Tips Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

Saiz perut bayi berbeza mengikut umurnya. Masa mula-mula lahir,  anggaran perut baby hanyalah sebesar buah ceri atau hanya perlukan sesudu teh lebih susu pada satu masa.

Jadi,  ibu tak perlu terlalu risau jika tak banyak susu yang dihasilkan semasa awal bersalin.  Susu akan menjadi semakin banyak apabila baby mula menghisap susu dari payudara.

Tips Banyakkan Susu Lepas Bersalin

1. Check keadaan payudara sebelum bersalin

Ada orang yang jenis puting tenggelam, jadi semasa mengandung, dalam 8 bulan macam tu,  dah boleh start tarik puting supaya keluar.

2. Bagi baby menyusu direct dari payudara

Sejurus selepas bersalin,  terus susukan baby direct dari payudara untuk merangsang penghasilan susu. Apabila baby menghisap dari payudara,  secara automatik signal akan dihantar ke otak untuk menghasilkan susu.

Kalau nampak macam susu keluar sikit je,  its ok,  teruskan cuba suruh baby hisap susu tu. Lagipun susu semasa baru lepas bersalin memang pekat. Ia dipanggil kolostrum.

3. Belajar teknik penyusuan yang betul

Teori dan praktikal sememangnya tak sama.  Mungkin kita dah khatam dari segi teori semasa mengandung lagi,  tapi bila dah bersalin,  kita tak pasti teknik kita tu betul atau salah.

Jadi, lepas bersalin, dapatkan penerangan daripada misi dan suruh dia tengok,  teknik kita tu betul atau salah. Penyusuan dengan teknik yang betul membantu untuk merangsang pengeluaran susu.

4. Jangan stress

Stress boleh menyebabkan susu susah nak keluar. Bagi Irni, tak salah kalau ibu nak standby susu formula kalau takut tak de susu keluar. Cuma, kalau nak bagi, bagi dengan sudu, jangan sesekali guna botol sebab takut baby confuse puting pulak. Sambil tu, ibu boleh lah cuba picit payudara dengan tangan guna teknik marmet untuk rangsang pengeluaran susu.

5.  Mengurut lepas bersalin

Kalau dah keluar hospital, boleh lah dapatkan khidmat tukang urut untuk buaat urutan badan dan payudara. Ibu-ibu juga boleh bertungku. Tungku dan urutan sangat membantu untuk merangsang pengeluaran susu. Pengalaman Irni menggunakan pakej lepas bersalin dari spa Aisya Humaira, Kelantan, memang susu banyak sangat keluar lepas bertungku dan mengurut.

6. Makan makanan yang merangsang pengeluaran susu

Ibu-ibu jugak boleh mengambil makanan yang menggalakkan pengeluaran susu seperti lobak putih, kurma, susu, lobak merah dan oat. Banyakkan juga minum air suam.

7. Jaga pemakanan semasa mengandung

Semasa mengandung lagi, kita kena jaga pemakanan kita. Dapatkan nutrisi secukupnya semasa mengandung. Elakkan mengambil makanan rapu dan tak berkhasiat. Banyakkan makan sayur dan pilih makanan sihat. Makan jugak vitamin semasa mengandung. Untuk vitamin ibu mengandung terbaik, boleh klik SINI

Jom tengok video pengalaman ibu ini menyusu bayi pramatang selepas bersalin, apa yang beliau buat sampai berjaya menyusu bayi pramatang walaupun mula-mula tiada susu.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Klik SINI untuk Set Bersalin Banyakkan Susu, boleh terus makan lepas bersalin.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

Susu Formula Kan Ada, Jadi Kenapa Nak Susah2 Pam Susu Badan?

Tu lah yang bermain di fikiran Irni dulu. Kan orang dah kaji, buat susu formula, kenapa kita nak susah2 pam susu badan pulak. Kan susu tu memang customize untuk baby, mestilah susu tu selamat dan tak memudaratkan.

Lagipun, hosnestly, memang penat tau breastfeeding baby ni. Tambah-tambah, masa anak sulung dulu, Irni bersalin kembar. Nak susukan dua orang, memang penat sangat-sangat. Walaupun niat di hati nak bagi full breastfeeding kat diorang, sampai botol susu pun Irni tak beli tau sebelum bersalin tu.

Tapi, akhirnya, Irni tewas jugak. Irni campur jugak susu badan dengan susu formula. Memanglah, bagi susu formula kat anak bukannya satu dosa pun. Cuma, Irni rasa agak terkilan sebab tak dapat bagi yang terbaik untuk anak.

