Anggaran saiz perut bayi pada hari pertama hanyalah sebiji buah ceri. Perut bayi hanya kecil sahaja. Sekali minum, cukup hanya satu sudu teh.

Keperluan susu bayi mula meningkat dan pada hari ke tiga,  bayi mula perlukan 1oz susu. Pada hari ke tiga, biasanya hormon prolaktin sudah mula keluar untuk hasilkan susu. Hormon prolatiktin keluar 30-40 jam selepas kelahiran bayi. Jadi,  ibu yang tak keluar susu selepas bersalin jangan risau sebab hormon buat susu belum keluar.

Bila baby dah umur 2 minggu,  perut baby mula sebesar buah aprikot dengan anggaran penyusuan sebanyak 1.5-2.0 oz.

Kemudian, bila baby dah umur sebulan,  keperluan susu meningkat dari 2.5 oz sehingga 5 oz.

Baby yang minum susu ibu akan cepat berasa lapar kerana susu ibu mudah dihadam. Ibu-ibu dinasihatkan memberi susu ibu kepada bayi bermula baru lahir lagi. Baby yang mendapat susu ibu lebih kuat sistem pertahanan lagi.

Setiap titis air susu itu,  ada antibodi yang disalurkan kepada baby. Baby menyusu ibu bukan sekadar untuk kenyang,  malah untuk dapat manfaat lain seperti kuatkan imun badan, juga mendapat hormon kasih sayang dari ibu.

Jom,  usahakan untuk bagi yang terbaik kat anak kita dengan menyusus badan sepenuhnya kepada bayi.

Love,

Irni Suhana

Sid shaklee 1085099

0145157141

(Visited 768 times, 1 visits today)