ANAK TAK CUKUP SUSU?

“Anak saya selalu menangis.. Saya sudah memberikannya susu, tetapi tidak lama selepas itu dia akan menangis lagi..Adakah susu saya tidak cukup? Adakah saya perlu memberikan susu formula kepada bayi saya?”

Perkara ini sering membelenggu fikiran Irni masa berpantang dulu apabila anak kembar Irni selalu menangis seolah-olah tidak kenyang walaupun kuat menyusu.

Semasa mengandung, Irni memang dah berazam untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada baby, sampaikan botol susu pun Irni tak nak beli. Irni memang nak sangat bagi susu terbaik kepada baby, iaitu susu ibu.

Tapi, anak Irni ni suka menangis, kejap2 nak menyusu, sampai mak cadangkan supaya Irni campur susu sebab nampak anak macam lapar je.

Irni pun risau jugak takut baby lapar kan. Tambah2 baby suka nangis, terpaksa beratur nak menyusu, sebab baby Irni kembar, so Irni pun terpaksa la jugak campur susu.

Ya, akibat daripada kurang ilmu, Irni akhirnya bersetuju. Bermula pada hari itu, Irni gagal untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi kembar ini. Jadi, Irni ingin berkongsi di sini supaya ibu2 lain tidak melakukan kesalahan yang sama seperti Irni.
“Jika betul anak saya sudah mendapat susu ibu yang cukup, jadi kenapa anak saya selalu menangis dan nak susu?”
Jawapan Irni adalah yang pertama, bayi hanya tahu menangis, sama ada lapar, tidak selesa, mengantuk, ingin dipeluk dan mungkin juga bayi kita bosan dan ingin diberi perhatian.
Yang kedua, perut bayi adalah kecil dan susu ibu mudah dihadam. Jadi, dalam masa yang singkat, bayi akan berasa lapar semula.
Yang ketiga, bayi cepat lapar kerana tidak mendapat hindmilk. Ini juga adalah ilmu baru yang saya pelajari. Susu ibu terbahagi kepada 2 komponen, iaitu foremilk dan hindmilk.
Foremilk adalah susu pada bahagian hadapan payudara yang mana sifatnya lebih cair dan untuk menghilangkan dahaga. Apabila susu foremilk telah habis diminum oleh bayi, kemudian barulah bayi akan mendapat susu hindmilk. Sifat susu hindmilk adalah lebih pekat dan mengeyangkan.

Tips berguna yang Irni perolehi adalah, kita perlu mengosongkan sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukar bayi ke sebelah payudara lagi.

Hal ini adalah untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua susu foremilk dan hindmilk. Perkara ini adalah sangat penting untuk memastikan bayi mendapat zat yang optimum dan juga bagi mengelakkan perut bayi kembung.
Salah satu tanda bayi tidak mendapat susu bekalan susu foremilk dan hindmilk yang seimbang adalah najis bayi berwarna kehijauan. Tetapi, ibu bapa tidak perlu risau. Cuba praktikkan kosongkan susu sebelah payudara dulu ok.

Irni doakan semoga kita semua dapat memberikan susu ibu sepenuhnya (tanpa campuran susu formula) sekurang-kurangnya sehingga anak berumur 6 bulan.

Dengan memberikan susu ibu, anak dan ibu sama-sama mendapat manfaat. Bagi ibu atau bakal ibu semua, jom kita tanamkan azam untuk menyusukan permata hati kita dan mencari ilmu untuk menjayakannya.

Abaikan suara2 yg asyik suruh kita bagi susu formula kat anak. Maafkan mereka, mungkin mereka tak tahu susu ibu adalah susu terbaik.

Ibu2 jugak perlu jaga makan, makan sayur, buah-buahan, protein supaya susu kita jadi pekat. Bila susu pekat, baby kenyang lebih lama.

All the best to all mom. Lets strong together. Hubungi Irni untuk pertanyaan Irni 014 515 7141

(Visited 95 times, 1 visits today)