Pening kepala si ibu bila tiba-tiba disahkan menghidap kencing manis semasa mengandung. Walhal,  sebelum ni tak de pulak penyakit kencing manis tu. Kenapa tiba-tiba doktor cakap ada kencing manis pulak?

Ha tu lah dia Gestational Diabetes Melitus (GDM).  Kencing manis ni berlaku semasa mengandung je,  selalunya bila dah bersalin, kencing manis ni akan hilang.

Tapi,  apa puncanya?

Apa punca kencing manis semasa mengandung?

Kencing manis semasa mengandung terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang cukup. Apabila hormon insulin tak cukup,  gula yang diambil tak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan. Gula ini akan berlegar-legar dalam salur darah menyebabkan paras glukosa dalam darah jadi tinggi.

Apa komplikasi kencing manis semasa mengandung?

Selalunya ibu dan bayi tiada masalah walaupun ibu mempunyai kencing manis semasa mengandung. Namun,  kencing manis semasa mengandung boleh mendatangkan masalah seperti:

1. Bayi mempunyai saiz yang lebih besar dari biasa. Jika anggaran saiz bayi agak besar,  doktor selalunya akan mencadangkan untuk bersalin secara pembedahan untuk mengelakkan komplikasi semasa bersalin.

2. Polyhydramnios atau bendalir amnion terlebih. Bendalir amnion ni adalah air ketuban. Air ketuban berlebihan mungkin boleh menyebabkan bayi lahir awal atau berlaku komplikasi semasa bersalin.

3. Meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang sebelum 37 minggu

4. Pre Eklamsia

Keadaan yang menyebabkan tekanan darah ibu jadi tinggi yang boleh menyebabkan komplikasi jika tidak dirawat.

5. Bayi mempunyai paras gula rendah semasa lahir.

Rawatan Untuk Ibu Yang Kencing Manis Semasa Mengandung

1. Kawal diet pemakanan dan senaman ringan sesuai untuk ibu mrngandung

2. Ada setengah kes,  doktor akan membekalkan ubat dan rawatan insulin

Jika ibu-ibu ada kencing manis semasa mengandung,  sangat penting untuk mengikut segala arahan doktor dan menghadiri setiap temujanji di klinik.

Diet Pemakanan Ibu Kencing Manis Semasa Mengandung

Ibu yang ada kencing manis masa mengandung digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai glisemik indeks (GI) rendah.

Untuk menilai GI dalam sesuatu makanan, ia diberikan nilai 0 hingga 100. Nilai 0 adalah apabila makanan yang dimakan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah.

Makanan yang cepat diproses menukar makanan kepada glukosa dalam darah adalah makanan yang mempunyai GI tinggi.

Gambar di bawah antara contoh makanan yang mempunyai GI tinggi,  sederhana dan rendah.

Ibu yang ada kencing manis digalakkan ambil makanan yang rendah GI seperti pisang,  epal,  tomato,  susu,  beras perang dan kekacang.

Banyakkan pengambilan sayur dan makanan yang mempunyai serat.

Makan daging yang tidak mempunyai lemak. Jika mengambil produk tenusu,  ambil yang mempunyai rendah lemak.

Elakkan pemakanan yang mempunyai lemak tepu dan makanan yang mempunyai lemak tepu. Kurangkan pengambilan biskut-biskut yang manis.

Elakkan juga makan makanan segera dan makanan ringan. Kurangkan pengambilan air manis dan banyakkan minum air masak 2-3 liter sehari.

Makan sedikit tapi kerap,  dan elakkan makan makanan berat pada waktu malam.

Bagi membantu ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung,  boleh ambil vitamin Set Healthy Prenatal.

Di samping dapat membekalkan nutrien yang cukup kepada sel,  Energizing Soy Protein (ESP) yang terdapat dalam set tersebut adalah sejenis minuman yang mempunyai indeks glisemik rendah.

ESP sangat membantu ibu-ibu untuk mengawal pemakanan dan mengamalkan diet sihat,  sesuai untuk ibu yang ada kencing manis.

Berikut adalah pengalaman Dr Safiya yang mengalami masalah kencing manis semasa mengandung. Baca perkongsian pengalaman beliau.

Saya mula kesan gdm masa 18 minggu lepas buat MGTT. Ujian minum air gula. Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo (paras gula dalam darah rendah).

Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara. Bila lambat makan saya jadi cepat hypo. Bacaan gula 3. Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+..

Pening juga dibuatnya..

Masa tu kebetulan Start makan omega guard. Tak fikir sebab gdm pun tapi utk perkembangan bayi. Lepas beberapa minggu makan omega memang perasan perbezaan ketara.

Satu, sangat kurang hypo. Bangun pagi tidak kelaparan. Gula dlm 4-5 mcm tu. Lepas makan pun gula tak naik tinggi. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu. Makan secara sederhana. Tidaklah sikit sangat.

Yang paling ketara rasa ialah semasa omega guard habis.  Masa tu duk bertangguh malas nak beli cepat-cepat .. Tapi bila tak makan.. Omega.. Gula terus jadi hay wire semula.. Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar..Pastu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik.. 7-8.

Masa tu baru betul betul realize yg omega tu really helps in controlling appetite n also control the blood sugar.. So cepat-cepat beli n start mkn balik 3 biji sehari hingga lah bersalin..

Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak Fat deposition during this pregnancy.. Perut nampak kecil.. Tapi bila scan baby size mmg good and follow as expected.. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah.. maknanya baby tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled.

Alhamdulillah.. Sebab tu yg jadi jatuh hati sgt dengan omega guard ni.. Sampai sekarang..

Utk pengetahuan , saya Ambil Full set. ( nanti org ingat mkn omega je)

Dr Safiya mengambil Set Healthy Prenatal berkongsi bahawa,  paras gula lebih stabil dan saiz bayi yang lahir tidak terlalu besar. Saiz bayi yang lahir hanya 3kg lebih sahaja dan perut tidak terlalu besar walaupun beliau menghidap kencing manis semasa mengandung.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set vitamin healthy prenatal ini,  boleh terus klik buy now kat bawah,  atau boleh terus hubungi Irni ye.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee?

Hubungi saya,

Irni Suhana Muhamad

014 515 7141

irnisuhana@gmail.com

Pengedar Sah Shaklee

Area COD: Jeli, Kok Lanas, Machang, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan

Pos ke seluruh Malaysia

Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk Shaklee melalui saya

(Visited 1,264 times, 1 visits today)