Alahan teruk semasa mengandung selalunya berlaku pada trimester pertama. Namun, ada juga yang berlarutan sehingga trimester ke dua dan ke tiga. Selalunya, ibu yang mengalami alahan ni akan mual-mual, muntah dan badan jadi lemah.

Punca Alahan Teruk Semasa Mengandung

Sebenarnya, tak de sebab khusus yang menjadi punca alahan semasa mengandung ni. Namun, ada beberapa teori yang kaitkan punca berlakunya alahan semasa mengandung.

1. Perubahan hormon semasa mengandung

Bila kita mengandung, hormon hCG meningkat dengan banyak. Peningkatan hormon ini menyebabkan kita rasa loya dan muntah-muntah. Bila hampir kepada trimester ke 2, paras hormon ini semakin menurun. Sebab tu, pada trimester ke 2, kebanyakannya dah kurang loya-loya muntah ni.

2. Kekurangan nutrisi

Kekurangan nutrisi seperti magnesium boleh menyebabkan alahan semasa mengandung. Kekurangan vitamin lain seperti vitamin B, kasium, vitamin D, vitamin K dan vitamin A juga boleh membuatkan alahan teruk semasa mengandung. Sumber vitamin ini boleh didapati daripada makanan.

3. Kekurangan elektrolit

Kekurangan elektrolit dalam badan juga boleh menyebabkan alahan teruk semasa mengandung.

Penawar Semulajadi Alahan Teruk Semasa Mengandung

1. Pyridoxine- Dapatkan vitamin B6

2. Dapatkan usus yang sihat – usus yang sihat sangat penting untuk fungsi keseluruhan badan. Pengambilan probiotik digalakkan untuk mendapatkan usus yang sihat

3. Enzim pencernaan – Enzim pencernaan membantu sistem penghadaman yang baik dan boleh mengelakkan daripada ketidakselesaan perut. Makan makanan yang kaya enzim seperti betik yang dah masak dan avocado.

4. Magnesium – pengambilan magnesium membolehkan badan mendapatkan magnesium yang cukup

5. Peppermint/pudina – Daun pudina bagus untuk legakan perut

6. Halia- halia bagus untuk buang angin dalam badan

Sila bertabah lah ye ibu-ibu yang alami alahan teruk semasa mengandung. InsyaAllah pengorbanan anda akan dibalas dengan ganjaran pahala 🙂

Kalau anda nak cuba vitamin yang boleh bantu kurangkan alahan semasa mengandung, boleh klik SINI ye.

Sambil tu jom tengok bagaimana akak ni kekal bertenaga semasa hamil.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Happy pregnancy!

 

(Visited 419 times, 1 visits today)