Susu ibu kan susu terbaik untuk anak. Susu tu dah di customize untuk anak kita kan. Lagipun, kalau cuaca panas, susu badan jadi lebih cair, kalau cuaca sejuk, susu jadi lebih pekat sikit kan. Special sangat kan kejadian yang Allah buat ni.

Susu ibu jugak mudah dihadam. Tak de lah kesian kat usus baby kecik tu nak hadam susu formula. Ada anak yang sampai jadi sembelit sebab minum susu formula..sob sob sob

Satu lagi yang Irni kesal kan adalah, bila Auni ni jenis angin. Perut dia mudah kembung. Amni pulak jadi sembelit. Try beberapa jenis susu, penerimaan si kembar ni lain-lain. Yang adik diorag jugak tak berjaya full breastfeeding jugak, sebab masa Hani setahun lebih, Irni dah pregnant lagi. Jadi, susu memang drop dan Hani pun dah refuse tak nak breastfeeding.

Hani pulak jenis tak minum susu putih, nak susu coklat je. Susu coklat ni manis lah sikit compare dengan susu putih kan. Pastu mula lah sembelit dan kulit dia pun nampak lebih sensitif. Kulit dia jadi mudah gatal-gatal padahal masa full breastfeeding dulu ok je.

Lagipun, dalam susu formula ada jugak added sugar kan. Bila Irni rasa susu anak, memang ada rasa manis sikit. Alahai kesian anakku, but I have no choice. Bila dah start bagi susu formula, memang tak leh stop dah.

Korang jangan salah faham pulak ye, bukan lah nak cakap bagi susu formula tu dosa, teruk ke apa, cuma Irni nak tekankan yang susu ibu adalah yang terbaik. Jadi, jom lah kita usaha untuk buat yang terbaik kat anak kita dengan bagi yang terbaik.

Walau susah macam mana pun kita nak susukan baby, kita kena kuat. Ya, cabaran memang banyak sangat nak bagi full breastfeeding kat baby. Tambah-tambah kalau kita ibu bekerja, nak kena pam susu lagi, nak kena pastikan stok susu cukup. Banyak masa nak guna nak pam susu. Badan pun jadi letih rasa.

Tambah-tambah kalau masa susu drop, dengan kita sekali rasa down, rasa frust. Tambah risau bila stok susu cukup-cukup makan je kan. Irni sendiri pun selalu terfikir nak tambah ngan susu formula je supaya kita tak stress sangat nak kumpul stok.

Namun, bila ingat balik impian kita nak bagi yang terbaik untuk anak, jadi kita pun gagahkalah jugak diri untuk pam susu kumpul stok. Jadi, ibu-ibu sekalian, kalau korang rasa give up, you are not alone!

Kita kena kuat demi anak kita. Jom refresh tengok apa kelebihan penyusuan susu ibu:

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

1.Susu ibu susu terbaik

Susu ibu kaya dengan antibodi untuk menguatkan badan baby. Baby juga tak de risiko sembelit dan alah dengan susu ibu.

2. Lebih banyak masa bersama

Apabila kita menyusu badan baby, sibuk macam mana pun kita, kita akan spend masa untuk bersama baby sebab baby nak menyusu. Lagipun, badan kita dan baby akan rapat ketika menyusu. Masa menyusu ni lah kita nak spend masa dengan baby. Lagipun nanti dia dah besar, tak dapat nak spend masa dengan dia macam ni dah.

3. Rasa lebih tenang

Perasan tak, kadang-kadang kita rasa macam penat sangat, tapi bila kita jumpa anak kita, terus hilang rasa penat tu. Bila kita susukan anak, rasa macam hilang semua masalah, dalam fikiran kita cuma ada anak kita tu.

Lagipun semasa kita menyusukan baby, hormon oksitosin, iaitu hormon gembira akan dirembes untuk menenangkan kita dan meningkatkan rasa kasih sayang terhadap ibu dan anak.

4. Jimat dan mudah

Yang jimat ni memang jimat sebab kita tak perlu nak spend duit beli susu formula. Tak perlu nak susah-susah survey susu mana yang bagus, susu mana yang banyak vitamin, susu mana yang tak sembelit dll.

Kalau baby nak bangun menyusu malam-malam pun, mak atau ayah tak perlu susah-susah bangun bubuh air panas ke. Mak boleh menyusu baby sambil baring je. Jadi, tak mengganggu sangat waktu tidur mak dan ayah baby.

5. Ibu lebih mudah untuk kuruskan badan

Apabila menyusu, kalori dalam badan akan dibakar. Jadi, untunglah ibu yang menyusu sebab sambil duduk pun boleh membakar kalori. Jadi, ibu-ibu boleh ambik peluang ni untuk cuba menguruskan badan dan mengembalikan berat badan ideal.

