Perlu ke jaga kecantikan muka?

Bagi saya, memang perlu sangat jaga kecantikan muka. Bila kulit cantik, dengan sendiri, kita akan rasa lagi confident. Bila kulit cantik, dengan sendiri, penampilan akan nampak lagi menarik.

Masalah kulit yang biasa dialami bagi wanita 20an adalah kulit berjerawat akibat perubahan hormon dalam badan. Selalunya masa umur 20an, tak banyak sangat masalah kulit yang berlaku.

Tapi, bila dah masuk 30an, kulit mula kusam. Tapi, masa ni no worries sangat sebab bila sapu foundation n bedak, hilang lah masalah kulit kusam tu. Tapi, tak kan 24 jam, duduk rumah pun nak berfoundation dan pakai bedak bagai kan?

Masa ni garis-garis halus mula muncul kat muka dan muka akan nampak lebih matang. Jeragat mula nak timbul sikit-sikit dan liang pori mula kelihatan.

Bila nak masuk umur 40an, jeragat dah makin mula timbul kat muka.Jeragat memang tak bahaya, tapi boleh buat muka nampak tak bersih bila ada tompok-tompok hitam kat muka.

Jadi, start dari muda, start dari 20an dah kena mula amalkan regim kecantikan yang betul.

  • Pakai pencuci muka yang sesuai dengan kulit
  • Pakai pelembap muka terutama kalau bekerja dalam bilik berhawa dingin
  • Pakai krim pelindung matahari untuk elakkan kerosakan kulit akibat terdedah cahaya matahari
  • Jangan abaikan pemakaian toner sebab toner bantu kekalkan kelembapan kulit
  • Rajin-rajinla scrub muka untuk buang sel kulit mati
  • Start makan collagen sebab penghasilan kolagen akan mula menurun

Jom uols, lets aging gracefully 🙂

(Visited 1 times, 1 visits today)