Kalau kat sekolah, orang yg glamer adalah orang extrovert. Pegi mana2, mesti orang kenal. Kalau dia tak de, memang sunyi la tempat tu.

Orang cakap, orang extrovert ni jenis mesra alam gitu. Senang nak berkawan dan penyeri majlis. Memang best kalau dapat kawan jenis extrovert ni.

Orang introvert pulak seboleh mungkin tak nak orang kenal, tak banyak cakap, banyak monolog dalaman.

Tapi, jangan tak tahu, ramai jugak public figure dan orang yg berjaya ni jenis introvert. Sebab tu penting kita tahu personaliti kita jenis apa.

Kita akan appreciate diri kita sebab kita kenal diri kita macam mana. Kita akan lebih sayang diri kita bila kita tahu karekter kita. Mula dengan kenal diri dulu.

Guna kelebihan yg kita ada. Baiki kekurangan diri yg kita tahu. Introvert? Pemalu? Pendiam? Its ok.

Macam mana nak overcome diri yg introvert supaya dapat sesuaikan diri dengan sekeliling dan sekali sekala tonjolkan diri?

  1. Keluar dari kebiasaan

Kalau biasa, kita tak kan tegur orang yg kita tak kenal. Cuba belajar buat kawan dengan orang baru. Masa jaga anak main kat taman, cuba bukak mulut tegur mak2 lain kat situ.

Kalau naik train, cuba belajar tegur orang sebelah. Cuba berkenalan dengan orang baru. Memang susahhhh, tapi tak mustahil kan kita nak belajar berkawan?

  1. Gunakan potensi diri

Orang introvert selalunya pendengar yg baik dan sangat teliti. Guna potensi diri untuk jadi sahabat yg baik dan jadi seorang yg teliti melakukan kerja.

Terima diri dan sedar tentang potensi diri kita.

  1. Cari circle yg baik

Cari kawan2 yg positif, yg mempunyai minat dan impian yg sama. Orang introvert ni bukanlah totally tak suka berkawan dengan orang lain atau antisosial tau.

Bersama dengan kawan2 yg positif boleh bantu diri kita cungkil potensi diri.

  1. Berniaga

Tahu tak kenapa Rasulullah cakap 9/10 rezeki adalah dari berniaga? Berniaga bantu kita improve diri kita. Berniaga bantu kita buat benda yg kita tak biasa buat.

Berniaga bantu kita buang rasa ego. Berniaga bantu kita sentiasa fikir positif. Berniaga bukan saja bantu tingkatkan pendapatan, malah bantu kita jadi better person.

Berniagalah apa yg ada ditangan. Jangan mula dengan modal besar. Kalau tak nak keluarkan apa2, berniaga ebook pun boleh. Perah otak je.😊

(Visited 23 times, 1 visits today)