Happy breastfeeding mom. Never give up k. Jom kita support each other. Kalau boleh, elakkan campur dengan susu formula, nanti susu kita cepat kering sebab demand dah makin kurang kan. Lets fight together!

Kalau nak supplement sepanjang menyusu, boleh cuba Set Menyusu Shaklee ni ye. Kalau berminat dengan produk shaklee, boleh contact Irni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya

 

 

 

 

Perlukah Ibu Menyusu Ambil Supplement?

Dapat susukan anak sehingga umur 2 tahun adalah impian setiap ibu yang melahirkan baby. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita. Dalam susu ibu, bukan sahaja ada antibodi yang boleh bantu kuatkan imuniti badan anak, malah ada hormon kasih sayang yang disalurkan kepada baby semasa menyusu.

Hormon oksitosin, iaitu hormon kasih sayang dirembeskan ketika kita menyusu baby. Special kan? Bah kan, setiap titik air susu yang kita susukan baby kita tu, diberi ganjaran pahala oleh Allah. Jadi, ibu-ibu semua, kita tak boleh putus asa untuk menyusukan baby kita walaupun banyak cabaran nya kan.

Antara cabaran yang paling besar bagi ibu menyusu adalah adakalanya susu merudum dan pastinya boleh mengundang stress. Namun, ada juga yang tiada masalah bekalan susu kerana demand daripada baby sentiasa ada. Cabaran lain adalah, badan mudah terasa penat, mood jadi tak stabil dan mudah marah.

Cabaran lain adalah badan mula lenguh, rambut mula gugur dan ada jugak yang gigi mula goyang, tambah-tambah kalau dah mempunyai ramai anak.

Namun, cabaran ini bukan halangan bagi seorang ibu untuk memberikan yang terbaik kan. Jadi, perlu ke bagi ibu menyusu untuk mengambil supplement?

Perlu ke ibu menyusu ambil supplement?

Kuantiti susu ibu bergantung kepada konsep demand and supply. Lagi kerap kita susukan baby dan lagi kerap kita pam, susu akan makin bertambah, sebab konsepnya, lagi banyak permintaan, lagi tinggi pengeluaran susu akan dihasilkan.

Namun, kadang-kadang, ibu mudah berasa penat dan juga stress menyebabkan pengeluaran susu boleh berkurang. Jadi, pengambilan supplement atau vitamin boleh membantu ibu-ibu untuk jadi lebih cergas dan kurang stress.

Penghasilan susu akan menjadi lebih banyak tanpa membebankan ibu.

Ibu-ibu selalu rasa mereka ni superwoman kan? Rasa macam, saya tak perlu bazirkan duit beli vitamin, badan saya kuat, saya pasti boleh buat! Tapi, kalau ada vitamin yang boleh bantu badan kita lebih bertenaga, lebih sihat, why not we try kan?

Tak perlu sacrifice kan badan kita semata-mata nak bagi yang terbaik untuk anak. Sebaliknya, bagi yang terbaik untuk badan kita, dan bagi yang terbaik untuk anak kita. Win win situation kan?

Kenapa nak biarkan badan letih lesu sampai bad mood? Kenapa nak biarkan rambut gugur? Kenapa nak biarkan gigi goyang dan patah sebelum usia? Kita masih ada anak-anak lain dan suami yang nak tengok kita cergas dan ceria.

Kita jugak ada suami yang nak tengok kita cantik. Memanglah dia faham perubahan yang berlaku pada badan kita adalah akibat dari bersalin dan menyusu, tapi, kalau kita berjaya nampak cantik depan dia, tak ke lagi best tu? Sejuk jugak mata dia tengok kita.hehe..

Waktu mengandung dan menyusu sebenarnya adalah the best time untuk kita cuba ambik supplement. Sebab apa? Sebab kita dan anak dua-dua dapat manfaat. Masa kita menyusu, apa yang kita makan, itu yang anak akan dapat. Jadi, kalau kita makan vitamin, anak pun akan dapat vitamin yang kita makan tu. Untung kan? Kita dengan anak sama-sama dapat manfaat vitamin tu 😀

Disebabkan apa yang kita makan, itu yang anak akan dapat, sebab tu, kita perlu pilih vitamin terbaik supaya anak kita pun dapat yang terbaik. Bagi yang terbaik untuk diri kita supaya anak kita pun dapat yang terbaik.

Irni syorkan anda ambik Set Healthy Postnatal Shaklee, khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Kenapa Shaklee? Prinsip shaklee:

✔ Dijamin selamat

✔ Dijamin berkesan

✔ Dijamin semulajadi

Sebab tu, Irni syorkan korang ambik Shaklee. Kita tak payah risau dah, sebab memang dah ada jaminan dijamin selamat dan berkesan. Lagipun, vitamin shaklee ni dibuat dari bahan semulajadi, bukan dari bahan kimia.

