam denggi, tiada simptom yang ketara. Namun, simptom selalunya akan mula dirasai pada hari ke-4 ke hari ke-10 selepas anda digigit nyamuk yang mempunyai virus denggi.Simptom denggi yang biasa dihadapi adalah:

  • Demam pada suhu tinggi sehingga 41 darjah celcius
  • Sakit kepala
  • Sakit pada otot, tulang dan sendi
  • Sakit dalam bebola mata

Ada juga yang mengalami simptom seperti:

  • bintik-bintik merah pada badan
  • rasa loya dan mintah-muntah
  • pendarahan pada gusi atau hidung

Kebanyakan boleh sembuh sendiri selepas seminggu. Namun, ada juga yang mengalami simptom makin teruk dan boleh membahayakan nyawa. Salur darah mula rosak dan darah mula keluar. Platelet, iaitu penting untuk pembekuan darah mula menurun.Hal ini boleh menyebabkan:

  • Pendarahan dari hidung dan mulut
  • Sakit teruk pada bahagian abdomen
  • muntah-muntah tak berhenti
  • pendarahan bawah kulit, kelihatan seperti lebam
  • masalah pada peparu, hati dan jantung

Rawatan Untuk Pesakit Denggi

Sebenarnya tiada rawatan khusus bagi pesakit denggi. Selalunya doktor akan menasihatkan supaya minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Jika perlu, doktor akan memberikan penggantian cecair eloktrolit dalam badan secara intravena.

Anda juga boleh mengambil supplement untuk membantu penyembuhan demam denggi.

Performance drink: Satu minuman eloktrolit yang lengkap, iaitu mengandungi sodium ion, chloride ion, magnesium ion, calcium ion dan potassium iron. Fungsi eloktrolit ini adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan.

Pesakit demm denggi sangat penting untuk dipastikan supaya tidak dehidrasi dan bendalir dalam badan cukup.

Nutriferon: Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yushiko Kojima selepas lebih 40 tahun penyelidikan. Dr Kojima berjaya mencipta nutriferon selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

Nutriferon bertindak untuk menguatkan sistem imun badan dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi badan.

Kandungan nutriferon adalah:

  • Biji labu: rangsang interferon semulajadi badan
  • Honeysuckle Jepun: menentang pencerobohan virus dan kuman
  • Benih plantago: ada polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun
  • Bunga safflower: memperkuat keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman

Vivix: Mempunyai keupayaan untuk membaiki struktur DNA yang rosak. Kandungan resveratrol dalam Vivix membantu proses pembaikian DNA. Sel akan menjadi lebih sihat dan pesakit denggi akan lebih cepat pulih.

 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Lengkap Denggi ini, anda boleh klik buy now, atau anda juga boleh hubungi saya.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi ekslusif secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

 

6 Cara Menghilangkan Stress dan Vitamin untuk Hilangkan Stress

Stress atau tekanan dalam hidup adalah satu perkara biasa. Namun, bezanya adalah bagaimana kita handle dan kita menghadapinya. Ada orang dapat menghadapinya dengan baik, namun, apabila ada yang gagal menghadapi tekanan hidup dengan baik, berlaku krisis dalam diri dan orang sekeliling.

Stress yang tidak dikawal dengan baik boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan dengan orang sekeliling. Jadi, bagaimana kita nak handle stress dalam diri?

Cara Menghilangkan Stress

1. Mengadu kepada Tuhan

Sebagai orang Islam, apabila kita mempunyai masalah, ada baiknya kita mengadu segala masalah kita kepada Allah. Allah satu-satunya yang Maha Mendengar. Menangislah di hadapan Allah, ceritakan kepada Allah segala keresahan kita, semoga Allah meringankan beban hidup kita. Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Sebagai orang Islam, kita juga boleh membaca Al-Quran, terutama ketika kita dilanda kesedihan. Membaca Al-Quran memberi kita gelombang alfa atau gelombang yang mampu menenangkan kita.

2. Jangan lari dari masalah

Apabila kita ditimpa dengan ujian, seeloknya, jangan kita lari dari masalah tersebut. Hadapi segala masalah. Mungkin pada mulanya, kita boleh ambik tempoh bertenang. Kemudian, kita perlu kembali untuk selesaikan apa yang terjadi.

Selesaikan apa yang perlu mengikut prosedur yang betul dan beri yang terbaik supaya kita dapat hasil terbaik.

3. Bersenam

Bersenam juga adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress. Apabila kita bersenam, kita menggerakkan segala anggota, mengeluarkan peluh dan mengeluarkan hormon gembira.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Tidur yang cukup membantu badan kita rehat. Badan yang cergas dapat mengurangkan stress dalam diri.

5. Sentiasa berfikiran positif

Dalam apa pun yang terjadi, cuba cari positive side atau sudut positif sesuatu perkara. Cuba cari, apa hikmah berlaku sesuatu perkara itu. Elakkan dok melayan perasaan seorang diri dengan terlalu memikirkan masalah tersebut.

Sebaliknya, keluarlah dan elakkan berada seorang diri. Keluarlah, dan hadapinya dengan fikiran yang positif. Hadapinya dengan senyuman, kerana Allah tak kan menduga seseorang lebih dari kemampuan diri kita.

6. Makan makanan yang berkhasiat

Makan makanan yang berkhasiat dapat membantu badan kita berfungsi dengan baik.

Anda juga boleh mengambil makanan tambahan bagi memastikan badan mendapat zat yang mencukupi. Anda boleh mengambil Basic Set Shaklee untuk membantu fungsi badan yang baik.

Set Basic Shaklee ini adalah untuk memastikan badan kita mendapat zat yang secukupnya. Jika terdapat lompong nutrisi dalam pemakanan kita, supplement ini dapat membantu kita untuk membantu badan kita berfungsi secara optimum.

Energizing Soy Protein (ESP): Dihasilkan daripada soya tanpa modifikasi genetik. ESP membantu penghasilan sel-sel baru yang lebih baik dan berkualiti. Protein yang mencukupi membantu sel-sel kita yang diperbuat daripada protein ni, untuk berfungsi dengan baik.

Vitalea: Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu fungsi badan yang lebih sempurna.

Sustained Release Vita C: Sumber vitamin C dari bahan semulajadi yang dilepaskan setiap jam demi jam. Vita C Shaklee memberikan 500mg vitamin C. Pengambilan vita c secara berterusan, membantu menghilangkan stress.

B complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B. B1, B2, B3, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Badan akan lebih bertenaga dan stress juga akan berkurang.

Omega Guard: Kaya dengan asid lemak omega 3, DHA dan EPA. DHA penting untuk sel-sel otak berhubung, atau untuk penghantaran isyarat otak & meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak. Apabila sel-sel otak dapat berhubung dengan baik, maka kita akan dapat berfikir dengan baik.

Vivix: Vivix mengandungi resveratrol yang berupaya untuk membaiki kerosakan DNA. DNA yang rosak akibat stress dibaiki dan fungsi sel akan kembali normal. Vivix juga membantu kita untuk jadi lebih bertenaga.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin yang membantu meningkatkan kualiti hidup dengan lebih baik, boleh hubungi Irni ye. Jika anda ingin mendapatkan set lengkap ini secara terus, boleh klik icon buy now kat bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia