Pemakanan dan gaya hidup sangat mempengaruhi kolesterol dalam badan. Kolesterol terdiri daripada kolesterol baik (HDL: high density lipoprotein) dan kolesterol jahat (LDL: low density lipoprotein).

Yang sebenarnya, apa itu kolesterol?

Kolesterol ni adalah sejenis lemak iaitu lipid yang terdapat dalam darah kita. Kolesterol juga sebenarnya penting untuk fungsi sel kita, namun kolesterol yang berlebihan boleh membawa masalah. Bila dah ada banyak sangat kolesterol dalam salur darah, kolesterol ni akan mula termendap pada salur darah.

Ok, tengok gambar kat bawah ni, apabila kolestrol termendap pada arteri, iaitu salur darah yang bawak darah beroksigen, salur darah mula menjadi makin sempit. Salur darah juga akan mula mengeras dan menjadi artherosclerosis.

Kenapa kolesterol boleh menjadi tinggi?

Kenapa Kolesterol Boleh Jadi Tinggi Dalam Badan?

  1. Pemakanan: makanan yang diambil banyak terdiri daripada lemak tepu dan lemak trans seperti biskut & kek yang boleh meningkatkan paras kolesterol
  2. Mempunyai berat badan berlebihan: Berat badan berlebihan boleh menyebabkan paras HDL atau kolesterol baik berkurang
  3. Tidak aktif dan kurang bersenam: Keadaan ni pun boleh menyebabkan paras HDL berkurang
  4. Umur: Paras kolesterol boleh meningkat selepas kita berumur 20 tahun
  5. Sejarah keluarga: Kalau ada ahli keluarga kita yang jenis kolesterol tinggi, kemungkinan kita pun akan mengalaminya juga
  6. Merokok : Merokok boleh merosakkan struktur salur darah kita dan kolesterol lebih senang nak termendap pada salur darah. Merokok juga merendahkan paras kolesterol baik atau HDL dalam badan
  7. Diabetes atau kencing manis : Paras gula yang tinggi dalam darah boleh meningkatkan paras kolesterol jahat atau LDL dan merendahkan paras kolesterol baik atau HDL.

Kalau paras kolesterol tinggi dalam badan, selalunya ia tidak menunjukkan apa-apa simptom, tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi kepada badan kita, terutama untuk jangka masa panjang jika tidak dijaga dengan baik.

Apa komplikasi jika kolesterol tinggi dalam badan?

Pemendapan kolesterol dalam salur darah boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan darah susah nak lalu. Bayangkan, dalam badan kita, ada satu sistem pengaliran yang baik. Darah akan mengalir ikut jalan yang ditetapkan.

Darah yang mengalir tu membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel. Sistem pengaliran atau peredaran darah yang baik akan membuatkan perjalanan darah tu, smooth je. Oksigen yang cukup dan nutrien yang cukup dapat sampai ke destinasi masing-masing.

Namun, apabila berlaku pemendapan kolesterol, salur darah jadi sempit, darah susah nak mengalir dengan baik. Alaa macam longkang tersumbat tu. Cuba tengok, macam mana air yang mengalir tu? Mesti tersekat-sekat dan tak se efisien kalau longkang tu bersih kan?

Ha, macam tu lah jugak dalam badan kita. Kesian pulak darah tu, susah nak lalu. Jantung pulak terpaksa mengepam dengan lebih kuat supaya tekanan cukup kuat bagi membolehkan darah mengalir dengan baik.

Bagaimana jika keadaan ini berterusan? Keadaan ni boleh menyebabkan:

1.  Sakit dada

  • Kalau arteri dekat bahagian jantung yang tersumbat, kita akan mula berasa sakit dada dan lain-lain tanda sakit jantung

2. Serangan jantung secara tiba-tiba

  • Sebenarnya, yang ni lah paling kita takuti. Serangan jantung secara tiba-tiba boleh menyebabkan kejadian mati mengejut.
  • Jika darah tidak dapat sampai ke jantung, maka berlakulah serangan jantung dan darah tak dapat di pam ke seluruh badan.

3. Stroke

  • Apabila bahagian otak tak dapat bekalan oksigen, bahagian yang terlibat akan jadi lumpuh

Jadi, dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jadi, apa yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai paras kolesterol tinggi dalam badan?

5 Tips Bantu Anda Turunkan Kolestrol

1. Pilih makanan yang sihat

  • Pilih makanan yang mempunyai lemak baik. Elakkan mengambil daging merah sebab boleh meningkatkan kolesterol jahat. Pilih daging yang lean atau tanpa lemak, ambik produk tenusu rendah lemak dan ambik monosaturated fat seperti dalam minyak zaitun.
  • Elakkan makanan yang mengandungi lemak trans. Makanan yang mengandungi lemak trans boleh didapati daripada biskut, kek dan snek.
  • Makan makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3. Makanan yang kaya asid lemak omega 3 boleh meningkatkan paras kolestrol baik, merendahkan paras dan trigliserida.
  • Tingkatkan pengambilan fiber seperti oats, buah-buahan, sayur-sayuran dan lentils.

2. Bersenam dan tingkatkan aktiviti fizikal

  • Kalau doktor kata kita tiada sebarang masalah kesihatan lain, bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bersenam ni bleh bantu tingkatkan kolesterol baik dalam badan kita tau.
  • Jika susah nak mulakan dengan 30 minit, mulakan lah dulu dengan senaman selama 10 minit sehari seperti: brisk walk atau jalan laju (bukan jalan lenggang kangkung ye 😛 )
  • Kalau nak lagi semangat untuk bersenam, cari lah kawan yang sama geng kolesterol tinggi tu bersenam sama-sama. Atau paling mudah, ajak lah, pasangan kita teman 🙂

3. Berhenti merokok kalau anda seorang perokok

  • Berhenti merokok boleh bantu tingkatkan kolesterol baik atau HDL dan sebenarnya, kalau anda buat keputusan untuk berhenti merokok, anda dah buat keputusan untuk hidup lebih lama

Memanglah ajal tu Allah dah tentukan, tapi kita pun haruslah usaha jaga kesihatan kita kan?

  • Selepas 20 minit kita berhenti merokok, tekanan darah dan denyutan jantung kita menurun. Setelah setahun berhenti, kita dapat kurangkan separuh risiko serangan jantung, dan setelah 15 tahun berhenti merokok, risiko untuk kita mendapat serangan jantung adalah sama seperti orang yang tak merokok.
  • Stop now! Its now or never! Dah, jangan tangguh dah ok.

4. Turunkan berat badan kepada berat badan ideal

  • Kawal pemakanan kita dan mula bersenam untuk turunkan berat badan. Secara automatik, paras kolesterol baik kita jugak akan meningkat dan kolesterol jahat menurun.

5. Kurangkan minum alkohol (bagi non muslim)

  • Pengambilan alkohol berlebihan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti darah tinggi, penyakit jantung dan stroke.

Dapatkan juga supplement untuk membantu usaha anda dalam menurunkan kolesterol.

Apa pengalaman orang lain yang mengambil supplement untuk membantu proses menurunkan kolesterol badan?

Paras kolesterol menurun selepas amalkan Vivix

Set Lengkap Kolesterol Shaklee terdiri daripada:

  1. Omega Guard
  • Dalam omega ada asik lemak omega 3 yang bagus untuk meningkatkan HDL atau kolesterol baik

2. Phytocol-St

  • Phytocol mengandungi fitosterol yang membantu jadi benteng daripada kolesterol yang kita makan tu diserap ke dalam salur darah.
  • Ambil Phytocol sebelum makan supaya badan sudah bersedia dengan fitosterol supaya tidak menyerap kolesterol secara berlebihan.
  • Kolesterol yang berlebihan tu akan terus dibuang tanpa diserap.

3. Vivix

  • Vivix sangat penting dalam proses pembaikian kembali salur darah yang rosak akibat pemendapan kolesterol tu.
  • Vivix kaya dengan resveratrol yang membantu baiki DNA sel seterusnya bantu sihatkan sel-sel dalam badan kita.
  • Vivix ni salah satu produk premium Shaklee yang wajib anda cuba.

Anda berminat nak cuba vitamin yang boleh turunkan kolesterol ni? Boleh hubungi Irni untuk pembelian dan konsultasi produk & aturan makan secara percuma, khas hanya untuk anda.

Boleh juga buat pembelian terus dengan klik buy now di bawah.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

(Visited 488 times, 1 visits today)