7 Tips Luka Bersalin Ceaser Cepat Sembuh

Bersalin secara ceaser atau secara pembedahan adalah satu pembedahan major yang mana doktor akan memotong pada bahagian perut dan rahim untuk mengeluarkan bayi.

Bersalin secara pembedahan mungkin adalah elektif/telah dirancang atau boleh jadi juga disebabkan hal kecemasan. Doktor sebolehnya akan mengelakkan untuk ceaser,  namun atas sebab tertentu,  ibu perlu di ceaser untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Boleh bayangkan tak,  betapa besarnya pengorbanan ibu. Luka jahitan pada rahim dan perut belum hilang sakit,  tapi dalam masa yang sama perlu menyusukan dan menjaga bayi. Begitulah tabahnya hati seorang ibu.

Sebenarnya, Irni nak letak video pembedahan ceaser dari youtube,  tapi rasa macam tak sanggup nak tengok. Subhanallah,  besarnya pengorbanan ibu-ibu sekalian!

Bagaimana Untuk Luka Bersalin Ceaser Cepat Sembuh?

Penjagaan yang rapi selepas bersalin sangat penting untuk pastikan luka bersalin ceaser cepat sembuh. Di sini Irni kongsikan sedikit tips.

1. Banyakkan rehat selepas bersalin

Banyakkan rehat dan kurangkan pergerakan supaya tidak memberi tekanan kepada bahagian perut.  Namun,  anda perlu jugak bangun jalan sikit-sikit untuk menggalakkan pengaliran darah. Jalan slow2 dan dapatkan bantuan jika masih tak dapat berjalan dengan baik.

Banyakkan baring untuk rehatkan badan.

2. Pastikan sabun tidak terkena pada tempat jahitan

Untuk permulaan,  elok lah elakkan dulu penggunaan sabun ketika mandi untuk elakkan daripada terkena pada tempat jahitan. Lagipun,  luka pun masih belum sembuh kan.

3. Pastikan tempat luka sentiasa kering

Selesai mandi,  lap lah tempat jahitan tu supaya kering. Irni sarankan supaya guna tisu lembut berbanding tuala. Sebab tisu tu sentiasa bersih. Sekali guna kita dah terus buang.  Tuala pulak,  nanti kita guna banyak kali,  risau pulak takut ada bakteria ke nanti kan. Tapi,  terpulanglah atas keselesaan masing-masing ye.

Lepas mandi,  boleh jugak tutup pintu bilik dan cuma bersendirian dengan baby. Lepas tu,  boleh bukak baju untuk anginkan tempat jahitan tu biar dia betul-betul kering. Walaupun dah lap,  kadang-kadang,  dia tak betul-betul kering. Kalau kita biarkan terdedah seketika,  nanti dia akan kering sendiri.

4. Makan makanan yang seimbang untuk cukupkan keperluan nutrisi

Makan makanan yang seimbang,  seperti nasi,  lauk, sayur dan buah-buahan. Pengambilan makanan yang seimbang pun penting untuk bantu proses penyembuhan.

5. Minum air masak yang cukup.

Minum air masak 2-3 liter sehari,  bergantung kepada keperluan badan. Air yang cukup juga membantu proses penyembuhan luka ceaser.

Minum air yang cukup juga boleh membantu mengelakkan sembelit. Perlu elak sembelit kerana kalau kita sembelit,  nanti boleh memberi tekanan pada tempat luka.

6. Menyusu sambil baring

Bila nak menyusu baby,  baring adalah posisi paling selesa berbanding duduk. Jika masih merasa sakit,  anda boleh jugak bagi susu yang dah diperah. Tapi,  elakkan bagi susu formula ye. Bila kita menyusu baby,  proses pengecutan rahim lebih cepat.

7. Sentiasa fikir positif

Emosi yang baik sangat penting dalam proses pemulihan. Bila kita positif,  kita akan happy dan tiada hormon stress dikeluarkan. So,  jangan stress ye walaupun terpaksa menahan sakit,  huk3.

Semoga bermanfaat!

Untuk Set Berpantang orang yang bersalin secara ceaser,  boleh klik SINI ye. Dalam set berpantang yang ni boleh bantu sembuhkan luka dengan cepat,  elakkan sembelit,  cantikkan parut dan banyakkan susu ibu.Take care ye mommies!