Sebelum tu, jom tengok apa peer counselor laktasi ni pilih.

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

 

Dalam Set Healthy Postnatal ni terdiri daripada:

Set Healthy Postnatal Shaklee

Set Healthy Postnatal Shaklee ni sesuai diambil sebaik sahaja lepas bersalin dan boleh diteruskan sepanjang tempoh penyusuan bayi. Dalam set ni ada vitamin:

1. Vitalea with iron

Vitalea ni sejenis multivitamin, lengkap dengan 28 jenis vitamin. Dalam vitalea juga ada iron atau zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah. Pengambilan supplement zat besi membantu ibu mengekalkan hb dan membantu mengelakkan kekurangan zat besi pada anak.

Vitalea membantu melengkapkan vitamin yang diperlukan oleh badan. Badan juga akan berfungsi dengan lebih baik jika mendapat zat yang mencukupi.

2. B Complex with folic acid

Mengandungi 8 jenis vitamin B. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga menjadikan badan kita lebih cergas.

Asid folik dan vtamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Bila sel darah merah cukup, oksigen dapat diangkut ke seluruh badan dengan lebih optimum, jadi, kita tak de lah rasa penat sangat kan.

3. Vita C

Vita C membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Makan vita c untuk elakkan ibu daripada demam. Baby pun akan dapat jugak kebaikan vitamin C yang ibu makan ni.

Kulit ibu juga akan jadi makin cantik bila amal makan vita c ni sebab vita c dia merangsang penghasilan kolagen semualjadi badan. Vita C juga membantu cepat sembuhkan luka, tambah-tambah kalau baby dah pandai menggigit.

4. Ostematrix

Ostematrix ni adalah pil kalsium shaklee, dilengkapi dengan vitamin D dan magnesium untuk memudahkan penyerapan kalsium ke dalam badan. Baby memerlukan banyak kalsium bagi pembentukan tulang untuk pembesaran.

Jadi, kalau kita tak ambil kalsium yang cukup, badan kita akan guna kalsium dari tulang dan gigi ibu untuk cukupkan keperluan baby. Sebab tu lah, ada ibu yang mudah berasa ngilu pada gigi, gigi goyang atau gigi tercabut setelah berjaya menyusukan anak.

Kalau kita tak ambil kalsium yang cukup sepanjang proses penyusuan pun bahaya jugak tau, sebab nanti kalsium dari tulang akan diserap menyebabkan kita berisiko untuk mendapat tulang rapuh (tulang mudah patah), jadi bongkok dan osteoporsis. Jadi, awal-awal lagi kita kena jaga tulang kita ni ye.

5. Omega guard

Omega guard mengandungi DHA, EPA dan ALA yang berfungsi membantu sel otak kita nak berhubung antara satu sama lain. Kekurangan Omega 3 ni boleh buat seseorang jadi depress dan tak de mood je sebab ia mengganggu serotonin & dopamin.

Kebaikan DHA juga membantu perkembangan otak anak dan mengelakkan anak dari jadi hyperaktif.

6. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni bantu kita jadi lebih bertenaga dan elakkan kita asyik lapar nak makan je. ESP juga bantu pekatkan susu badan. Baby mudah kenyang bila minum susu dan tidur dengan lebih nyenyak. Kelebihan susu badan ni, susu mudah dihadam. Bila mudah hadam, baby asyik nak menyusu je kan. Jadi, bila susu kita pekat, baby akan cepat kenyang.

ESP kaya dengan protein, iaitu salah satu komponen penting air susu. Dengan pengambilan protein yang cukup dan berkualiti, baby pun akan mendapat susu badan yang lebih berkualiti.

Bila kita ambil protein yang berkualiti, sel badan yang baru dihasilkan juga lebih berkualiti. Kulit akan jadi lebih cantik, stretch mark makin kurang dan luka pun cepat sembuh. Rambut juga akan jadi lebih kuat dan cantik.

7. Alfalfa Complex

Alfalfa complex ni terdiri daripada multimineral dan signature produk shaklee. Alfalfa bertindak sebagai milkbooster membantu memperbanyakkan susu badan. Alfalfa juga membantu merapatkan dan menyihatkan rahim ibu. Ada yang panggil alfalfa ni jamu moden.

Yang ni adalah set lengkap dan terbaik bagi ibu menyusu. Untuk maklumat lanjut nak tanya apa-apa atau nak cuba supplement untuk ibu menyusu kekal cergas dan cantik ni, boleh hubungi Irni ye. Kalau nak beli terus, klik je buy now kat bawah ni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya