Teringat pulak Irni sharing daripada Dr Nadia dalam #ireachclassroom tentang diabetes atau kencing manis ni. Dr Nadia ni doktor perubatan di sebuah klinik kesihatan. Dia cerita, memang ada kes pesakit kencing manis yang doktor boleh stop ubat kat dia.

Pesakit ni dia tahu awal ada kencing manis. Lepas je dia kena makan ubat kencing manis tu, dia terus ubah cara hidup, ubah cara makan dan bersenam tiap-tiap hari. Alhamdulillah, bila dia follow up dengan doktor, doktor suruh dia stop makan ubat, boleh control dengan healthy lifestyle je.

Untuk orang yang umur 18tahun ke atas, seeloknya, kita dapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui sama ada kita ada kencing manis atau tak. Penyakit kencing manis sekarang ni bukan penyakit orang tua dah. Orang muda-muda pun dah mula dapat kencng manis.

Jika kita kesan awal penyakit kencing manis ni, at least kita boleh berjaga-jaga dan mengawal gaya hidup kita. Apa pun, mencegah tu pasti lebih baik kan.

Pesakit kencing manis selalu dikaitkan dengan keadaan ini, iaitu:

  • Pengambilan makanan yang tingg lemak dan kolesterol
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Perokok
  • Mempunyai gaya hidup yang tidak aktif dari segi fizikal
  • Mempunyai berat badan berlebihan

Jadi, bagaimana untuk mengawal kadar gula dalam badan ni?

Tips Kawal Gula Dalam Badan

1. Bersenam

  • Bersenam secara tetap bantu kurangkan berat badan dan meningkatkan sensitiviti badan kepada insulin.
  • Bila kita bersenam juga, kita akan menggunakan gula yang ada dalam darah tu untuk mendapatkan tenaga semasa bersenam.
  • Jadi, dengan bersenam, gula dalam darah akan berkurang.

2. Kawal pengambilan karbohidrat’

  • Karbohidrat akan ditukarkan kepada gula atau glukosa. Sebab tu kita kena kawal pengambilan karbohidrat seharian kita.
  • Pilih makanan yang jenis rendah karbohidrat.

3. Tingkatkan pengambilan fiber

  • Pengambilan fiber boleh bantu lambatkan pencernaan karbohidrat dan bantu lambatkan penyerapan karbohidrat ke dalam salur darah.
  • Kita boleh ambik fiber seperti sayur, legumes dan bijirin penuh.

4. Minum air masak yang cukup

  • Minum air masak yang cukup bantu kawal kadar gula dalam badan.
  • Gula berlebihan boleh disingkir melalui air kencing.
  • Air masak juga bagus untuk diminum sebab takde kalori.

5. Jaga portion makanan

  • Makan makanan mengikut portion yang betul
  • Amalkan gaya makan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu, suku pinggan letak nasi, suku pinggan letak lauk dan setengah pinggan letak sayur.
  • Tips lain untuk kawal portion makan, adalah dengan mengambil makanan dalam pinggan yang lebih kecil dan makan secara perlahan-lahan.

6. Pilih makanan yang mempunyai glikosemik indeks yang rendah

  • Glisemik indeks ni diukur untuk mengetahui tindak balas kadar gula dalam darah kita apabila mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • makan makanan yang mengandungi ndeks glisemik rendah membantu mengurangkan kadar gula dalam darah untuk jangka masa panjang.
  • makanan yang mempunyai indeks glisemik indeks rendah adalah seperti, makanan laut, daging, telur oat, barli, kacang, jagung dan sayur-sayur yang tak berkanji.

7. Kawal aras stress

  • Apabila kita stress, badan kita akan merembeskan sejenis hormon, iaitu glucagon dan cortisol. Hormon-hormon ini tidak bagus untuk kesihatan sebab boleh menaikkan paras gula dalam darah.

8. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti

  • Tidur yang tak cukup boleh menyebabkan kita jadi lapar dan makan banyak. Berat badan boleh jadi meningkat.
  • Kalau tidur tak cukup jugak, boleh meningkatkan rembesan hormon kortisol yang meningkatkan gula dalam darah.
  • Jadi, tidurlah dengan cukup dan berkualiti ye!

9. Makan makanan yang kaya dengan kromium dan magnesium

  • Kromium terlibat dalam metabolisma karbohidrat dan lemak.
  • Makanan yang tinggi kromium adalah seperti kuning telur, brokoli dan daging.
  • Magnesium pula diperlukan untuk mengawal paras gula dalam darah. Orang yang kurang magnesium didapati mempunyai kadar gula dalam darah lebih tinggi.
  • Makanan yang tinggi magnesium adalah sayuran hijau.

Vitamin untuk kawal gula dalam darah & pesakit kencing manis

Vivix sejenis vitamin yang bantu kawal gula dalam darah dan bantu kita hidup lebih sihat. Jom tengok, pengalaman pengguna vivix lain!

Bacaan gula dalam darah makin turun lepas ambik Vivix

mak dah tak jadi kena warded akibat kencing manis

Biasa bacaan gula 11, tapi, lepas ambik Vivix, dah jadi 8.

Jika anda berminat untuk melabur dalam kesihatan dan ingin hidup lebih sihat, anda boleh hubungi Irni ye untuk order vivix. Atau, untuk lebih mudah, anda juga boleh klik buy now kat bawah ni.

Love,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

(Visited 173 times, 1 visits today)