Bila kahwin, mesti orang sibuk tanya, bila nak hamil ni. Kadang-kadang tu, mood honeymoon pun belum habis, tapi orang dah start tanya kan?

Namun, impian untuk memiliki cahaya mata pastinya idaman setiap pasangan yang berkahwin. Cahaya mata yang menyerikan hidup, juga jadi saham kita di akhirat kelak. Semoga ada anak soleh yang akan mendoakan kita apabila kita tiada kelak.

Bagaimana pula dengan pasangan yang memang inginkan cahaya mata, namun masih belum dikurniakan rezeki oleh Allah? Ada petua mudah hamil?

Sebelum cuba petua mudah hamil, ada eloknya jika pasangan suami isteri berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui jika terdapat masalah kesihatan. Bukan isteri je yang perlu buat pemeriksaan, cik abang pun perlu buat jugak ye.

Ada keadaan isteri tiada masalah kesihatan, namun suami pula bermasalah. Jadi, jika dapat mengesan ada masalah, lebih mudah untuk menyelesaikan keadaan tersebut.

Jika tiada masalah kesihatan, bolehlah kita cuba petua mudah hamil ni.

Petua Mudah Hamil

1. Lakukan hubungan intim pada waktu yang tepat

Ovum hanya boleh hidup selama 24 jam dan sperma boleh hidup selama 72 jam. Semasa ovulasi, ovum akan dilepaskan ke dalam tiub fallopia. Jadi, penting untuk kita mengetahui bila waktu ovulasi atau waktu subur supaya sperma dapat berjumpa dengan ovum.

Jika isteri mempunyai kitar haid yang tidak teratur, seeloknya pastikan kitar haid teratur supaya senang nak cari waktu subur. Jika kitar haid teratur, kita boleh cari waktu subur dengan kaedah kiraan, atau install je apps dekat google play untuk cari waktu subur. Lagi mudah kan?

2. Makan asid folik

Kita disarankan untuk makan asid folik 3-6 bulan sebelum mengandung untuk menyediakan keperluan asid folik yang cukup untuk perkembangan bayi nanti. Asid folik sangat penting untuk perkembangan tulang belakang baby. Ada juga sperma berjaya bercantum dengan ovum, namun tidak berjaya hidup dan gugur bersama darah haid tanpa kita sedari kerana perkembangan tidak sempurna.

Jadi, jika kita merancang untuk mengandung, pastikan kita mendapatkan asid folik secukupnya. Asid folik banyak terdapat dalam sayuran hijau, brokolo, avokado dan kekacang. Di samping itu, kita juga boleh mengambil supplement asid folik.

3. Siapkan badan untuk mengandung

Wanita yang mempunyai badan yang sihat lebih mudah untuk hamil. Siapkan badan anda supaya anda fit for pregnancy. Jika mempunyai berat badan berlebihan, ada baiknya jika anda cuba untuk menurunkan berat badan. Tambahan pula, jika seseorang wanita itu obesiti, dibimbangi berlaku perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan sukar berlaku perlekatan.

Mulakan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, banyakkan makan sayur, kurangkan makanan berminyak, juga amalkan senaman. Pastikan badan anda mendapat zat yang mencukupi. Walaupun pada pandangan fizikal kita kelihatan sihat, namun bahagian dalaman kita sendiri pun tak tahu kan.

Jadi, pastikan anda dapatkan nutrisi yang cukup dan lakukan senaman.

4. Amalkan pengambilan ekstrak grape seed

Pengambilan grape seed bersama-sama vitamin C dapat membantu lendir serviks meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ semasa bersama, cuba amalkan makan grape seed.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah

Cuba amalkan doa ini. Doa adalah senjata mukmin kan. Apa yang kita nak, kita mintak dengan Allah. Walaupun kita dah usaha macam-macam, tapi Allah masih belum bagi kita rezeki anak, percayalah perancangan Allah itu yang terbaik. Yakin dengan takdir Allah.

Ini pula adalah tips dari Dr Hamid Arshad, pakar sakit puan.

Set Cadangan Vitamin Untuk Ikhtiar Hamil

Untuk Isteri

Vitalea

  • sejenis multivitamin untuk cukupkan keperluan nutrisi tubuh dan bantu sel dapat nutrien yang cukup

B Complex

  • Mengandungi asid folik yang penting untuk persediaan tumbesaran baby jika berjaya mengandung

Vita C

  • Membantu proses sintesis hormon penting seperti hormon untuk seks dan kesuburan.

Omega Guard

  • Mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu mengurangkan keradangan dalam badan, terutama jika terdapat keradangan pada rahim. Selalunya, kita sendiri tak sedar dalam badan kita berlaku keradangan.

GLA Complex

  • Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan stabilkan kitaran haid.

ESP

  • Membantu pembinaan sel dan menguatkan rahim

Vivix

  • Membaiki kerosakan sel dari dalam DNA lagi

Untuk Suami

Vitalea

  • Bantu cukupkan keperluan nutrien badan. Dalam Vitalea juga terdapat Zinc yang mana bagus untuk membantu menghasilkan sperma yang kuat dan sihat

Vita E

  • Juga dikenali sebagai vitamin cinta
  • Meningkatkan kesuburan lelaki

Vivix

  • Membaiki kerosakan DNA bermula dari dalam sel lagi

Di atas ni adalah set kesuburan optimum. Namun, anda boleh bincang dengan Irni untuk pilih yang sesuai dengan bajet anda. Tapi, yang terbaik adalag full set ni lah.

Kalau nak dapatkan set kesuburan shaklee ni, contact je Irni k.

Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.

(Visited 247 times, 1 visits today)