Bihun Goreng Sedap Cepat Dimasak

Assalamualaikum, hari ni Irni nak share resepi bihun goreng sedap, sesuai dihidang pada anak-anak. Tambah-tambah kalau kita nak cepat,  sesuai sangat guna resepi ni.. Heee

Irni cuma guna separuh bungkus bihun je,  sebab cuma suami dan anak2 kecik,   budak umur 4 tahun 2 orang dan budak umur 2 tahun sorang yang makan.

Ummi nya tak boleh makan lagi,  sebab masih dalam pantang. Kita makan makanan berpantang je lah ye 🙂

Resepi Bihun Goreng Sedap dan Cepat Dimasak

Setengah bungkus bihun

2 biji bawang (hiris)

3 ulas bawang putih (ketuk)

Setengah genggam ikan bilis (tumbuk)

Isi ayam potong kecik2

Sebiji telur

Kicap, cilisos,  garam

Cara masak

Bihun tu pastikan dah direndam.

Panaskan minyak sikit,  tumis bawang putih dan bawang merah. Bila dah naik bau, masukkan ikan bilis, kacau,  pastu masukkan isi ayam.

Bila ayam tu dah masak, masukkan telur, biarkan telur kejap, biar dia dah ketul2, baru kacau.

Lepas tu,  masuk sos sikit,  masukkan kicap. Kacau kejap bagi dia masak. Masukkan garam sikit. Last sekali,  masukkan bihun kita tu. Tambah air sikit kalau nampak kering sangat.

Kacau kejap. Nanti dah masak boleh tutup api dah.

Senang,  simple,  yang penting anak makan sampai bertambah-tambah. hehe.

Rahsia nak masak goreng bihun sedap ni adalah kita masukkan ikan bilis. Memang bertambah sedap tau kalau bubuh ikan bilis.

K,  selamat mencuba!